SILA KLIK SINI YER

Saturday 24 January 2015

SGM: Susu ibu tiada/kurang disebabkan keturunan?

Kali ni Che' Su nak share antara atikel-atikel yang Che' Su kumpul doluuu-doluuu masa awal penglibatan Che' Su dalam Penyusuan Susu Ibu ni... Kalau tak silap, dulu Che' Su print out dari website www.susuibu.com. JOM... ^_^



Pada awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum di mana ianya memang cukup untuk seorang bayi. Kadang kala, kita tidak akan nampak kuantiti kolustrum yang keluar kerana ianya terlalu sedikit sesuai dengan saiz perut bayi yang ketika itu hanya sebesar biji guli. Ibu tidak sepatutnya risau kerana jika adanya ransangan pada payudara pada hari awal kelahiran, maka akan terhasilnya susu baru selepas itu. Proses ini dipanggil proses pengaktifan kilang di mana kilang susu akan menghantar signal kepada otak untuk menghantar hormon yang akan menghasilkan susu jika terdapatnya ransangan pada payudara.


 Ibu-ibu juga seringkali risau kerana pada hari-hari awal kelahiran, payudara mereka sangat lembut. Dan situasi ini menyebabkan ramai ibu yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai susu. Perlu diingat bahawa, terdapat kelebihan jika payudara lembut pada awal kelahiran. Pertama, ia belum memberi kesakitan pada ibu. Bayangkan jika payudara membengkak pada hari pertama selepas kelahiran, dapatkah kita menanggung kesakitan tersebut ditambah dengan kesakitan bersalin? Ini adalah hikmah yang tersirat disebaliknya. Kedua, payudara yang lembut memudahkan bayi kita untuk belajar menyusu dan memberikan keselesaan kepada mereka.


Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ada faktor lain yang menyebabkan mereka menangis seperti tidak selesa (sejuk, panas, gelap, cerah, kencing, berak). Usah risau kerana bayi yang lapar sebenarnya telah berkomunikasi dengan ibu mereka pada awal kelahiran. Jika mereka lapar, mereka akan menunjukkan reaksi melalui mulut, tangan, kaki dan seterusnya jika tidak diperhatikan mereka akan menangis. Jadi, ibu-ibu perlu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan mereka supaya mereka tidak marah dan menangis.

Sempat juga dikongsikan bersama halangan-halangan untuk menyusukan bayi. Antaranya ialah susu tidak keluar pada hari-hari awal kelahiran, anak seperti tidak kenyang (asyik menangis), puting melecet (mungkin salah pada lekapan dan posisi menyusu), orang yang lebih berpengalaman (ibu, mertua atau ipar duai).


Sebagai kesimpulannya, tajuk yang diberikan adalah tidak benar sama sekali. Kebanyakan ibu kurang/tiada susu bukanlah disebabkan keturunan tetapi ia disebabkan amalan dalam keluarga tersebut yang boleh mendatangkan kesan kepada penyusuan bayi. Ketahuilah, hanya 1-2% sahaja wanita yang tidak dapat menghasilkan susu badan pada bayi, dan ia disebabkan masalah kesihatan ibu itu sendiri.

# Disediakan oleh : Nur Ain Sha'ari
# Disemak oleh : Pn Nor Kamariah

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

No comments:

Post a Comment