SILA KLIK SINI YER

Friday 23 August 2013

CANTIK vs CHANTEK

Semua orang nak kelihatan cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya yang gebu, mulus, licin. Kulit yang kusam, kerepot pastinya akan nampak tak berseri walaupun seseorang tu memiliki paras yang menarik. Perlu ditekankan di sini, kulit cerah tidak semestinya cantik. Almaklumla che' su ni kulinnya sawo matang.. hihihihi... tp tetap gebuss hokay.. So, untuk yang memiliki rona kulit yang ala-ala che' su atau Beyonce Knowles, jangan la berdukacita atau bersedih hati.. Kita tetap HOT... ^_^

Untuk menjaga kulit dari segi luaran tu kita boleh bersihkan menggunakan pencuci muka, masker dan sebagainya dan yang paling utama kita sebagai umat Islam mestilah dengan Power of Wudhu' kan. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan kulit dari dalam? Kata orang, seri muka dari dalam lebih berkekalan.. Ni kita cite selain dari amalan rohani dan aspek kebersihan hati tu ye. Yang itu memang tak mampu di nafikan..

Cadangan che' su dan ini dah menjadi amalan che' su sejak 2-3 bulan ni (sbb bulan-bulan sebelum tu che' su amik Vitamin Breasfeed + Diet. ^_^) ialah VITAMIN CANTIK @ CHANTIQ.


Sebenarnya apa jenama produk sekalipun, mahal, murah, local, overseas, gabungan VITC + VIT E + B-COMPLEX + PROTEIN = In sha Allah menghasilkan kulit yang sihat dan cantik. Tp sebab apa che' su pilih Shaklee, mustilah sebab ianya Selamat + Berkesan + Semulajadi dan Halal.

Nak keterangan lanjut atau cadangan mengikut budget? Boleh gak tengok sendiri hasilnya.. ^_^

Suhana Simma
PM/Whatsapps
016-7236583
post signature

Wednesday 21 August 2013

Memburu Impian Menjadi WAHM - Working At Home Mother

Ingatan untuk diri sendiri...

Antara masa kerja mencari duit dan masa demi anak-anak..

Kalau dulu, ayah kerja je... Tapi sekarang, kadang-kadang Ibu pun balik lewat...
Anak-anak redha di tempat/rumah orang... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit.. Xpe, KLINIK ada!

Sepanjang di tempat kerja, anak-anak di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu ibu... Tp nak cakap, xreti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi bila kita ambil anak jam 6.00 ptg, diulang 6.00 ptg.. Saat anak nampak ibu dan ayah dia, anak kita da tekad... Dia nak ibu tengok dia, Nak ayah dukung dia, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sendiri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air... Kerna bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja yang anak-anak tahu untuk bagitahu yang ... "Ibu/Ayah, saya rindu dan sayang sangat kat Ibu/Ayah..."

Tapi... Apa kita buat..??

Bila anak-anak bising... Kita marah...
Bila anak-anak main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TENGOK TV, FAHAM!!"
Dia tumpahkan makanan/air, kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorang anak yang rindukan Ibu... Yang rindukan Ayah... Yang rindukan pelukan Ibu... Rindukan dukungan Ayah...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh gantikan suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak-lambak boleh gantikan saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman...
Fikir Ayah Ibu yang mulia...

:'(



post signature
♥ Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup anda dan rakan-rakan, sila klik butang LIKE di atas. "What you GIVE, you GET MORE back" ♥ 

Monday 19 August 2013

B- Complex


Kombinasi Semua Vitamin B Hebat

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi?
Tekanan hidup, pengambilan alkohol dan prekripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik samada darpada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

B-Complex Shaklee mengandungi keseua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

Perbezaan Shaklee
♥ Mengandungi Siatem Penyerapan Bioaktif
  • B-Complex mempunyai sistem penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folic yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.


___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

VITA-E COMPLEX

Vitamin E Semulajadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostatndi samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkn bahawa pengambilan Vitamin E berupya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

Sau kapsul gel lembut Vita-E Shaklee membekalkan ;-
♥ 400IU sumber sli vitamin E
♥ 65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti Vitamin E
♥39.4 mg Ekstrak Biji Anggur (Vitis vinifera)

___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com
post signature

SIhat Dan Cantik Dengan Produk Halalan Thoyyibah


Pada masa sekarang, di atas beberapa faktor seperti persekitaran, kesihatan, kecantikan, che' su percaya kebanyakan orang memerlukan dan tercari-cari suplimen yang terbaik. Di tambah lagi atas kesedaran sebagai umat Islam, mencari yang halal itu lebih diutamakan. Kita lihat di farmasi-farmasi, iklan media cetak mahupun di kedai maya, terdapat lambakan suplimen bahkan ubat di merata-rata. Masing-masing berlumba-lumba mendakwa yang suplimen mereka hebat. Sedikit perkongsian.

Supplement, atau dietary supplement adalah istilah yang digunakan untuk produk yang mengandungi satu atau lebih dari bahan-bahan di bawah :-
  * Vitamin
  * Mineral
  * Herba
  * Asid Amino
  * Sebarang bahan lain

Tujuan suplimen adalah untuk menambah baik nutrisi dalam diet sesetengah golongan dan BUKAN UNTUK MENGGANTIKAN DIET SIHAT.

Berlainan dengan ubat (dadah), DCA, KKM, FDA atau mana-mana badan yang mengawal produk-produk seumpamanya  tidak mempunyaiundang-undang yang ketat untuk produk makanan tambahan. Sebelum apa-apa ubat dipasarkan, FDA akan memastikan ia telah menjalani ujian klinikal untuk memastikan keselamatan, keberkesanan serta interaksi dengan ubat lain, tapi tidak untuk suplimen. Pengeluar hanya perlu menghantar laporan yang mengesahkan produk mereka selamat untuk diambil oleh manusia serta :-
  • Tidak mengandungi bahan-bahan tercemar seperti toksin, bakteria, pestisid, kaca, plumbum dan lain-lain bahan berbahaya.
  • Mengandungi apa yang disenaraikan dalam bahan-bahan pada label
  • Dipakejkan dengan baik
  • Diperbuat daripada bahan-bahan yang diuruskan dengan baik

Walaubagaimanapun, pengeluar suplimen tidak perlu membuktikan produk mereka SELAMAT dan berkesan. Oleh kerana itu kita banyak dapati suplimen palsu yang dijual merata-rata. Serta mempunya campuran yang BAHAYA agar pengguna merasai 'kesannya'.

Maka akhirnya, terjadilah seperti yang sering kita lihat di dada-dada akhbar,

Berhati-hatilah memilih suplimen.. Jangan teruja dengan testimonial. Testimonial pun boleh ditipu! Kerana itulah saya benar-benar yakin dengan Shaklee.. Shaklee adalah sains, bukan testimonial semata. Di bawah ni, che' su sertakan beberapa Link berkaitan bagi membantu mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut ;




Bagi mereka yang masih ragu-ragu, sila lihat senarai no pendaftaran produk-produk Shaklee dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah.


Buatlah pilihan yang tepat untuk diri anda !

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com

post signature

Edisi Ramadhan: PAKSALAH DIRIMU

Assalamualaikum u olls..

Sudah lebih seminggu kita meraikan Aidilfitri, tp pada che' su kenikmatan Ramadhan masih bersisa d hati saya. Masih merasa xpuas menikmati Ramadhan dan merindui bulan Rahmat Allah itu.. In sha Allah moga berkesempatan lagi menemui Ramadhan akan datang.

Kat sini che' su nak kongsi sket artikel yang dicedok dari salah seorg manusia hebat dalam Group Hebat Jutawan Shaklee yang che' su kenal semasa Sesi Magic Jutawan Shaklee beberapa hari lepas.

Credit to http://wafiqulya.blogspot.com

Ramadhan adalah bulan penuh nikmat. Setiap detiknya adalah RAHMAT (kasih sayang) yg sengaja Allah turunkan buat hambaNya. Hadiah tahunan Tuhan buat kita.

Dari aspek perubahan fizikal, kita dapat melihatnya dengan jelas sekali. Ajk masjid dan surau kini sedang pening memikirkan bagaimana untuk memuatkan manusia yg ramai di bulan mulia ini. Tiada lagi istilah masjid atau surau yg kosong saat ini. Tak cukup dengan itu, ramai sekali manusia yg mula membuka lembaran Quran walaupun sebelumnya Quran itu disimpan hanya di dalam almarinya. Alhamdulillah Ramadhan berjaya membuka sedikit demi sedikit pintu hati manusia ke arahNya.

Namun alangkah baik sekiranya kita dapat serasikan perubahan dari aspek fizikal ini dengan perubahan dari aspek rohani juga. Maksudnya? Begini. hari ini dari pagi saya membawa kaki berjalan, satu untuk urusan bisnes dan satu lagi untuk melihat keriuhan dan kegembiraan warga Johor menyambut Ramadhan ini.
Syukur sangat dari segi sambutan fizikal namun mungkin dapat dipertingkatkan lagi dari segi kerohanian. Jelas kelihatan, ramai sekali umat Islam yg berpuasa TETAPI:

1/ Kenapa tak tudung kepala tu? Kenapa pakai seluar ketat ke bazar? Ada yg dengan tidak bersalahnya memakai seluar pendek dan memakai bau-bauan yg kuat semasa keluar membeli juadah? Aurat tu kot!!

Kan dah belajar, AURAT wajib ditutup. Syarat puasa bukankah untuk menahan diri dari melakukan perkara-perkara yg harus? Inikan pula perkara-perakara HARAM. Bukankah sepatutnya ia WAJIB dihindarkan.

Jangan kata,"Alah, nantilah. Ramadhankan berbaki 29 hari lagi". Ya, betul sangat....TETAPI adakah kamu yakin kamu akan hidup sampai ESOK PAGI? 
PAKSA diri untuk tutup juga. Kalau tak boleh tutup semua, tutup sesuku hari ni. Minggu depan tambah lagi sesuku. Begitulah seterusnya. Cukup 4 minggu, satu KEPALA tertutup, kan senang?!

2/ Kenapa tak solat? Subuh terutamanya. Solatkan ibu segala ibadat!!

Ramai yg saya tanya, pelajar terutamanya,"Puasa tak, sahur tak?" Dijawabnya "Puasalah! dan sahur tu memang wajib ustaz". Tetapi bila diberi soalan cepu mas,"Siapa yg solat subuh lepas kenyang bersahur tadi?". Ramai yg mula mendiamkan diri...

PAKSA diri anda ye utk solat. Subuh terutamanya. Jika subuh dapat dilaksanakan, solat-solat yg lain, insyaallah akan jadi mudah. INGAT, puasa sia-sia sahaja dan Ramadhan pasti akan mencela anda sekiranya ia berlalu setiap hari tanpa dapat menjadi saksi kepada SOLAT yg anda dirikan.

3/ Bersahur dan berbuka dengan berlebihan. Ni bulan puasa ye, bukan bulan MELAHAP!!!

Bersahur dan berbukalah secara ala kadar. Biar terasa susahnya orang miskin yg sentiasa tidak berkemampuan membeli selain yg betul-betul DIPERLUKAN. Itu yg terbaik. Jangan nak jadi yg TERBAIK dalam bulan mulia ini dengan MEMBERI makan yg TERBAIK dan TERBANYAK kepada ahli keluarga anda, itu tidak disuruh syarak dan itu juga bukan yg dicontohkan oleh Rasulullah.

PAKSALAH diri untuk merasai kesusahan orang lain supaya anda lebih bersyukur dan terbuka hati untuk berkongsi menyelesaikan masalah mereka.

Sebenarnya setiap ibadat itu dimulakan dengan PAKSAAN sebelum ia berpindah ke KEIKHLASAN. Ingat tak masa kecil dulu, bukankah kita:
  • DIPAKSA bangun pagi-pagi bersolat, jangan pakai selimut babi katanya,
  • DIPAKSA taat kepada ibu bapa, jangan jadi tanggang katanya,
  • DIPAKSA memakai tudung setiap hari sejak tadika lagi, jangan jadi kayu bakar neraka katanya,
  • DIPAKSA berbuat baik terhadap orang lain, jangan berkurang ajar katanya,
  • DIPAKSA menghabiskan makanan, jangan jadi saudara syaitan katanya,
  • dan begitulah seterusnya
Salahkah pendekatan ini? Saya memandang positif perkara ini bahkan inilah yg disebut oleh Imam al-Ghazali,"Setiap KEIKHLASAN itu bermula dengan PAKSAAN dan RIAK". Lihatlah generasi kita dahulu, mereka tidaklah BAIK sangat tapi tidaklah JAHAT sangat. Masih tau adab sopannya.

Lihat pula anak-anak sekarang, ramainya dari generasi Y ni susah untuk diajar. Tetapi itu bukan salah mereka, itu salah ibu bapa yg kurang MEMAKSA sedari kecil!! Tak percaya, lihat sahaja sekeliling anda. Jika ada remaja yg berbuat sumbang di hadapan kita, kemudian kita menegurnya, apakah reaksi mereka? Tak hairan sikit pun...Sebab IBU BAPA tidang pernah memaksa mereka untuk mempelajari adab-adab yg baik.

Jadi buat ibu bapa, para pendidik, masyarakat setempat, sila kenakan sedikit PAKSAAN sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada anak-anak anda supaya mereka mampu berubah dari kecil. Kadang-kala paksaan itu dapat dibuat dalam bentuk pemberian hadiah. Contohnya ketika Ramadhan ni, ramai yg berjanji dengan anak2 nilai wang sekian sekian jika berpuasa penuh. Nemapak tak? Itu pun sebenarnya PAKSAAN secara tidak langsung. Benarlah kata pujangga,"Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya". Waktu masih boleh dibentuk, bentuklah sebaiknya.
Buat remaja yg ingin berubah, PAKSA diri anda untuk berubah. Tiada siapa yg mampu membantu anda melainkan PAKSAKAN diri dan hati anda untuk taat kepadaNya. ingat, your life, your choice! Semoga Allah terus bersama kita dalam proses PAKSAAN dalam bulan Ramadhan ini agar diri kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih dan suci dari sebarang dosa.

Cukup setakat ini dahulu. Wassalam.

post signature

♥ Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup anda dan rakan-rakan, sila klik butang LIKE di atas. "What you GIVE, you GET MORE back" ♥ 

Thursday 15 August 2013

Vita-Lea

Multivitamin & Multimineral

Multi Yang Hebat
Suplemen seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Diambil secara harian, Vita-Lea boleh :
♥ Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
♥ Menyokong jangka hayat hati, usus dan kasihatan mata.
♥ Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
♥ Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Perbezaan Shaklee
♥ Disokong oleh 7 kajian klinikal
♥ Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
♥ Vita-Lea menjalani lebih dari 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

___________________________________________________________________________________
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiognis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran dan konsultasi sila hubungi che' su:

Suhana Simma 
♥ SID 916273
♥ sms/whatsApp : 016-7236583
♥ Email : suazham@yahoo.com

post signature

Wake Up People!!

Quote From http://angelwearsgucci.blogspot.com



post signature

Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies

[Kredit]

Sekarang ni sedang kecoh dan meriah hapdet-hadpet di MukaBuku, Pengicau, belog-belog dan pelbagai lagi saluran media elektronik tentang konflik yang sedang berlaku di Palestin. Di Gaza, jika mahu lebih spesifik.

Jujur kata, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang tidak benar-benar faham krisis yang sedang berlaku ini. Malah tidak hairan kalau ada yang pertama kali mendengar perkataan 'Gaza', 'Hamas' dan sebagainya.

"Hamas..? Pekebenda tu..? Jenama susu tepung ke..?" 

Tersedak.

Untuk memahami krisis antara Israel haram dan Palestin, amat penting untuk anda mengetahui sejarah di sebalik konflik ini. Anda perlu faham yang konflik ini sudah berusia ribuan tahun ("Hah?? Ye ke Inche gabbana? Gua ingat baru start tahun baru Hijrah hari tu!" Lap Peluh.), sejak zaman para Anbiya' dahulu kala. Maka ia adalah suatu konflik yang cukup kompleks, yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu hari atau di meja rundingan sambil menikmati jus oren dan kudapan muruku kacang semata-mata. Eh. 

Sayugia amat penting untuk anda membuat sedikit kerja rumah, membuat bacaan-bacaan ekstra, sama ada di Wikipedia, laman-laman sesawang yang relevan, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan sebagainya. Tapi... Sebab saya tahu anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu disuapkan terus ke mulut anda (matilaaah lepas ni APG kena boikot!), ijinkan saya untuk berkongsi secebis ilmu yang saya ada dengan anda semua.

Tapi saya memberi amaran awal-awal ni. Yang ingin saya kongsikan memang secoet je daripada apa yang patut anda tahu tentang konflik Israel-Palestin ni. Jika anda benar-benar mahu faham, jelas, nampak dengan kaca mata Rayban yang lebih bergaya, seriyesli anda wajib buat bacaan tambahan sendiri. 

Nah, beberapa fakta sejarah yang perlu anda tahu untuk lebih memahami konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku:

Fakta #1
Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak. 

Sebab itu sebenarnya umat Islam adalah saudara jauh kepada bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW adalah adik beradik tiri kepada Nabi Ishak. 

Perkataan 'Palestin' itu pula dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud 'tanah air orang Philistina' atau Filastin dalam bahasa Arab. [Sumber


Fakta #2

Banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang strategik. 

Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa' ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British. 


Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan. 


Fakta #3

Palestin merupakan tempat lahirnya agama Judaisme (Yahudi) dan juga Kristian. Tempat berdirinya Masjidil Aqsa sekarang ini didakwa sebagai tempat terbinanya Kuil Haiqal Nabi Sulaiman, sebuah kuil tersuci dalam sejarah Yahudi suatu ketika dahulu, sebelum dihancurkan oleh serangan Nebuchadnezzar II pada tahun 587 sebelum Masihi. 

Walaupon tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, hal ini telah dijadikan alasan oleh kaum Yahudi untuk memiliki Tanah Palestin dan berhujah bahawa mereka lebih berhak terhadap Palestin. Biasalah, Yahudi. Eh. 


Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian. Dipercayai Nabi Isa AS menikmati 'Makan Malam Terakhir' (Baca: The Last Supper) dan disalib di Baitulmaqdis.


Fakta #4 

Dalam sejarah umat Islam, Baitulmaqdis yang terletak di Palestin diabadikan dalam kisah Isra' wal Mikraj apabila Nabi Muhammad SAW diisra'kan (diperjalankan) ke Masjidil Aqsa dari Mekah sebelum baginda naik ke langit bertemu dengan Allah. Baginda sempat bersolat jemaah, menjadi imam kepada para anbiya' di sana. Hal ini memberi isyarat kepentingan Masjidil Aqsa dan betapa signifikannya ia di sisi umat Islam. Tidak hairanlah anda yang bersolat di sini akan mendapat ganjaran 500 kali ganda berbanding solat di tempat lain.


Kawasan Masjidil Aqsa. Keseluruhan kawasan ini adalah hak umat Islam! [Kredit]

Kisah ini direkodkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Isra', ayat pertama:



"Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat."

Selain itu, sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, mereka terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat mereka yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143. 


Fakta #5

Tanah Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam di zaman pemerintahan Saidina 'Umar al-Khattab r.a.. Di dalam kisah yang amat popular di kalangan umat Islam, diceritakan bagaimana 'Umar datang ke Palestin untuk membuka Baitulmaqdis dengan berpakaian serba sederhana, tanpa ditemani oleh hulubalang, pengawal peribadi mahupon rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Eh. 

Diceritakan juga bagaimana antara perkara pertama yang dilakukan oleh 'Umar setelah memasuki kota suci Baitulmaqdis adalah membersihkan tempat ibadat kaum Yahudi, yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah dan penghinaan oleh orang-orang Nasrani. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan!


Anda lihat. Hanya dengan pemerintahan Islam yang adil sahaja semua bangsa dan agama dapat tinggal dalam harmoni dan aman damai, penuh dengan bunga dafodil tumbuh segar di taman sambil arnab-arnab gemok berlari riang. 


Fakta #6

Semenjak itu, Palestin kerap kali bertukar tangan antara tentera Salib (Crusaders) dengan umat Islam. Beberapa siri perang Salib telah dilancarkan dan peperangan ini berlangsung sehingga hampir dua abad lamanya.


Perang Salib. [Kredit]

Antara peperangan Salib yang paling epik pernah dirakamkan di dalam filem Kingdom of Heaven di mana tokoh Islam yang amat terkenal, Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib ketika itu. 


Peperangan Salib telah juga telah membuka pintu dan memberi peluang kepada tentera Salib mengenali Islam dengan lebih dekat, sehinggakan Raja Louis IX, salah seorang pemimpin peperangan Salib pernah mewasiatkan kepada rakyatnya bahawa mereka selamanya tidak akan menang dengan tentera Islam selagi mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan semangat jihad. 


Fakta #7

Idea penubuhan negara Israel merdeka dipopularkan oleh Theodor Herzl, bapa Zionis moden. Melalui makalah yang dihasilkannya, Der Judenstaat (The Jewish State) danAltneuland (The Old New Land), dia telah berhujah bahawa pentingnya untuk bangsa Yahudi mempunyai negara mereka yang tersendiri untuk bebas daripada penganiayaan bangsa dunia terhadap mereka. 

Herzl juga bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organisation) dan bersama-sama dengan Nathan Birnbaum, telah mengajurkan kongres mereka yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897, yang antara lainnya telah membuat keputusan bahawa Palestin adalah satu-satunya pilihan mereka untuk menubuhkan negara Israel merdeka. 


Dia juga pernah bertemu secara peribadi dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk membeli tanah Palestin daripada kekuasaan khilafah Uthmaniyyah. Namun Sultan Abdul Hamid II menolaknya dengan keras dan sehingga kini, jawapan baginda yang lejen akan terus diingati: 


"Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), karena ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.'' 

Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmaniyah runtuh, kemungkinan besar mereka akan bisa mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.''

Allahu Akbar!



Sultan Abdul Hamid II; benteng terakhir umat Islam mempertahankan Palestin! [Kredit]

Fakta #8

Pertubuhan Zionis Sedunia pernah ditawarkan dengan tanah di Uganda untuk mendirikan negara Israel yang pertama oleh pihak British. Namun mereka menolaknya dengan sebulat suara pada kongres yang ketujuh. 

Semenjak itu, mereka secara terancang telah menggalakkan dan membiayai penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai dari seluruh dunia ke Palestin. Polisi Nazi di bawah pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang-orang Yahudi ke Palestin. 


Fakta #9

Impian Zionis untuk memiliki negaranya yang sendiri makin menjadi kenyataan apabila Lord Balfour, Setiausaha Luar Negara bagi kerajaan British pada tahun 1917 membuat deklarasi bahawa kerajaan British menyokong penuh sebarang usaha Zionis untuk membentuk negara Israel merdeka di Tanah Palestin. Malah kerajaan British akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan negara Israel menjadi kenyataan. Nota kaki: Hallo hang ingat tanah Palestin tu negara tok hang ka nak buat suka-suki hati...??

(British mempunyai peranan yang cukup besar dan signifikan ke arah penubuhan negara Israel. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu yang mati dibunuh oleh komunis pada 1951, merupakan Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Mandat Palestin (wakil British) sehingga tertubuhnya Israel pada 1948. Diceritakan bagaimana rakyat Palestin bergembira mendengar berita kematiannya pada 1951) 


Ehem.


Akhirnya, setelah perancangan yang licik dan teliti dan pengkhianatan demi pengkhianatan, negara Israel haram akhirnya tertubuh pada tahun 1948, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bingung (PBB) meluluskan resolusi untuk penubuhan negara Israel haram di tanah Palestin. David Ben-Gurion telah dilantik menjadi Perdana Menteri Israel haram yang pertama. 



David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama. Kelihatan di atas kepalanya potret Thedor Herzl, orang yang bertanggungjawab membawa idea negara Israel menjadi realiti. [Kredit]

Fakta #10

Sejak penubuhan negara haram Israel, konflik antara umat Islam dan Zionis berterusan sehingga kini. Banyak peperangan telah dilancarkan antara kedua-dua belah pihak dan antara yang paling meninggalkan kesan kepada sosio-politik wilayah yang bergolak itu adalah peperangan 1948, peperangan 6 hari pada 1967 dan pelancaran intifadah oleh rakyat Palestin (siri pertama pada 1987 dan siri kedua pada 2000). 

Hamas telah ditubuhkan oleh Syaikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz al-Rantissi dan Mahmoud Zahhar ketika Intifadah pertama memuncak pada tahun 1987, sebagai reaksi kepada kegagalan Fatah memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Hamas telah memenangi pilihanraya di Gaza dan sehingga kini, Hamas merupakan kerajaan tempatan di Gaza. 


Sehingga kini, lebih banyak nyawa rakyat Palestin yang terkorban berbanding dengan jumlah kematian di pihak Israel. Israel, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Palestin, tanpa sebarang bantahan dan tindakan susulan oleh dunia yang hanya memerhatikan apa yang berlaku. Perjanjian-perjanjian damai hanya tinggal anekdot di atas kertas semata, berulang-ulang kali dikhianati oleh Israel laknatullah. 


Fakta Tambahan (Penting!)

Usaha memboikot MekDogol, Stabak, Koka-Kola dan produk-produk yang sudah terbukti dengan jelas memberi bantuan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak kepada negara haram Israel adalah salah satu usaha penting dalam menunjukkan solidariti kita kepada Palestin.  

Tak mati pon en kalau tak makan, minum dan guna semua tu..?


Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit-sebanyak tentang konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin. Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, perkongsian yang ringkas ini tidak mungkin akan memahamkan anda secara holistik tentang konflik yang berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya kini, bolehlah anda dengan sedikit bangga dan hidung kembang bercerita tentang apa yang berlaku apabila ada rakan atau sepupu belah mak saudara anda bertanya. Eheh. 


Di sini saya sertakan link ke bacaan tambahan yang saya rasakan cukup bermanfaat untuk anda mengetahui sejarah konflik Israel-Palestin ini. Sila klik di sini.  


Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam orang Palestin; selain menderma dan menghulurkan bantuan, juga menyebarluaskan kebenaran dan fakta tentang apa yang berlaku, perbanyakkan juga doa, bacaan al-Quran dan solat malam untuk mereka. Konon mahu berjuang untuk Gaza, tapi kalau solat entah ke mana, halal haram tak reti beza, doa macam mana pon tak akan naik ke langit bang oi! 


Dan sekiranya kita benar-benar mahu mengembalikan pemerintahan Islam yang adil dan makmur di atas muka bumi ini, tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Sebarkan kebenaran dan bina individu-individu Muslim yang sanggup menjualkan harta dan jiwa mereka, yang akan menjadi asas pondasi kepada negara Islam yang bakal terbentuk nanti. Dengar belon pecah pon dah nak terkencing, inikan pula nak angkat senjata berperang dengan musuh-musuh Islam..? Ceh. Ceh untuk diri sendiri juga.



Biar perjuangan ini bersenjatakan batu-batu kerikil, asal lontarannya sampai ke langit sana! Allahu Akbar! [Kredit]

Maka tegakkan Islam dalam dirimu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan benarnya di muka bumi ini!



"Akan sentiasa ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari qiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka."

 [Hadith Riwayat Muslim]

Allah, moga kami tergolong dalam kalangan mereka yang akan terus memperjuangkan agamaMu ini dan menegakkan kebenaran dengan istiqamah sehingga ke titisan darah kami yang terakhir! Amiin, ya robbal a'lamin! 


Senyum mata bersinar-sinar, sambil buat tanda aman. 





-gabbana-
credit to http://angelwearsgucci.blogspot.com 
post signature

Konflik Mesir Untuk Dummies

Out of SHAKLEE sekejap...

[Kredit]
Apabila saya ditanya di Pengicau, "Siapa as-Sisi?", saya tahu yang saya perlu menulis post ini.

Berdasarkan format 'Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies' yang pernah ditulis suatu ketika dahulu, InshaAllah saya akan berkongsikan beberapa poin dan fakta penting yang berkaitan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, untuk tatapan dan pengetahuan anda semua.

Of kos, tidak mungkin saya dapat menceritakan semua perkara dalam post ini. Makanya saya hanya akan memfokuskan kepada dua perkara sahaja buat masa ini:

  1. Fakta-fakta penting tentang pergolakan yang sedang berlaku
  2. Latar belakang sejarah yang signifikan terhadap krisis ini
Harapannya, selepas membaca post ini, dapatlah anda mengetahui sedikit-sebanyak gambaran yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Selepas itu, diharapkan anda dapat berkongsikan fakta-fakta yang benar kepada rakan-rakan, saudara-mara, jiran seberang rumah dan pakcik jual ikan yang datang setiap hari Rabu itu. Kerana masih ramai yang tidak tahu situasi sebenar yang berlaku di Mesir dan mengharapkan laporan-laporan berat sebelah media Malaysia yang sampah.

Dan sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut lagi, bolehlah buat bacaan tambahan dan kajian sendiri. Nak tahu lebih lagi daripada tu, rasanya anda kena jadi wartawan buat liputan di sana. Wah!
 
Baiklah.

Batuk batuk. Betulkan kolar. Duduk tegak.

#Fakta 1
Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih faham keadaan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini.

Teringat pula cerita Aladdin. Heh, [Kredit]
Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obelisk. Dan juga tarian gelek. Eh. Mesir juga menjadi latar belakang kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berakhir dengan kegembiraan selama-lamanya (Baca:Happily ever after) apabila baginda dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan Mesir. Seperti yang kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahandanya, Nabi Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain. 

Mesir juga menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Kekejaman Firaun jelas dicatatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan semua bayi lelaki Bani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah. Firaun dan konco-konconya akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat. 

Munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang maha zalim juga berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal daripada tanah Mesir yang suci. 

Sayugia jelas, betapa signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan sahaja oleh para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam. 

Fakta #2 
Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah! Gelak keji.

Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir. 

Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan, kira-kira 44 tahun lamanya!

Gila. 


Konspirasi Naguib dan Jamal. [Kredit]

Fakta #3

Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.

Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.

Ironi makaroni.


Fakta #4

Bercakap tentang pilihan raya Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan adil apabila tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). 

Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) [Kredit]

Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun atas masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.


Fakta #5
Pakcik Baradei [Kredit]
Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir. Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..?  

Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.

El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya. 


Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripada darah rakyat Mesir, tahu...??

Fakta #6

Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir. 

Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera. 


Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru. 


Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!


Fakta #7

Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka. 

Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal. 

Fakta #8 
Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera. 

Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri. 


Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Ceh.


As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan Allah nanti! [Kredit]

Fakta #9
Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin? 

Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh.

Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli. 

Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.

Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu. 

Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.

Fakta #10

[Kredit]

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi.

Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.  

Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir. Pfffttt! 

Begitulah.

Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di Mesir? Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini tidak mungkin dapat memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir. Namun saya kira, ia sekadar cukup makan dan tahap bawah hidung jugalah, untuk anda mendapat gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.

Krisis yang sedang berlaku ini tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mesir adalah bumi barakah yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pembebasan kota al-Quds. Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenangan Islam yang sudah terlalu hampir itu! 

Saya terlalu amat yakin, apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Mesir hanyalah sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk membersihkan sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat mereka kepada darjat yang lebih tinggi. Apa yang sedang ikhwah dan akhawat kita lalui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia mengurniakan kemenangan yang lebih agung!

Allahu Akbar! 

Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan dan kemenangan saudara-saudara kita di sana. Kongsikan dan sebarkan berita-berita dan fakta-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang berlaku. Didik masyarakat di sekitar kita untuk cakna dengan apa yang berlaku. 


Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur Tengah. Rakyat Mesir bukan hanya sekumpulan manusia yang bisa berbahasa Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara yang menyimpan khazanah Firaun, Haman dan Qarun.


Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah. Geleng kepala. 

Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit]

Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita. Tetapi menangnya Mesir, akan tersebar luaslah cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah! 

"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat.

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]

Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan telinga? Sedangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan dibelasah taghut dan syaitan durjana..?


Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mahsyar nanti! Wahai!
 

-gabbana-

post signature