SILA KLIK SINI YER

Monday, 3 November 2014

Sumber Omega Makanan

Vitamin atau makanan tambahan ada yang pelbagai. Tahukah anda, Omega merupakan antara  Asid Lemak yang terpenting dalam keprluan tubuh kita? Tubuh memerlukan banyak vitamin untuk memenuhi nutrisi harian. Selain sumber dari buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin, ada sumber lainnya yang tidak kurang penting bagi tubuh. Nutrisi tersebut tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, iaitu Omega-3, Omega-6 dan Omega-9.

Asid lemak Omega-3 dan Omega-6 memiliki kepentingan yang setara dan mempunyai fungsi yang saling berkaitan. Kedua nutrisi ini membantu tubuh untuk memelihara kesihatan kulit, kuku, rambut, hormon, mengecilkan risiko gejala asma dang mengelak terjadinya kerosakan sel pada penghidap kanser. Walau kedua-dua asid lemak esensial ini saling berkempentingan, sebenarnya Omega-3 lah yang harus dilebihkan bagi mengimbangi kehadiran Omega-6.

Makanan Sumber Omega-3 dan Omega-6

Telur

♦ Telr ayam adalah bahan makanan yang boleh ditemui di mana saja. Pengambilan telur dapat memenuhi keperluan nutrisi asid lemak Omega-3 anda. Kuning telur memiliki lemak sihat. Dari sebutir telur, anda boleh memperoleh 40-250miligram asid lemak DHA dan EPA.


Kacang Kenari
♦ Kacang kenari adalah salah satu bahan makanan dengan kandungan 2.600 miligram lemak sihat yang cukup untuk nutrisi tubuh anda.


Ikan Salmon
♦ Ikan salmon yang terkenal tinggi kandungan EPA dan DHA dapat memberikan 1.600 miligram asid lemak Omega-3 yang baik bagi pertumbuhan otak anak.


Ikan Tuna
♦ Ikan Tuna memang saat ini diperbincangkan akibat munculnya merkuri di dalamnya. Namun, jika kita dapat memilih yang masih segar dan tidak mengambil secara berlebihan, ada lebih 1.100 miligram asid lemak yang dapat diserap oleh tubuh.


Biji Rami
♦ Biji rami adalah makanan pertama yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Khasiatnya adalah untuk melawan kolesterol dan oenyakit jantung.

♦ Untuk menjaga nutrisi Omega-3 dalam biji rami, simpan makanan tersebut dalam bekas kedap udara. Setidaknya anda harus makan dua senduk makan biji rami untuk memenuhi keperluan Omega-3 setiap hari.


Biji Chia
♦ Selain biji rami, Chia juga merupakan keluarga kekacang yang mengandungi asid lemak Omega-3. Biji chia biasa diambil sebagai makanan ringan atau menaburnya di atas salad.

♦ Biji chia bagus untuk pencernaan, sebab di dalamnya kaya kandungan serat yang membantu pergerakan makanan dalam proses pencernaan. Fungsi tambahan lain dari biji chia adalah kemampuanyya dalam memberikan daya tahan bagi tubuh.


Minyak Ikan
♦ Sebuah penelitian terbaru menyebutkan bahawa asid lemak Omega-3 juga ditemukan pada minyak ikan. Bentuknya tersedia dalam softgel ataupun sirap

♦ Satu pil minyak ikan dalam sehari cukup memenuhi keperluan Omega-3 bagi anda. Untuk menjaga nutrisinya,pastikan anda menyimpan supplemen minyak ikan dalam bekas tertutup kedap udara.


Kedelai/Soya
♦ Tidak suka kacang kenari? Cuba beralih ke kacang kedelai/soya. Keluarga kacang yang satu ini boleh didapati dalam bentuk susu mahupun produk lain. Rasanya sedap dan kaya dengan asid lemak Omega-3.

♦ Kedelai/soya juga penuh dengan nutrisi seperti serat, zat besi, protein,kalsium, Vitamin K dan Asid folik. Nikmati susu soya terutama jika anda mengalami alergi tertentu terhadap susu lembu.


Kembang Kol/Brokoli
♦ Sayuran yang kaya dengan asid lemak Omega-3 adalah kembang Kol/Brokoli. Nutrisi penting dalamnya adalah kalium, magnesium dan niasin yang membantu kesihatan jantung.

♦ Kembangkol/Brokoli biasanya dimasak dengan cara ditumis atau diolah menjadi sup.


Minyak Canola
♦ Minyak canola mampu menjaga kesihatan jantung kerana ada asid lemak Omega-3 di dalamnya. Mengganti minyak gorengan biasa dengan minyak canola adalah salah satu cara mendapatkan nutrisi di dalamnya.

♦ Selain itu, minyak canola juga biasanya digunakan sebagai pengganti mayonis dalam pembuatan salad.


Bayam
♦ Bayam merupakan sumber makanan kaya dengan asid lemak Omega-3. Sayuran berdaun hijau ini boleh dinikmati setiap hari untuk mendapatkan nutrisi Omega-3.

♦ Bayam juga rendah kalori dan tinggi zat besi.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

No comments:

Post a Comment