Antara penyakit yang kerap dan selalu dialami oleh wanita adalah Fibroid, Endometriosis, PCOS, Anexoria dan Menopous.
Fibroid
- Fibroid bukanlah kanser, tetapi ketumbuhan yang berlaku pada lapisan otot dalam dinding rahim. Kadang kala wanita sendiri pun tidak sedar yang terdapat Fibroid dalam rahim mereka. Dalam uterus ataupun rahim wanita terdapat 3 lapisan iaitu Perimetrium, Myometrium dan Endametrium. Fibroid terjadi di lapisan otot ataupun di Myometrium . Terdapat banyak statistik ataupun kajian dilakukan untuk mencari sebab musabab mengapa Fibroid terjadi, namun tiada sebab yang khusus.
Endometrorisis
- Endometrorisis adalah selaput ataupun lapisan yang luar biasa yang terjadi di luar rahim ataupun pada dinding endometrium. Ia boleh membawa kepada kesakitan, pendarahan yang tidak teratur dan masalah kehamilan (kemandulan). Dalam keadaan biasa, selaput ataupun lapisan ini akan gugur bersama-sama dengan darah kotor ataupun haid setiap bulan. Simpton utama penyakit ini adalah senggugut ataupun kesakitan di bahagian pelvik.
PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)
- PCOS terjadi disebabkan gangguan hormon yang tidak stabil ataupun tidak seimbang. Gangguan ini menyebabkan kitaran haid dan proses ovulasi yang tidak normal. Menurut kajian yang dilakukan terdapat 90% wanita mengalami kitaran haid tidak teratur dan 30% wanita yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.
Aneroxia Nervosa
- Aneroxia adalah gangguan yang dihadapi untuk makan. Mereka yang mengalami masalah ini kebiasaannya disebabkan aturan diet yang tidak betul atau tidak seimbang untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna. Mereka mengalami Aneroxia umpama fobia terhadap makanan kerana takut setiap makanan yang diambil akan menyebabkan kegemukan pada badan. Lama kelamaan tubuh badan akan kehilangan nutrisi ataupun zat gizi yang diperlukan oleh semua organ tubuh badan.
Menopous
- Ini terjadi disebabkan wanita yang telah putus haid iaitu kilang telur (ovary) berhenti menghasilkan telur. Sesetengah wanita mengalami Menopous secara mengejut ataupun terjadi secara perlahan-lahan. Antara simpton-simpton yang terjadi seperti sering kepanasan, kulit kemerah-merahan, cepat marah dan sebagainya. Normalnya terjadi pada wanita yang berusia 45-55 tahun. Menopous ini perlu diketahui bagaimana untuk menanaganinya oleh suami dan isteri bagi memudahkan untuk menghadapi bila tiba masanya..
****************************************************************************
Errrkkk.. Seraammmm... Lebih baik mencegah dari merawat... Jagalah kesihatan kalian... ^_^
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment