♥ Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
♥ Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilakn pada waktu tengah malam hingga subuh.
♥ Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
- Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
- Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
- Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar hingga areola menjadi lembut.
- Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendiriny dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba.
- Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
- Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihhan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
- Menyikat payudara yang bengkak. (menyikat menghala ke puting)
- Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukan tetapi tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering
- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payudara. Jangan sampai terkena bahagian puting (areola). Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
- Ambil beberapa helai daun sireh dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan daun. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payudara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
- Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment