SILA KLIK SINI YER

Friday, 26 July 2013

Kenapa Memilih Shaklee??

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan 3 perkara - ia sentiasa
SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

SENTIASA SELAMAT
Ahli-ahli saintis Shaklee teah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium laurit sulfat (SLS), natrium lauryl ster sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada perwarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.


SENTIASA BERKESAN
♥ Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
♥ Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.
♥ 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
♥ Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekspedisi Artik Antarabangsa
♥ 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
♥ Shaklee memperkasa ramai atlit antarabangsa yang berjaya yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
♥ Kami merupakan syarikat pertama di sunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
♥ Shaklee telah menanam 800,000 pokok bagi kempen A Million Tree.
♥ Shaklee telah berjaya engitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
♥Shaklee telah berjaya menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
♥ Shaklee telah berjaya menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau





post signature

Pengambilan ESP Yang Betul Dan Berkesan

Hi, entry kali ni ESP lagi. Memandangkan ESP ni ON DEMAND dan BEST SELLERkan.. Bagi sesiapa yang dah try ESP Shaklee ni, musti dah jatuh cintan kan. Kepada sesiapa yang belum cuba lagi, dan baru nak cuba-cuba tu, meh sini che' su share sket info yang lagi best untuk produk yang BEST ni..

Khasiat dan Kebaikan ESP

♥ ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda
♥ ESP membantu menghilangkan parut jerawat - parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
♥ ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
♥ ESPmembantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang
♥ ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milk booster
♥ ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu hamil di tahap optimum.
♥ ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara
♥ ESP banyak lagi kelebihan... ^_^


_______________________________________________________
Bagi yang baru mengenali ESP ni, soalan wajib dia adalah..

" Macam mana nak makan ESP ni ye?"



Jawapannya adalah..

" ESP ni dalam bentuk serbuk. Kena bancuh dengan air suam/jus/milo/horliks/susu untuk diminum"
_______________________________________________________
Soalan lain yang biasa adalah...

" Saya bab minum-minum ni masalah la"

Jawapan.. ESP

" Xpe, saya boleh kasi resepi bancuhan ESP yang in sha Allah boleh memenuhi citarasa anda"
_______________________________________________________

Antara RESEPI bancuhan ESP Shaklee :-


♥ ESP + Air Suam

♥ ESP + Fresh Milk (Susu kotak )

♥ ESP + Milo/ Horliks

♥ ESP + Twister Oren

♥ ESP + Fesh Milk + Kurma (kurma tu rensam dulu dan boleh potong saja kecik2 ataupun blend. Plus ice cube ala-ala ice blended gitu..) * It's my Favorite * YUMMY ^_^

♥ ESP + Ribena

♥ ESP + Nesvita 3 in 1

♥ ESP + campuran buah-buahan dan blend 

♥ ESP + Nestle Bliss

♥ ESP + Mealshake / Performance Drink / Cinch Shake


Cadangan sukatan Dan Waktu Minum ESP

Sukatan :   1 sudu besar ESP + Air kegemaran ANda (1 atau 2 kali sehari)

Saya sendiri suka ambil ESP+Meal Shake di awal pagi sebelum memulakan hari. 

Untuk yang ingin mengurangkan berat badan, boleh lah mengambil ESP di antara waktu makan supaya perut merasa kenyang.

Tips ESP

 √ Jangan bancuh dengan air panas, kafein atau air berkarbonat sebab boleh menghapuskan nutrisi
 √ Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari kerana ia akan membebankan ginjal/buah pinggang
 √ Gunakan thumbler @ shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut.
 √ Anda MESTI mengambil air kosong antara 3-4 liter sehari 

___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

Thursday, 25 July 2013

Vivix

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Ia dicipta selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan suplemen pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

Mengapa Vivix Sangat Bagus Dan Terbaik Untuk Anda?

♥ Kerana Vivix Melindungi Dan Memperbaiki Sel DNA Manusia
   √ setiap hari sel tubuh diserang hampir 1 juta serangan yang mampu merosakkan DNA manusia. Serangan ini akan merosakkan oangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dilindungi dan diperbaiki selnya.

♥ Kerana Vivix Mengawal Genetik Dan Seterusnya Membantu Melambatkan Penuaan Sel

♥ Kerana Vivix Membantu Meningkatkan Tenaga Dalam Sel
   √ Tenaga dalam tubuh ditingkatkan dengan pembentukan mitokondria* baru (*merupakan penjana tenaga dalam tubuh)

♥ Kerana Vivix Melambatkan Pembentukan AGE
   √ Penimbunan AGE (advance glycation end product) akan menyebabkan kerosakan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine), mampu melambatkan pembentukan AGE.

Kelebihan lain Vivix ialah ia membantu memelihara dan menjaga :-
 √ Kesihatan Jantung
 √ Kesihatan Otak
 √ Imunisasi Badan
 √ Kesihatan Sendi
 √ Perlindungan Anti Oksida
 √ Kesihatan Menyeluruh Tubuh
___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

Set D- Kecantikan Kulit

CANTIK?? Sinonim sungguh perkataan tu dengan wanita kan... ^_^ Semua orang nak cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya yang gebu, mulus, licin...

Untuk menjaga kulit, dari segi luaran tu kita boleh bersihkan, guna pencuci muka, masker dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan kulit dari dalam? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan...

Di Shaklee, kami ada beberapa cadangan bagi Kecantikan Kulit ni. Vitamin asas yang dicadangkan adalah
Vita-C + B Complex + Vita E

Nak tahu fungsi-fungsinya...

Vitamin E
♥ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
♥ Melindungi kulit dari sinar ultra-unggu
♥ Menjaga kelembapan kulit
♥ Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Vitamin C
♥ Sebagai antioksida kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
♥ Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit
♥ Mencerahkan kulit

Vitamin B Complex
♥ Sebagai pelembap
♥ Mencegah pigmentasi
♥ Melambatkan tanda penuaan
♥ Mengubati jerawat

Kombinasi Vita-C + B Complex + Vita E menghasilkan :
♥ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
♥ Mencegah penuaan
♥ Menjadikan kulit kenyal
♥ Mencerahkan kulit
♥ Menjaga kulit dari sinaran UV
♥ Mengurangkan parut jerawat
♥ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
♥ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
♥ Menjadikan wajah lebih berseri
Bukan itu sahaja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan Vita C dan Vita E merupakan anti oksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan dan yang lebih baiknya ia mampu meratakan tona kulit.

Note :
Pengambilan vitamin-vitamin secara konsisten dan istiqamah akan menghasilkan kulit yang bebas jerawat dan menghilangkan parut-parut jerawat serta jeragat. Kulit akan lebih canti dan berseri tanpa tempelan make up yang OVER...

___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

Monday, 22 July 2013

Collagen Powder

Untuk Rasa Lebih Sihat, Kulit Lebih Muda Menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

7 bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camillia Japonica, ekstrak Pfaffia, Kolagen ikan, Ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

Omega

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA, kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan dan suppliment.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim manusia.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan ain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

DHA dan EPA dalam kandungan omega 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem sarat\f dan fungsi mata yang diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.
___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com

post signature

MealShake

 Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga :-
♥ Sarapan segera yang berkhasiat
♥ Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
♥ Hidangan segera untuk para atlet
♥ Kudapan menarik pada bila-bila masa
♥ Hidangan yang ideal, rendah kolesterol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oeh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.


___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

Caroto Max

Apa Itu CAROTOMAX?

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.


CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk :-
♥ Memelihara kesihatan yang baik*
♥ Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu *
♥ Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com


post signature

ESP

Protein Bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino Perlu

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP :-
♥ Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten
♥ Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
♥ Mengandungi 5 vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid*
♥ Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

GLA Complex


Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO.. ia dipanggil GLA Complex (Gamma -Linolenic Acid)

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula protaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menhalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH GLA?
GLA dikataka membantu :-
♥ mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid (PMS),
♥ mengurangkan keradangan arthritis rheumatoid
♥ mengurangkan keradangan ECZEMA
♥ mengurangkan sakit kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis
♥ membantu mengawal kencing manis dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
♥ membantu menyingkirkan lebihan berat badan


___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com


Sunday, 21 July 2013

Poligami Hanya Rukhsah!!


Sejak kebelakangan ini, sekeliling che' su dimomok-momokkan dengan cerita POLIGAMI... Bukan stakat di dada akhbar, di media elektronik, carian web, bahkan di office che' su, bos pun amik port... Hamboi-hamboi kan. Ini semua mungkin disebabkan issu seorang artis TU kan.. Xpayah la che' su sebut sapa kan.. Post ni bukan bertujuan nak komen pasal tindakan artis tu ke, nak dengki orang yang berPOLIGAMI ke... Sekadar perkongsian yang che' su pegang selama ni. Ni petikan artikel dari penulis kegemaran che' su, Fatimah Syarha berkenaan POLIGAMI di web beliau http://sebarkanbahagia.blogspot.com

♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ 

Segelintir orang gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah,’ hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya.

             Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut ‘poligami itu sunnah’ tidak pula menyebut ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ itu sunnah sedangkan ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ juga turut dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat 'perceraian itu sunnah' dan 'perhambaan itu sunnah?'

            Mari kita kaji tentang maksud ‘sunnah’ agar kita bukan sahaja ‘tahu’ secara tepat tetapi perlu ‘faham’ secara jelas.

            Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan. 

Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.

Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir)  kerana ia mempunyai kesan hukum.

             Mungkin orang yang mengungkapkan ayat 'Poligami itu sunnah' bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).

Kekeliruan ‘sudut pandang’ menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan ‘adil’. 

Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut  begini, “Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan.” Hmm, ok tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.

Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai ‘rukhsah’ dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama’. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama’ di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini. Manakala hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ialah sunnah. Hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan ‘monogami itu sunnah’.

            Jadi, wajarkah terus menggunakan perkataan ‘poligami itu sunnah’ dengan hujah menggunakan takrif ahli hadis dan ahli usul, sekiranya nanti masyarakat memahaminya sebagaimana takrif Fiqh?

Maka pada hemat penulis, ayat ‘Poligami itu sunnah,’ wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat ‘Perhambaan itu sunnah’, ‘Pemerdagangan orang itu sunnah,’ ‘Perceraian itu sunnah.’Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila darurat mengikut konteks zaman itu.

Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat “Poligami itu sunnah” dan bertukar kepada ayat, “Poligami cuma harus.” “Poligami cuma rukhsah.” Sudut pandang ini lebih menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan berlakunya islamphobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari membela Islam dari fitnah!

♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ 

Nah kalian dah baca... Ingin che' su tegaskan disini, che' su tidak menolak poligami, taidak menafikan hal laki-laki untuk berpoligami.. Kalau u olls tanya che' su ;

   'Kalau hubby che' su poligami, che' su ok ke?'
    Macamni che' su jawab
   'che' su xkisah (In sha Allah), tp che' su dah letak syarat-syarat yang perlu dipenuhi utk
    hubby che' su penuhi sebelum niat itu diteruskan. Dah sign pun taqlik tu...' ^_^




post signature
♥ Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup anda dan rakan-rakan, sila klik butang LIKE di atas. "What you GIVE, you GET MORE back" ♥ 

Wednesday, 17 July 2013

Ceria


Assalamualaikum salam Ramadhan hari yang ke 9 warga muslimin muslimat sekelian. Baru perasan rupanya Blog azsana ni lahir dalam bulan berkah ni, bulan Ramadhan al Mubarak.. Moga-moga perjalanan blog azsana diberkati juga, In sha Allah... ^_^

Tak tahula kenapa, tapi hari ini rasa sangat CERIA... Hati berbunga-bunga.. Ni yang nak share artikel dari blog kegemaran saya genta-rasa.com yang bertajuk MULAKAN DENGAN CERIA...

♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥

Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .
Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.
Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.
Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!
Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya?  Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”
Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah.  Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!
Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”
Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”
Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya.  Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.   Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.
Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!
♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥

Sesungguhnya Pada Kesukaran Itu Ada Kelapangan... In sha Allah. Yang penting bukan apa yang kita pandang, tetapi cara kita memandang sesuatu. ISTIQAMAH!!



post signature

Bilakah Kita Perlu VITAMIN Dan MINERAL


Pertama sekali kita hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan.

  • Mereka yang disahkan kekurangan vitamin dan mineral
  • Wanita hamil dan menyusukan anak
  • Bayi pra matang
  • Mereka yang berpenyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan
  • Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protein, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain
  • Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan
  • Bagi vegeterian yang mana tanpa makan telur dan minum susu, mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12
PERHATIAN !!!

Sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda terlebih dahulu untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini kepada badan anda hasil daripada pengambilan vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukn oleh badan kita.



post signature

KEPENTINGAN VITAMIN


Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa, keperluan vitamin dan mineral ini adalah menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitain dan mineral justeru itu ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.

Terdapat pelbagaijenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya meentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.

Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara betul atau seimbang, Vitamin dan Makanan Tambahan adalah disarankan diambil untuk melengkapkan lompong nutrisi dalam diet harian anda. Tetapi pengambilan itu hendaklah dirujuk kepada pakar atau doktor terlebih dahulu.

post signature

Friday, 12 July 2013

Shaklee Distibutor



ATTENTION! ATTENTION! 
Adalah dengan ini diumumkan bahawa saya SITI SUHANA adalah Pengedar Sah untuk Produk SHAKLEE  916273 di kawasan anda di sekitar JOHOR BAHRU/PASIR GUDANG bahkan di seluruh Malaysia memandangkan bisnes saya adalah secara Offline dan Online.

Sebarang urusniaga dan penghantaran akan dibuat secara penghantaran POS LAJU ataupun COD di kawasan sekitar JOHOR BAHRU/PASIR GUDANG (bahkan point area KULAI / SEDENAK / SEGAMAT)

SMS / Whatsapps :  016 - 723 6583
Email  :  suazham@yahoo.com

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk secara walk-in ke mana-mana Branch SHAKLEE, boleh menggunakan ID saya

Siti Suhana
SID 916273 
post signature

Pentingnya BERUBAH Ke Arah KEBAIKAN

Apa pentingnya BERUBAH ni eh? Mana-mana quote pun ada istilah BERUBAH ni. Terutamanya bab-bab kejayaan. Cer check life kita macam mana pada masa ni.. Adakah kita berpuas hati dengan keadaan kita sekarang? Bukan tak bersyukur dengan yang sedia ada, tapi kita yang lebih baik kan. So, nak jadi yang lebih baik tu kita nak buat apa? Tak kan kita nak stay macam tu jek kan... Semestinya kita perlu BERUBAH! Di sini saya nak kongsikan apa yang ingin saya ubah ♥

♥ Berubah menjadi hamba yang lebih taat kepada Allah, lebih baik ibadahnya
♥ Berubah menjadi umat Nabi yang lebih cinta kepada nabinya dan mengikut sunnahnya
♥ Berubah menjadi orang tua yang lebih mendidik anak dalam hal agama
♥ Berubah menjadi suami/isteri yang lebih soleh/solehah
♥ Berubah menjadi anak yang lebih berbakti kepada kedua orang tuanya
♥ Berubah menjadi masyarakat yang lebih baik lagi untuk membangun bangsanya
♥ Berubah menjadi PENIAGA yang LEBIH BERJAYA
♥ Dan perubahan-perubahan lain yang dapat memberikan perubahan lebih baik untuk dunia



Thursday, 11 July 2013


Salam pembuka kalam dari saya untuk semua. Posting saya adalah berkisar berkenaan kesihatan, keluarga serta kehidupan. Diharap ada yang sudi membaca dan komen.

TQ. ♥