SILA KLIK SINI YER

Tuesday, 30 December 2014

SUPPLY & DEMAND SUSU IBU : Punca Susu Ibu Makin Sedikit

Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan susu ibu makin sedikit. Antaranya ibu yang sedang stress, sakit atau sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang yang aka mengganggu pengeluaran susu ibu. Tapi entry ni Che' Su nak kupas mengenai punca susu ibu merudum yang disebabkan oleh ibu tak amalkan konsep asa dalam penyusuan susu ibu. Rujuk SINI.

Ramai je ibu yang salah faham mengenai penyusuan susu ibu ni. Mungkin mereka beranggapan, kalau tunggu breast penuh (bengkak) maksudnya banyaklah susu bayi dapat minum taua pam nanti. Ini tanggapan yang perlu diperbetulkan SEGERA! Sebenarnya ianya adalah sangat berlawanan. Kalau kita tunggu breast rasa penuh baru nak bagi bayi minum atau pam,susu akan jadi makin sedikit secara perlahan-lahan. Makin lama kita tangguh, makin sikitlah penghasilan susu ibu. Sebabnya bengkak susu dan adakalanya 'bocor' sebab dah overflow... akan hantar isyarat pada badan yang kita hanya perlukan susu sedikit sahaja.


Nak kasi lebih faham, Che' Su beritahu situasi sebenar yang ramai ibu di luar sana tak sedar yang tindakan ibu mungkin menyebabkan susu jadi makin kurang walhal semasa dalam tempoh pantang, bayak sangat susu kita sampai melimpah ruah kan....


Cuba perhatikan jadual bayi menyusu di atas. Hari pertama bayi lahir, setiap 2 jam dia minum susu ibu dan badan akan auto set/adjust supaya MESTI hasilkan susu cukup 2 jam....  kadang-kala  bila cukup masa, susu akan keluar sendiri tanpa bayi hisap pun.. Keadaan ini dipanggil Let Down Reflex.

So, hari ke 2, ibu dah mula bagi susu formula sebab katanya bayi nangis tak cukup susu. Penat layan kerenah bayi yang tak henti-henti meragam... sumbat je susu tepung... lama la bayi tidur... Jadi badan dapat isyarat supaya hanya produce susu selepas 5 jam!

Hari ke 3 pula, makin lama tempohnya. Waktu bayi tak menyusu, ibu tak kosongkan breast, hari ke-4 jadual makin lama... Jadi badan dah dapat isyarat...'Okey, hasilkan susu selepas 9 jam!! Begitulah seterusnya...

Sebab itulah habis je pantang, susu dah kering.. Sayang sangat-sangat. Badan kita dijadikan cukup sempurna. Bila nak dapat susu banyak, kerapkanlah menyusu/pam dan badan secara semulajadi akan adjust ikut keperluan yang kita/bayi tentukan.


Subhanallah... Indah sungguh ciptaan Allah kan.. Sebabtu jangan sesekali cakap pada diri sendiri, susu tak cukup sebab otak kita akan dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan...

Makanya, bila dah tahu punca kenapa susu ibu makin sedikit, mudahlah ibu nak usaha untuk banyakkan susu. Memang ada macam-macam petua untuk banyakkan susu ibudan makanan penggalak susu (milkbooster) yang boleh buat susu ibu jadi banyak. Tapi ini semua bergantung juga pada tubuh ibu itu sendiri dan juga sejauh mana ibu aplikasikan konsep SUPPLY and DEMAND tu.



notakaki#coretan blog dikongsi dari blog INI.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^ Suhana Simma ♥ SID 916273 ♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583 ♥ Email : suazham@yahoo.com ♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/ ♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai post signature

Sunday, 28 December 2014

Rahsia Susu Ibu Banyak

Salam... Tajuk kali ni macam best jek kan.. RAHSIA katanya.. Mesti ramai antara kita-kita ni tertanya-tanya apa rahsia para ibu yang mampu membuat stok susu berkampit-kampit tu kan.. Sampai tak muat freezer nak simpan stok susu apa ilmu istimewa yang diorang pakai ni??

Tak kurang juga yang berkata, 'Ala... dia senang la memang dia jenis banyak susu..' Memang tak dinafikan memang ada ibu-ibu yang sangat bertuah mempunyai kelebihan itu. Lahir je baby, terus ada susu badan. Ada setengah tu semasa hamil lagi susu dah mula keluar. Tapi kebanyakan ibu, susu matang hanya keluar selepas beberapa hari bersalin. Yang keluar hanyalah kolustrum iaitu susu awal warna kekuningan, sikit je dan kelihatan agak pekat. Sebenarnya kolustrum ini adalah cecair emas yang sangat bernilai buat bayi yang baru lahir kerana ianya penuh dengan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Tapi tak bermakna orang yang pada mulanya susunya sedikit atau lambat keluar tak mampu nak menyusukan anaknya sepenuhnya. Ada juga yang ibu yang tak melahirkan anak, ambil anak angkat tapi mampu menyusukan bayi tersebut. Yang ni kes lain la... Ada la caranya kan, makanan tambahannya.. Yang part ni, Che' Su cerita lain entry eh. Jadi mana rahsia ni? Sebenar hakikatnya takde rahsia besar pun. Paling PENTING sangat ibu itu sendiri kene TAHU dan FAHAM konsep  asas dalam penyusuan susu ibu iaitu SUPPLY on DEMAND.

Apa konsep SUPPLY on DEMAND
Pengeluaran susu ibu bergantung kepada rangsangan/permintaan dari bayi anda semasa menyusu. Dalam kata mudahnya, makin banyak ibu menyusukan bayi, makin banyaklah susu akan dihasilkan. Maka, kalau ibu-ibu terasa badan hasilkan susu lebih sedikit atau kurang daripada biasa, apa yang ibu perlu buat adalah kerapkan menyusui bayi anda. Kalau bayi anda cepat kenyang, boleh juga pam selepas menyusu untuk rangsang penghasilan susu ibu. Mungkin akan terdetik dalam hati...

Kan baru lepas menyusu, ada ke susu kalau nak pam? Boleh ke nak pam... nanti tak cukup pula kalau baby nak susu lagi!

Sebabtu lah ibu-ibu bukan setakat tahu sahaja konsep ni. Kene FAHAM dan PRAKTIK kan...Analogi yang mudah bagi contoh flush tandas. Once kita dah flush, air akan keluar dari tangki... Kemudian secepatnya tangki akan diisi semula untuk menggantikan air dalam tangki sehingga penuh semula. Macam tulah juga kilang susu pada badan kita berfungsi. Semakin banyak susu yang diminum oleh bayi atau kita pam (bg yang berkerja), kilang susu kita akan berkerja lebih keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.Semakin kerap payudara dikosongkan samada dengan menyusui bayi atau pam, makin banyak susu dihasilkan... Insya Allah...


Cuba set dalam kepala jangan biarkan breast penuh. Jangan bagi peluang breast kita peluang untuk penuh. Macam main lumba-lumba la... Sapa yang dulu... kita kosongkan breast dulu atau breast penuh dulu... Memang seronok.. Jangan stress sangat tau ibu-ibu sebab stress tu pun punca pengeluaran susu kita terganggu. Jangan seronok sangat 'memenuh'kan breast tu.. Sebab bila breast da penuh sangat (engorge)... azabnya rasa kalau bengkak susu tau. Boleh demam urat..

See... Merata web Che' Su google entire worldpun, pakai konsep yang sama tau... SUPPY and DEMAND! Meh sini Che' SU nak share sket antara yang Che' Su berjaya google.


Next entry nak bagitahu RAHSIA juga...RAHSIA/Punca susu ibu Makin Sediki.. Tunggu...... ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature



Friday, 26 December 2014

Kencing Malam @ Ngompol

Hahaha... Bagi yang tak tahu apa itu NGOMPOL... Itu bahasa jawa... Bahasa Inggeris BEDWETTING... Apa pun bunyi perkataan tu, Che' Su rasa hampir keseluruhan dari kita pernah mengalami tragedi tersebut... Terutama di usia kanak-kanak... (Pssstt... ada gak yang dah umur dewasa ni yang TER juga....) ^_^

♥ Apakah Punca Anak Kecil Kencing Malam @ Ngompol
  • Menurut pakar kanak-kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur
  • Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vesopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam


♥ TIPS mengatasi Kencing Malam @ Ngompol
  • Elakkam memberi minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur. ~ tips yang ni Che' Su tak boleh nak pakai sebab kami satu family memang tabiat akan minum susu sebelum tidur... ok next ^_^
  • Disiplinkan anak membuang air kecil sebelum mereka tidur ~ yang ni habit kami.. oke
  • Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini. ~ ok, yang ni memang gigih nak buat untuk anak pertama Che' Su. Bukan apa, sebenarnya melatih ibunya sendiri supaya bangun malam tu yang lebih gigih.. yang bagusnya bolehlah ibunya nak tahajud kan... ^_^
  • Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk membuang air. ~ mujur la bilik anak-anak memang sebelah bilik air... Great..
  • Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya. ~ setuju... maknya mengarang ayat macam nak karang novel nak bagi anak usia 2-3 tahun paham... 

  • Cara psikologi seperti ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri. ~ sangat membantu... Bangun-bangun tidur jek masing-masing berlari kat kita tunjuk alas tidur yag tak basah minta kita puji.. Siapa dapat pujian dulu dikira menang... Besarnya kuasa pujian ibu bagi anak2 ni kan... so sweet... ^_^
  • Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.~ Che' Su dulu memang sengaja cari alas jenis plastik yg bising2 tu bg mereka terganggu sangat... Pastu kalau diorg ada terkencing, saje je Che' Su biar sikit bau hancing tu supaya supaya diorang serik.. Sebab anak2 Che' Su ni jenis hidung memasing sensetep sgt.. Ibu goreng ikan masin pun smpai muntah2, tp time makan laju plak...
  • Jika anak anda sudah agak besar, bolehlah diminta bertanggungjawab atas tabiat ini seperti mengeringkan tilam atau menukar cadar.~ hahahaha. part ni best. Memang Che' Su buat ni.. kalau jiran tetangga nampak memang diorang akan kata Che' Su ni dera anak sbb suruh diorang angkat tilam 6" tu jemo kat luar umah.. 
  • Jika tabiat ini tidak terkawal walaupun sudah meningkat usia lebih dari 8-9 tahun, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal. ~ Alhamdulillah setakat ni anak2 Che' Su alami masalah ni tak lama... Sebulan dua selepas tak pakai lampin dah boleh control. Dlm lingkungan usia 2-3 tahun.


  • Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran. Jadi berilah masa dan peluang kepada anak. ~ SETUJU Sangattt... Doa banyak2 ye ibu-ibu sekalian ^_^


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 post signature

Wednesday, 24 December 2014

Telur Ikan @ Caviar

Makanan yang selalu kita makan, bukanlah semestinya makanan kegemaran kita...

Makanan kegemaran saya sangat jarang saya dapati. Hampir 1 kali setahun bau dapat nikmati....

Che' Su tak mampu nak share resepi @ cara nak masak telur ikan ni... Sesiapa yang berminat, boleh g SINI... Nampak sedap... ^_^

Kredit pica http://intai-intaidapurfha.blogspot.com

Tuesday, 25 November 2014

Kebaikan Membedung Bayi

Amalan membedung bayi ni dikatakan agak kolot bagi orang-orang moden (konon) ni. Bayi seusia seminggu dua pun ada yang tak berbedung. Macam-macam alasan bila ditanya. Yang paling popular, alsan bayi panas. Hehehehe... Ntah la Che' Su pun tak berani nak komen lelebih. Tapi yang pasti, anak-anak Che' Su sangat suke berbedung. Kedua-dua Muhammad Adam Syahmi & Amanda Nur Amiena dulu sampai umur 6-7 bulan pun masih berbedung ketika tidur. Baby Ammara yang nak masuk 5 bulan ni pun masih suke berbedung. Tp pada Che' Su, bayi dalam bedungan memang sangat comel... ^_^

 Baby Ammara 4months

Ni baby tuek Amanda 3tahun ^_^ (ngengada tau awek ni)

Meh nak share sket kebaikan berbedung bagi bayi yang Che' Su share dari Legacy Secret Trading's ni :-

  • Bayi yang masih kecil perlu dibedung bagi mengelakkan mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya
  • Kain bedung yang membaluti bayi membuatkan bayi terasa seperti di dalam rahim/pelukan ibunya
  • Bedungan turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutamanya jika tidak dipakaikan sarung tangan
  • Ia turut mengelakkan bayi dari mengawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak
  • Samada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung pada bayi dapat membantu meredakan tangisan bayi
  • Membantu proses penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Sunday, 23 November 2014

Kenapa Perlu Menjadi Ahli Shaklee

Perasan tak kebanyak entry Che' Su akan diakhiri dengan promotion 'Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su.. bla.. bla.. bla.. ^_^
Tapi Che' Su tak pernah pun cerita kenapa Che' Su jadi ahli Shaklee ni. Best ke jadi ahli Shaklee ni? Kan.. Kan.. Kan..  Jadi, ni nak cerita la ni..

Persoalannya, WAJIB ke jadi ahli Shaklee ni?

Takdek la sampai jatuh hukum WAJIB tu. Tiada paksaan pun nak jadi ahli ke tidak.Cumanya bagi yang pengamal makanan kesihatan dan produk Shaklee ni adaah lebih baik mendaftar sebagai ahli kerana bukan sedikit kelebihan menjadi ahli Shaklee ni. Meh check sini :-

Membeli Pada Harga Yang Lebih JIMAT


  • Secara automatik, semua ahli akan membeli semua produk dengan harga jimat sehingga 25% berbanding harga pasaran. 
  • Penjimatan berganda setiap bulan bagi produk promosi seperti contoh Beli 6 percuma 1
  • Contoh penjimatan ; Belian ESP harga jualan RM150 campur postage cost RM10 maka total RM160. Jika anda menjadi ahli, anda hanya perlu membayar sekali RM196 (harga ahli produk+kos pendaftaran+kos pos). Maka belian bulan berikutnya anda dah boleh membuat belian dengan harga ahli yang tak sampai pun RM150 tu. Kan jimat banyak tu ^_^

 Kumpul POINT sambil membeli dan dapatkan tukaran CASH

  • Konsep yang sama seperti Jusco Card, BonusLink Carddan sebagainya. Setiap produk Shaklee ada point tersendiri. Jadi, setiap kali pembelian produk, anda akan mengumpul point. Bila dah cukup point tertentu, Shaklee akan terus masukkan jumlah CASH yang anda layak dapat
  • Tukaran CASH selalu dimasukkan terus ke dalam akaun anda pada 14-16hb setiap bulan.

Support Group - Online & Offline

  • Yang ni khas bagi mereka yang mendaftar dan berminat untuk ber'bisnes. Pendaftaran yang dibuat dengan Che' Su, anda akan dijemput khas ke dalam SECRET & EXCLUSIVE GROUP kami. 
  • Dalam Group ni kami share segala rahsia kejayaan, tips marketing, info tentang produk, perbincangan, pengumuman dan sebagainya. Bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam bisnes, tapi banyak perkara hebat yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Order ONLINE

  • Bagi yang kurang masa nak ke branch beli produk, sekarang dah boleh order through online jek. Ni bagi yang telah mendaftar Ahli sahaja.
  • So, pilih produk mana yang berkenan, bank in duit, dan tunggu la abang GDex @ CityLink hantar sampai depan pintu rumah. ^_^

♦♦ Kalau TAKNAK Bisnes acane?
  • Takde paksaan pun untuk kalian berbisnes dalam Shaklee ni. Kebanyakan yang mendaftar Shaklee ni kerana nak dapatkan harga murah.
  • Tetapi tetiba datang seru nak berbisnes asbab ramai memuji kesan yang kelihatan pada kita yang mengamalkan Shaklee ni kan. So, kita dah ada platform, tinggal nak beraksi jek..

Sebenarnya banyak lagi kelebihan menjadi Ahli Shaklee ni. Belum cerita Bonus Kereta, Bonus Percutian. Tapi tu cerita nanti yang dah serius la eh. Jadi, para pengguna produk Shaklee ni, buatlah pilihan yang menguntungkan anda. 



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Saturday, 22 November 2014

Kereta Terkunci Dari Dalam

Nak dijadikan cerita Al kisah ni terjadi pada kakak jiran ku. Perjalanan dari sebuah desa di negeri pantai timur ke Johor memang amat memenatkan. Apatah lagi dengan kerenah anak-anak yang masih kecil... Berhenti sebentar untuk melonggarkan otot kejang di pertengahan jalan. Mungkin terlalu keletihan, terlupa yang kunci kereta masih di dalam kereta. Apabila teringat, sudah terlambat kerana kereta yang ditinggalkan tadi telah ter'lock' sendiri. Mungkin tahu dirinya dalam bahaya bimbang dicuri maka locknya diaktifkan sendiri selepas beberapa minit ditinggalkan oleh tuannya. Almaklum kereta mahal.. ^_^

Kejadian nun di sinun dan Che' Su sebagai jiran tak tahulah apa dan bagaimana keributan yang berlaku di sana akibat insiden berkenaan. Tahunya menjelang lewat petang, jiran senior memerangkap tok penghulu lorong kami tu men'ting tong' rumah kami. Bersosek-sosek mereka di luar,maka masuklah BB Che' Su tu.

'Keta kak suzi ter'lock. Nak buat cane eh yang'
Che' Su agak mengerutkan dahi yang licin ini.
 'Bukan selalu BB yang mahir bab-bab ketukangan ni ke?' monolog Che' Su
Tak sempat jawab BB Che' Su keluar lagi. Tengok2 mereka berdua dah masuk ke rumah jiran Che' Su yang mengalami kejadian terkunci kereta tu.. Soksek-soksek lagi... Terdengar sedikit keributan di situ... Tapi Che' Su masih tak keluar rumah. Sebab hal laki-laki kan.. Tambahan, cuaca agar hujan renyai. Baby Ammara pun tengah ber'manja' dengan ibunya ni.. ^_^

BB Che' Su masuk rumah lagi...
'Abg Fairul taknak pecah cermin keta dia. So, BB, Abg Zul & Khairul nak g Kuantan. Hantar kunci..Boleh eh yang'
'Ikut BB la..'

Lepas Maghrib mereka bertolak, & Alhamdulillah jam 4++ pagi mereka selamat sampai ke rumah.

Actually, kejadian tertinggal kunci & terlock kereta memang pernah terjadi kat Che' Su. Siap ada anak dalam tu masa Adam baby sekali. Ini yang kami lakukan masa tu. Actually BB Che' Su yang buat. Dia kan ala-ala Mc Gyver...

  • Tanggalkan getah pelapih tepi tingkap tu..
  • Ambil pembaris 12" jolok besi/plastik yang lock pintu tu
  • Ha.... Dah terbuka....

 Credit to HERE

Bagi yang ada alami masalah macamni boleh cuba la. Tapi tak semua kereta boleh buka cara macamni, ada gak yang takleh buka. Masa tu Che' Su pakai Wira.

♥ Bagi Che' Su la eh. Bila kejadian macamni berlaku, kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Bile ada yang nak tuding menuding mencari punca kesalahan, tu yang jadi driver yang salah sebab tak ambil kunci, pastu penumpang pun salah sebab bising-bising nak turun menyebabkan driver yang penat tadi terganggu kosentrasi semasa matikan enjin kereta. Kereta pun jadi mangsa sebab canggih sangat... Tapi hakikatnya, yang kita duk bising-bising tu sebenarnya kita salahkan kejadian Allah juga ke? Sebab DIA yang jadikan peristiwa tu? Cer kita fikir positif...

♥ Kalau tak jadi kejadian tu, kita pun tak tahu betapa bertimbangrasanya jiran tetangga pada kita.
♥ Kalau tak jadi kejadian tu, kita pun tak tahu a few thing yang kita tak pernah jangka pun kan...

Apa-apa pun THINK POSITIVE...

*SejakDahAmalBComplexShakleeNi,EmosiLebihStabilDanTakMelentingSangatDaa......PlusBanyakZikir...ALhamdulillah*


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Friday, 21 November 2014

Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Salam Jumaat... ^_^

Sempena hari Jumaat yang barkah ini (Insya Allah), Che' Su nak kongsikan 7 Zikir Pembuka Rezeki Harian. Sejujurnya Che' Su tak ingat kat mana Che' Su jumpa artikel ni. Sebab Che' Su memang dari dulu suka copy paste artikel-artikel orang yang best-best. Buat koleksi. (pssttt, dulu siap buat hantaran tau... konon jiwang.. ahakss) Tapi tak terfikir akan ber'blog dan akan menggunakan artikel tersebut. Pada pemilik asal artikel ini, terima kasih ye. Semoga perkongsian ni kita dapat kongsi kebaikan dan Pahalanya juga ye.. ^_^



♥ La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

  • Barangsiapa yang lambat datang rezekinya, hendaklah banyak mengucapkannya. (HR. At-Tabrani)

♥ La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
  • Barangsiapa setiap hari membacanya, maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu'aim & Ad Dailami)

♥ Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzim
  • Dari setiap kalimat itu satu Malaikat yang bertasbih kepada Allah sampai hari Kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustaghfiri dalam Ad-Da'awat)

♥ Surah Al-Ikhlas
  • Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan itu menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At Tabrani)

♥ Surah Al-Waqi'ah
  • Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiapmalam, maka tidak akan ditimpa kesempitan dalam hidupnya. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

♥ Selawat Ke Atas Rasulullah SAW
  • Dari Umar bin Khathab dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda ; Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali Selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali Selawat dan mengngkat darjatnya sepuluh Darjat. (Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah... al-Bazzar... Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul)

♥ Istighfar
  • Barangsiapa melazimkan Istighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan Rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

" Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. 
Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. 
Jika masih di bumi, keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat membantu anak-anak yatim - fakir miskin serta mereka yang didalam kesusahan dan kedhaifan. 

Ya Allah... Kabulkanlah doa kami... Aamiiin Ya Allah Ya Robbal 'Alamin"


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 
post signature

Thursday, 20 November 2014

Beza Lecithin Dan Omega Guard

Bagi yang nak amik Set Diet Shaklee mesti akan bertanya kenapa ada pilihan samada nak ambil Lecithin atau Omega Guard. Ok, meh Che' Su bagi penerangan ringkas yek.




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Wednesday, 19 November 2014

Lecithin

Hokay, Lecithin ni antara HOT product bagi mereka yang ingin kuruskan badan. Sebelun NI Che' Su ada buat entry pasal Lecithin ni. Tapi entry kali ni Che' Su nak cerita secara ringkas bagi mereka yang malas nak baca banyak-banyak. ^_^

♥ Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yang lain. Lecithin dinamakan 'Pengemulsi Semulajadi' kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak'... dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak 'terapung' dalam darah... Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding usus yang menyebabkan kegemukan.


♥ Antara FAEDAH Lecithin :-

  • Membantu membersihkan saluran darah
  • Sebaga pengemulsi lemak dalam salur darah semula jadi
  • Mengawal penggumpalan platlet darah
  • Menggalakkan metabolisma lemak
  • Mencairkan lemak - menurunkan paras kolesterol
  • Mencergaskan dan mencerdaskan otak
  • Menggalakkan penyerapan vitamin A.D.E.K
  • Mengawal kehilangan air oleh kulit
  • Menjaga kesihatan membran sel
  • Menjaga kesihatan saraf
  • Penting dalam penghasilan hormon
  • Untuk rambut yang sihat


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^ Suhana Simma ♥ SID 916273 ♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583 ♥ Email : suazham@yahoo.com ♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/ ♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai post signature

Tuesday, 18 November 2014

Set Berpantang

Harini Che' Su nak cerita pasal Set Berpantang Shaklee pulak. Huhuhuhu.. Ape pasal la entry Che' Su ni tak konsisten ekh.. Ini sebabnya ada kenalan Che' Su bertanya pasal Set Berpantang yang Che' Su ambil untuk anak ke-3 baru ni... Meh baca sket..

Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi (dengan izin Allah). Set ini boleh dimakan/diamalkan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang lengkap untuk ibu dan bayi.

Secara ringkasnya suplemen yang dicadangkan dalam set ini adalah seperti berikut ;

 


♥ B Complex

  • Membantu menstabilkan hormon tubuh. Ia penting bagi mengelakkan kemurungan (meroyan dll)
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin b termasuk asid folik dan biotin
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang
  • Menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga

♥ Vitamin C Sustained Release
  • Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen
  • Mempercepat penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat proses bersalin

♥ Vita-lea Iron Formula (Multivitamin)
  • Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru menggantikan yang telah hilang semasa proses kelahiran
  • Kekurangan Zat Besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • Juga baik untuk kesihatan secara menyeluruh

♥ Zinc
  • Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka terutama luka dalaman (untuk rahim)
  • Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin
  • Membantu masalah 'kedinginan' ketika berpantang

♥ ESP (Non GMO Soy Protein)
  • Membekalkan tenaga
  • Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Mencantikkan dan menghaluskan kulit ibu dan membantu mengawal paras kolesterol 
  • Mengemulsi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati



Set Bersalin/Berpantang Shaklee ni dikategorikan sebagai Set Berpantang moden la sebab memang takde jamu-jamu, param atau pilis tu. Bagi yang masih kuat tradisinalnya, masih boleh mengambil jamunya, tapi perlu dijarakkan masa pengambilannya. Almaklumlah berpantang di kampung diselia oleh mak, musti la dia tanya, 'Mana jamu awak' 'Mana param awak' 'Mana pilis awak' kan.. Tapi jamu biasanya diambil selepas seminggu kelahiran atau selepas bayi disahkan bebas tiada masalah jaundice.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Monday, 17 November 2014

Surat Kepada MAH - Cantik Itu Subjektif

Penghujung minggu lepas, Che' Su ter'follow' satu viral di FB yang bertajuk 'Surat Kepada MAH'. Macam-macam reaksi dan komen dari ramai orang.

Beberapa hari lepas, Che' Su terbaca plak ada 'Surat Balasan Kepada Suami MAH'. Hahahahahaha... NICE... Ada unsur pemasaran Shaklee di situ... Bagi pemikir yang positif macam Che' Su, ia sangat mencuit hati. Bagi yang sebaliknya, ada unsur cemburu di situ.

Tidak lama selepas itu, viral tersebut mendapat perhatian Saifulnang blogger terkenal tu dalam satu entry beliau. Pun pada Che' Su, ada kebenarannya.

Tapi pagi ini,Che' Su buka email... Nah... Viral tersebut juga mendapat perhatian ilmuan. Yang ni paling Che' Su suka. Walaupun tulisannya bukan secara terang bercerita berkenaan 'Surat kepada MAH' tu. Tapi isinya memang sangat Che' Su setuju...


" Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!"

Ironinya ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. DI tahap begini tidak salah mengharapkan isteri yang masih cantik, tetapi yang lebih utama carilah di mana kecantikan isteri kita, yang selama ini telah puluhan tahun hidup susah senang bersama kita. Perjalanan kita semakin dekat ke alam akhirat. Sepatutnya, kita semakin menjadi pencari kecantikan yang sejati. Seperti Imam Safie... pada usianya mencapai 40 tahun sudah memakai tongkat. Ketika ditanya mengapa? Dia menyatakan bahawa telah nekad untuk melajukan langkahnya menuju akhirat. Malangnya, pada usia-usia begini ramai suami yang mula juga mencari tongkat... sayangnya, bukan 'tongkat muhasabah diri' tetapi 'tongkat ali'!"

Nak baca lanjut, meh click SINI


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Sunday, 16 November 2014

Hujan vs Kanak-kanak

Lokasi : Kampung Halaman Di Sebuah Desa Kecil Di Johor

Kanan-kanak mana yang tidak suka HUJAN? Ketika Che' Su di umur mereka pun, jarang sangat nasihat / larangan mak ayah supaya tidak bermain dalam hujan Che' Su turuti... Ada je alasan supaya dapat bermain HUJAN kurniaan Allah ni.. memang heaven...

Jadi, apa salahnya Che' Su bagi peluang para khalifah Che' Su ni menikmati apa yang pernah satu ketika dulu Che' Su nikmati... Kan.. Kan..




See.... Seronoknya diorang walaupun hujan dah tinggal rintik-rintik jek.. Ikut hati muda belia Che' Su ni, memang-memang la nak joint. Tapi memandangkan berada di rumah mertua, terpaksa la rasional. Kalau tidak..... takut Che' Su plak terlebih action dari anak-anaknya ni... ^_^

 post signature

Saturday, 15 November 2014

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

Malam tadi ada seorang sahabat bercerita tentang kalsium dan sakit tulang. Hari ni tergerak hati nak bercerita tentang Kalsium ni. Ada yang tanya, apa tanda-tanda jika kekurangan Kalsium ni. Cukup ke minum 2 gelas susu sehari? Kalau sakit belakang dan pinggang tu maksudnya kurang kalsium ke? Meh kita tengok kalau-kalau ada tanda-tanda ni pada kita..

♦ Otot & Saraf

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari tangan & kaki
  • Kejang otot
  • Wheezing (pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat Laryngospasm

♦ Saraf
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan dan perubahan personalti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

♦ Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung - cepat letih/penat

♦ Kulit
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh atau berkulat putih
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

♦ Lagi-lagi Tanda Kekurangan Kalsium
  • Kekejangan atau kram otot
  • Sukar / susah nak tidur
  • Perasaan berdebar-debar
  • Eczema 
  • Rapuh kuku
  • Sakit sendi
  • Gigi reput
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatoid arthritis
  • Rickets



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Friday, 14 November 2014

Convocation Day @ Hari Graduasi Tadika Teras Cahaya Al Amin

Harini half day Out. Celebrate Hari Graduasi anak bujang Che' Su Muhammad Adam Syahmi yang kacak beriman ni... ^_^



♥ Takmo cerita keputusan pepriksaan anakanda bimbang akan ada yang berkata kita menunjuk-nunjuk.

♥ Takmo cerita perihal kejadian majlis tersebut bimbang dikatakan macam bagus, bukan nak bantu pun.

♥ Sekadar nikmatilah gambar-gambar sekitar majlis... Enjoice. ^_^

## rugi tak bawa flyers Shaklee Che' Su... Kalau tak boleh promosi kat ramai orang... ^_^


  post signature

Thursday, 13 November 2014

Omega Untuk Kecantikan

Sebenarnya Omega Guard ini merupakan salah satu produk untuk kecantikan kulit selain sebagai vitamin untuk membakar lemak. Meh sini kita tengok apa yang Omega Guard ni boleh buat untuk bantu kita dapatkan kulit yang cantik.


♦ Eccential Fatt Acid (EFAs)

  • Kulit kering atau kasar serta bersisik adalah berkaitan dengan kekurangan EFAs dalam diet harian kita. Bukan sahaja kekurangan EFAs ni boleh bagi masalah pada kulit, tapi juga pada kuku dan rambut.
  • EFAs merupakan asid lemak yang hanya boleh diperolehi daripada minyak dan lemak dan tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri.
  • EFAs boleh didapati daripada makanan harian kita ataupun suplemen. Antara asid lemak (EFAs) yang baik untuk kita adalah Omega 3 dan 6 seperti yang terdapat dalam Omega Guard Shaklee.
  • EFAs penting bagi melengkapkan fungsi tubuh kita secara normal. EFAs ini akan membentuk lapisan pelindung dalam kulit yang membantu menghalang kehilangan kelembapan kulit. Ini sekaligus melindungi kulit kita dari terhidrasi serta memelihara kelembapan kulit.
Pica kredit Super Vitamin Store

Secara umumnya, Omega memberikan manfaat kepada kulit dengan :-

♥ EFAs dalam Omega membantu melembapkan kulit. Membantu membina lapisan pada kulit bagi mengelakkan kulit daripada dehidrasi dan sekaligus mengekalkan kelembapan pada kulit

♥ Membantu mencegah keradangan / inflimasi pada kulit. Kekurangan Omega 3 akan menyebabkan pembentukan ruam /eczema pada kulit. Suplemen Omega akan mengurangkan simpton-simpton serta kemerahan pada kulit tersebut.

♥ EFAs membantu melambatkan tanda penuaan akibat sinaran matahari. Menurut sebuah kajian, EFAs menghalangpembentukan enzim yang disebabkan oleh oancaran sinar UV matahari. Enzim ini berupaya memusnahkan kolagen dalam badan yang menyebabkan timbulnya garis-garis kedutan pada kulit.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature