SILA KLIK SINI YER

Wednesday, 28 January 2015

10 Sebab Manusia Jadi Gemuk

Bagi mereka yang bersaiz besar a.k.a gemuk, mesti akan terfikir .
  • KENAPA saya gemuk? 
  • Macam mana boleh Gemuk ni?

Setelah dibuat kajian, ini antara faktor penyebab kejadian Gemuk. Dan sebelum kita-kita pening kepala fikir cara macam mana nak kurus tu... Pastikan dulu mana satu punca keGemukan itu.
  • Diet yang tidak seimbang
  • Penilaian metabolisme rendah
  • Kurang berolahraga
  • Label 'Rendah Lemak'
  • Tak makan
  • Ukuran konsumsi Makanan (Portion Size)
  • Stress
  • Genetik
  • Menderita Penyakit Kronik
  • Pengambilan Ubat-ubatan Anti-Depresi
Dah tahu punca keGemukan itu baru lah senag kite nak fikir cara yang bersesuaian untuk mengurangkan keGemukan tersebut... ^_^

Macam iye ke aku gemuk? Macam gemuk ke aku? Hehehehehe. Bagaimana nak pasti kita ni gemuk? Ada satu kaedah yang disebut sebagai Kaedah BMI (Body Mass Index)

Begini cara pengiraannya...


Ataupun anda boleh ukur kadar kegemukan dengan kaedah di dalam gambar di bawah.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Saturday, 24 January 2015

SGM: Susu ibu tiada/kurang disebabkan keturunan?

Kali ni Che' Su nak share antara atikel-atikel yang Che' Su kumpul doluuu-doluuu masa awal penglibatan Che' Su dalam Penyusuan Susu Ibu ni... Kalau tak silap, dulu Che' Su print out dari website www.susuibu.com. JOM... ^_^



Pada awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum di mana ianya memang cukup untuk seorang bayi. Kadang kala, kita tidak akan nampak kuantiti kolustrum yang keluar kerana ianya terlalu sedikit sesuai dengan saiz perut bayi yang ketika itu hanya sebesar biji guli. Ibu tidak sepatutnya risau kerana jika adanya ransangan pada payudara pada hari awal kelahiran, maka akan terhasilnya susu baru selepas itu. Proses ini dipanggil proses pengaktifan kilang di mana kilang susu akan menghantar signal kepada otak untuk menghantar hormon yang akan menghasilkan susu jika terdapatnya ransangan pada payudara.


 Ibu-ibu juga seringkali risau kerana pada hari-hari awal kelahiran, payudara mereka sangat lembut. Dan situasi ini menyebabkan ramai ibu yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai susu. Perlu diingat bahawa, terdapat kelebihan jika payudara lembut pada awal kelahiran. Pertama, ia belum memberi kesakitan pada ibu. Bayangkan jika payudara membengkak pada hari pertama selepas kelahiran, dapatkah kita menanggung kesakitan tersebut ditambah dengan kesakitan bersalin? Ini adalah hikmah yang tersirat disebaliknya. Kedua, payudara yang lembut memudahkan bayi kita untuk belajar menyusu dan memberikan keselesaan kepada mereka.


Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ada faktor lain yang menyebabkan mereka menangis seperti tidak selesa (sejuk, panas, gelap, cerah, kencing, berak). Usah risau kerana bayi yang lapar sebenarnya telah berkomunikasi dengan ibu mereka pada awal kelahiran. Jika mereka lapar, mereka akan menunjukkan reaksi melalui mulut, tangan, kaki dan seterusnya jika tidak diperhatikan mereka akan menangis. Jadi, ibu-ibu perlu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan mereka supaya mereka tidak marah dan menangis.

Sempat juga dikongsikan bersama halangan-halangan untuk menyusukan bayi. Antaranya ialah susu tidak keluar pada hari-hari awal kelahiran, anak seperti tidak kenyang (asyik menangis), puting melecet (mungkin salah pada lekapan dan posisi menyusu), orang yang lebih berpengalaman (ibu, mertua atau ipar duai).


Sebagai kesimpulannya, tajuk yang diberikan adalah tidak benar sama sekali. Kebanyakan ibu kurang/tiada susu bukanlah disebabkan keturunan tetapi ia disebabkan amalan dalam keluarga tersebut yang boleh mendatangkan kesan kepada penyusuan bayi. Ketahuilah, hanya 1-2% sahaja wanita yang tidak dapat menghasilkan susu badan pada bayi, dan ia disebabkan masalah kesihatan ibu itu sendiri.

# Disediakan oleh : Nur Ain Sha'ari
# Disemak oleh : Pn Nor Kamariah

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Thursday, 22 January 2015

Sunday, 18 January 2015

Milkbooster a.k.a Penambah Susu Ibu

Lepas Makan Vitamin Shaklee Ni, Susu Ibu Boleh Jadi Banyak Ke?

Berapa Hari Baru Susu Ibu Jadi Banyak?

Kenapa Saya Makan Vitamin Shaklee Ni Tapi Susu Sama Je... Makin Susut Adalah!

Makanlah segala jenis tok nenek vitamin ke, milkbooster ke... Memang tak jadi apa kalau tak ikut peraturan. Ada juga kaum ADAM yang risau jika dia makan vitamin Set Menyusu, Mungkinkah Akan Keluar Susu? Heheheheheh... Jangan risaulah..! Vitamin ni boleh kongsi lelaki perempuan, suami isteri, Ibu ayah.. So, bila ada yang tanya soalan-soalan di atas, sering ditekankan WAJIB ikut konsep asas menyusu ni dulu. SUPPLY & DEMAND... Sebenarnya jika ibu jaga pemakanan yang seimbang dan ikut peraturan/konsep menyusu ni, Insya Allah susu ibu akan sentiasa cukup buat anak tersayang... adakalanya hingga terlebih-lebih.. ^_^


Vitamin Shaklee ni BUKAN untuk banyakkan susu ye, tapi untuk bekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu menyusu supaya badan ibu cepat pulih selepas melahirkan dan sentiasa rasa cergas bertenaga walaupun ibu terpaksa berjaga malam. Bila badan sihat dan cergas, pengeluaran susu ibu akan lebih lancar dan ibu tak perlu risau badan jadi lembik dan lesu sebab anak asyik bergayut je. Memang tak dinafikan bila makan ALfalfa atau protein ESP, tiba-tiba susu jadi banyak dari biasa. Itu hanyalah kesan sampingan yang mana semua ibu menyusu pasti suka. ^_^

Antara kesan lain yang membuatkan anda dan suami pasti teruja ialah :

♥ Badan rasa segar, kurang letih
♥ Jarang sakit seperti demam, selsema, batuk, migrain, gastrik dan macam-macam lagi
♥ Wajah dengan mood ceria. Kulit halus dan kesan jerawan semakin pudar.
♥ Strech mark di perut atau bahagian badan makin pudar.

Dahlah badan rasa bertenaga, susu jadi semakin banyak dengan bonus kulit makin halus dan cantik ^_^ Che' Su suke...

Boleh pilih
 atau
 atau
 atau


Makanya, sebelum kalian buat keputusan nak beli vitamin atau pun tidak, selidik dahulu punca susu ibu tu jadi semakin sedikit. Bagi yang memerlukan bantuan suplemen, boleh roger-roger Che' Su. Insya Allah Che' Su bantu sehabis baik...


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Wednesday, 14 January 2015

Vita-Lea Children

Multi-Vitamin Kanak-kanak Shaklee KEMBALI !!!


Lama sudah Vitalea For Children takde dalam pasaran Shaklee. Sehinggalah 1 January 2015 Shaklee mengumumkan penjualannya semula. Sebelum ini, lebih setahun Multivitamin ini dihentikan penjualannya. Sebab Shaklee komited untuk menambahbaik formula yang terdapat dalam Vitamin ini sebab itulah harganya sedikit berbeza malah saiz vitaminnya juga lebih besar daripada sebelumnya...

Ini vitalea kanak-kanak yang lama. Warna agak kekuningan, bersaiz kecil dan harga juga lebih murah.

Ini yang terbaru. Bersaiz agak besar dan berwarna agak pink.

Sedikit info tambahan mengenai MultiVitamin Kanak-kanak ini, ialah

Vita-lea for Children (MultiVitamin)
Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
Sumber Kalsium pembina tulang
Baik untuk kesihatan menyeluruh 




Mengenai kenaikan harga bagi Vitalea For Children ini. Ini jawapan dari pihak Shaklee ;

"The new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORKS. ALWAYS GREEN.
Even though the bottle price is high, however, it is recommended to consume 1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings the per serving cost to only RM 1.48 per serving compare to old formulation’s RM 1.20, which is an increase of only about 20%."


Siapa yang memerlukan Multivitamin ini?

Kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas.
Kanak-kanak yang SUSAH MAKAN SAYUR, BUAH DAN NASI.

Ingin meningkatkan sistem imunisasi anak-anak anda? Vitalea For Children yang terbaik untuk mereka.





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Saturday, 10 January 2015

Men'dekut' wak-wak@ Ruak-ruak

Dikeheningan sepertiga malam, Che' Su terjaga dari tidur... (malamni tak dapat tahajjud.. Off katanya.. ^_^) Sayup-sayup telinga ni terdengar-dengar bunyi seperti orang men'dekut' burung wak-wak... Errkkk... ada pulak orang nak men'dekut' kat tengah-tangah bandar ni eh? Perasannya macam xnampak hutan belukar kat kawasan kejiranan Che' Su ni... Kalau ada pun, tanah lapang yang sedikit berlalang tu.. Ada ke burung wak-wak kat situ?

Ni yang tetiba nak rindu Ayah... Nak rindu Arwah Adik... SObs.... Dulu masa kecik-kecik selalu ikut ayah... Selalu kacau takut-takutkan Arwah Adik.... MEMORIES.... Al-Fatihah...

Errr... ni Che' Su cite pasal men'dekut, pasal burung wak-wak ni... Korang tahu ke???? Meh baca sket kat SINI... Che' Su tak rajin nak taip la....

Serunai DEKUT... Ada lagi ni kat umah mak ayah...

Burung wak-wak/Ruak-ruak. Tak tahu la nama saintifik beliau ni... Kami panggil sedemikian sebab burung ni buat bunyi Ruak-ruak tu... ^_^

Friday, 2 January 2015

Klinik Pergigian Medini

Entry tahun baru Che' Su dimulakan dengan entry ala-ala THROWBACK gitu... Hehehehe.. Nak cite pasal pengalaman anak bujang Che' Su sorang ni dengan dentist. Excited gile.... Kali pertama pegi dentist kat KLINIK PERGIGIAN MEDINI. 

Medini Dental Clinic
Clinic opening hours: Daily from 9am-9pm
Tel: 07-3616564, 011-10659922


Klinik ni baru buka kat area rumah Che' Su. Tu yang macam semangat nak pegi. Kebetulan gigi abalong pun banyak yang da mereput... Che' Su saje sebut pasal klinik gigi tu.. Abalong yang semangat sangat nak pegi... Hari-hari tanya bila nak pegi.. Haishhhh la anak... Actually, Klinik ni ada beberapa cawangan la di JB ni... Kiranya kat area rumah Che' Su ni yang terbaru...

Akhirnya dapat la pegi gak selepas buat temujanji.. Siap temujanji istimewa lagi... hehehehe.. Masa Che' Su pegi kali pertama ni dapat harga promosi lagi... Memula tu memang Abalong na cabut 3 gigi katanya.. Hamboii Che' Su dengar pun macam gerun.. Sampai waktunya, cabut satu jek... Mybe nervous.. Lagipun doktor tu kata sbb ni 1st time, bg Abalong feel OK sket.. Tengok pun macam ada kegerunan di muka Abalong masa duduk atas kusi tu.. Tapi bila balik, Abalong kata tak sakit, cuma masa nk bius tu dia kata pahit.. tu yang dia muntah tu.. Huhuhuuhu... OK

Gambar bawah ni plak selepas kali ke 2 Abalong g cabut gigi tu.  Selang 2 minggu selepas kali pertama Abalong cabut gigi tu. Dia kata seronok, tak sakit.. Doktor pun baik... 

Untuk Klinik ni, Che' Su bagi 4 bintang la... ^_^




Thursday, 1 January 2015

New Year 2015

Saya tak sambut tahun baru 2015. Tapi masih nak ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2015



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature