♥ Meningkatkan Sistem Imun
- Limau nipis / lemon mempunyai Vitamin C dan Kalium yang tinggi.
- Vitamin C yang tinggi dapat melawan selsema dan Kalium merangsang fungsi otak dan saraf.
♥ Mengimbangkan pH
- Lemon adalah makanan yang sangat beralkali. Meraka adalah berasid sendiri, tetapi di dalam badan kita mereka beralkali (asid sitrik hilang keasidan dalam badan setelah dimetabolismekan).
- Untuk pengetahuan anda, badan yang beralkali adalah benar-benar kunci kepada kesihatan yang baik.
♥ Membantu Dengan Penurunan Berat Badan
- Limau nipis /Lemon adalah tinggi kandungan serat pektin, yang membantu mengurangkan rasa lapar.
- Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengekalkan diet yang lebih alkali kehilangan berat badan lebih cepat.
♥ Membantu Penghadaman
- Air suam berfungsi untuk meransang saluran gastrousus dan peristalsis (gelombang pengecutan otot dalam dinding usus).
- Lemon/ limau juga tinggi dengan mineral dan vitamin dan membantu menyingkirkan toksin dalam saluran penghadaman.
♥ Bertindak Sebagai Diuretik Semulajadi Yang Lembut
- Jus lemon membantu mengepam keluar bahan-bahan yang tidak diingini kerana lemon/limau meningkatkan kadar kencing seseorang.
- Oleh itu, toksin dikeluarkan pada kadar lebih cepat dan membantu menjaga saluran kencing anda lebih sihat.
♥ Membantu mengurangkan kahak dalam badan dan menurunkan tekanan darah.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment