Sekilas Fakta
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian, Vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun yang menariknya Vitamin E ini ialah 60-70% daripadanya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ianya tidak menjadi toksik seperti Vitamin A.
Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari 2 komponen-komponen Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarkan Alpha-tocopherols.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Intitute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vitamin E dalam jangka panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Sekilas Khasiat Vitamin E
- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
- Memperbaiki peredaran darah untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan 'premenstrual syndrome' dan penyakit fibrocystic payudara
- Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
- Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlet dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot di masa yang sama menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat dan membantu mencegah anemia san 'retrolental fibroplasia', sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang
- Mengurangkan risioko Alzheimer (nyanyuk)
- Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah kanser
- Boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
** Vitamin E juga dikenali sebagai 'Vitamin Cinta' kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa monopous memerlukan Vitamin E
Sumber Makanan Vitamin E
- Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, daging, kacang soya, ubi kentang, selada air dan gandum
Kekurangan Vitamin E
- Boleh menyebabkan radang, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur dan Anemia
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment