SILA KLIK SINI YER

Wednesday 25 December 2013

Cakoi jadi Karipap?????

Rasanya tadi lepas Bismillah, niat dia nk buat cakoi... Lastly jadi gini pulok.... Pun boleh la... Feveret anak2... Huhuhuhu.. Almaklumlah, start uli tepung da siang, anak2 da nampak mmg Karipap jek la mind set diorang... So layann....

(Sekadar gambar hiasan. Kuality pica xelok)

Sunday 15 December 2013

Siapa paling Comel?

Lama tak update blog? Hurmmm.... X g memana pun... Sedang memulihkan semangat yang beransur hilang... Doakan Che' Su... ^_^



Budak bedua ni sibuk nak buat iklan... Agak-agak brapa royalti nak claim ni eh.... ^_^

post signature

Friday 8 November 2013

Pentingnya Kalsium Untuk Kecantikan Wajah

Salam... Macam da lama tak update kan... Lama nk korek info... Hehehehe.. Harini nak citer pasal KALSIUM. Acapkali kita diberitahu bahawa KALSIUM sangat enting untuk tulang dan gigi. Namun, bila dikaji lebih mendalam lagi, baru tahu sangat banyak kepentingan KALSIUM. Antara fungsi yang menarik perhatian Che' Su adalah ia berfungsi untuk kecantikan jangka panjang... Menarik kan... ^_^

Meh baca sat yang Che' Su nak share ni... Kelebihan ini lebih kepada KALSIUM yang terkandung di dalam OSTEMATRIX Shaklee ye..

Wajah kita mempunyai beberapa otot, antaranya kumpulan otot pipi digelar Meseter yang berfungsi untuk mengunyah, otot bersiul dan meniup pula dinamakan Buccinators. Otot dibahagian dagu dinamakan Mentalis. Bagi membolehkan otot muka berkerja dengan baik, beberapa perkara  penting seperti KALSIUM kene mencukupi. Sebab kesan kekurangan KALSIUM ini dapat dilihat apabila usia meningkat 40-an, apabila wajah kita tidak simetri iaitu senget sebelah.


KALSIUM juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang diransang oleh enzim Protein Kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. Kadar KALSIUM yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.

KALSIUM juga berperanan untuk meminimakan kerosakan Kolagen. Jadi bagi anda yang memiliki kulit kering, disarankan mengamalkan suplemen KALSIUM kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.

Tapi yang paling Che' Su suka dengan KALSIUM ini adalah, ia memudahkan untuk bangun pagi. Iyelah sebab KALSIUM yang kita ambil sebelum tido tu akan membuatkan tubuh kita lebih lena dan lebih relaks. So, kita akan bangun awal pagi dengan lebih bertenaga! ^_^

Satu lagi fungsi KALSIUM yang Che' Su suka adalah ia mampu memudahkan pembuangan air besar dan membantu mengatasi masalah sembelit. Ini kerana KALSIUM membantu melancarkan pergerakan otot-otot sekaligus otot usus besar yang berfungsi dalam proses pembuangan air besar. Selain itu, Magnesium yang terdapat di dalam OSTEMATRIX yang bersifat lakstif membantu melembutkan najis sekaligus memudahkan pembunagannya. So, nampak tak gabungan hebat itu mampu menyelesaikan masalah SEMBELIT!! ^_^

U olls masih nak abaikan kepentingan KALSIUM?? Che' Su dah rasa 'seksa' kekurangan KALSIUM tu since muda remaja... Memang tak sanggup... U DECIDE!!! ^_^


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Tuesday 29 October 2013

BERJIMAT ATAU KEDEKUT?

Che' Su yakin dan pasti kalian pernah bertemu atau bergaul dengan manusia jenis ini. Sudah pasti Che' Su juga sejak kebelakangan ini acapkali bertemu manusia spesis ini.. Hahahahah... Rezeki agaknya. Entry kalini Che' Su ingin berkongsi sifat-sifat manusia kedekut, bakhil, tangkai jering atau apa sahaja yang seerti dengannya. Penulisan ini bertujuan memperkaya pengalaman sesama kita tentang sifat-sifat manusia. Agar kita lebih kenal siapa kawan yang bagus atau sebaliknya. Dalam Islam sendiri ada dikhabarkan 3 ciri-ciri orang Munafik. Na'uzubillah... ^_^

Moga-miga sifat-sifat di bawah ini tiada pada kita.

1. Makan Bersendiri

  • mereka selalu makan bersendirian dan tidak kisah tiada teman berbual demi mengelakkan daripada membelanja orang lain

2. Terus Bayar
  • Ambil makanan dan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain. Adakalanya tauke kedai suruh kita makan dulu, baru bayar. Tetapi bagi si kedekut, cara ini mengundang risiko sekiranya dia perlu membayar untuk orang lain.

3. Makan Dengan Cepat
  • Si kedekut akan makan cepat-cepat dan segera minta diri dari rakan-rakan dengan alasan ada kerja yang perlu diuruskan dan pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi.

4. Pilih Makanan Murah
  • Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin duduk semeja bersama kawan-kawan, maka dia akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah jambu sahaja, bagitahu kawan "sudah kenyang". Sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. Mesti kawan-kawan tak sampai hati suruh dia bayar.

5. Berpura-pura
  • Dalam keadaan tak dapat 'lari' ketika makan bersama kawan-kawan, taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di meja makan. Atau bunyikan ringtone telefon bimbit dan bercakaplah sendirian seolah-seolah sedang berbual dengan seseorang di telefon. Lebih baik lagi bila nampak tauke datang, bunyi telefon segera dan pura-puralah bercakap jauh sedikit dari rakan-rakan. Takut orang dengar hal peribadi. Bila nampak kawan dah tolong bayarkan, bolehlah datang semula ke meja makan.

6. Kawan Suka Bayar
  • Antara taktik yang sering dilakukan juga adalah dengan cara mendiamkan diri. Kemudian mengajak kawan-kawan yang pemurah untuk keluar makan bersama sudah tentu mereka yang akan tolong bayarkan nanti. Selamatkan wang sendiri!!

7. Berebut Untuk Bayar
  • Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut nak membayar. Dalam situasi ini, si kedekut berpura-pura mengeluarkan dompet daripada poket belakang seluarnya. Tapi entah kenapa dompet itu macam terlekat pula, mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik. Dicuba juga ditarik-tarik namun hampir separuh sahaja keluar. Sedang mencuba-cuba itu, sudah ada kawan yang membayar. Alhamdulillah... Dompet pun ditekan semula ke dalam poket. Sambil berkata.... 'La.. cepat sangat awk bayar.. patutnya saya yang bayar tadi...'

8. Tiada Wang Kecil
  • Kali ini dompet telah dikeluarkan, dijenguk-jenguk, tak ada pula duit kecil. Semua RM100. Jangan tunjukkan sangat kepada orang sebelah, nnti dia nampak duit kecil sebenarnya ada. Kalau makan di kedai-kedai makan yang bersaiz kecil atau sederhana, tauke akan katakan tak ada wang tukar. Jangan bimbang, ada kawan yang akan tolong bayar dengan wang kecil nanti. Sekali lagi selamat.

9. Pindah meja makan!
  • Yang lebih ekstrim lagi (jangan tak percaya, ini benar berlaku!), jika makan di meja lain, belum bayar, makan pun tinggal separuh, maka dia akan pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minuman sekali.Lagaknya macam nak bersembang. Tambahan pula dia nampak kita dah nak hampr fasa membayar. Dia pun tumpang sambil memperaktikkan mana-mana taktik disebutkan tadi.

  • Peringatan kepada diri ini dan yang lain, janganlah amalkan sikap kedekut melampau. Terutamanya dalam soal asyik mengharapkan orang membayar. Tak pernah nak tolong bayar. Tumpang makan mahu. Dalam soal berkawan dan bersosial, hal ini diperhatikan oleh kawan-kawan. Lagipun makanan yang kita makan akan menjadi darah daging, membina tubuh, hati, minda, jiwa seterusnya menjelmakan tabiat. Jadi, biar yang berkat. Tidak hairanlah si kedekut ini sering ditinggalkan sendirian di tempat duduknya bila tiba waktu minum atau makan. Kadang-kadang kawan-kawan akan keluar secara senyap-senyap sahaja.
  • dapat diamalkan Adakah si kedekut akan dapat membeli kereta baru, rumah baru atau melancong dengan sikapnya yang enggan membayar atau membelanja orang lain tu? Mungkin juga, jika sikapnya itu dapat diamalkan dalam tempoh yang lama.
  • Jika kita bersedekah dengan ikhlas, Allah akan membalas dengan yang lebih baik lagi. Rezeki dan harta akan berganda. Sedekah juga menjadi amalan untuk kita di alam barzakh nanti. Bukan bermaksud bila kita mengeluarkan wang untuk belanja rakan makan, itu membazir. Kita pun tahu giliran kita. Jangan biarkan rakan pemurah menjadi perumah (mangsa). Kita sama-sama ada gaji. Sesetengahnya melebihi gaji kita, ditambah lagi elaun yang ntah apa-apa. Nak kedekut apa lagi?
♥ YA ALLAH, JAUHKANLAH KAMI DARI SIFAT RIYA' DAN SIFAT KEDEKUT.. AMINNN....

  post signature

Sunday 13 October 2013

FAQ :Mengenai MealShakes

MealShakes adalah antara produk Shaklee yang paling laris. Gabungan MealShakes bersama produk Shakes yang lain juga memberikan kesan berbeza bergantung kepada kondisi dan keperluan pengguna tersebut.

Bagi mereka yang tidak jelas dan masih was-was dengan MealShakes. Jom semak antara soalan-soalan yang saya senaraikan ni. Mana tahu ada yang boleh menjawab persoalan yang bermain di minta kalian...

♥ Apa itu MealShakes?
  • MealShakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk dengan perisa vanilla iaitu tiada sebarang pewarna atau gula tiruan yang mengandungi asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

♥ Apakah khasiat dalam MealShakes?
  • Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubu badan kita yang kita tidak akan perolehi daripada makanan kita seharian.
  • Mengandungi Protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu untuk pembinaan sel-sel untuk kulit, kuku, rambut, darah dan sebagainya.

♥ Siapakah yang boleh ambil MealShake?
  • Boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, lelaki dan wanita

♥ Berapa sudu patut diambil satu hari?
  • Dosage yang dicandangkan mengikut usia:
  • Kanak-kanak 1-3 tahun = 1 sudu teh untuk 3 kali seminggu
  • Kanak-kanak 3 tahun ke atas = 1 sudu teh setiap hari
  • Dewasa = 1 sudu besar

♥ Bolehkah MealShakes dicampurkan dengan minuman yang lain?
  • Ya, Boleh. Cuba elakkan dengan minuman berkafein. Ia dibancuh dengan air suam.

♥ Adakah fruktosa terkandung dalam MealShakes?
  • Sebahagian gula dalam MealShakes adalah fruktosa iaitu karbohidrat semulajadi di dalam sayuran dan buah-buahan. Dalam MealShakes, fruktosa adalah dari ekstrak jagung.

♥ Berapakah kandungan fruktosa dalam MealShakes?
  • Kandungan fruktosa dalam MealShakes adalah 8.8 gram per hidangan

♥ Adakah fruktosa menyebabkan kanser?
  • Fruktosa tidak menyebabkan kanser

♥ Dalam MealShakes terkandung Maltodextrin, apakah Maltodextrin?
  • Maltodextrin adalah karbohidrat yang diperbuat daripada pecahan kanji yang ada secara semulajadi dalam jagung. Kegunaan Maltodextrin adalah untuk mengikat (bonding) antara vitamin dan nutrisi

♥ Adakah Maltodextrin berbahaya kepada kanak-kanak?
  • Maltodextrin yang tekandung dalam MealShakes adalah tidak sama dengan junk food kerana MealShakes dibuat secara semulajadi daripada jagung

♥ Ibu menyusu boleh ambil MealShakes ke?
  • Ya, Boleh, malah ia boleh membantu membanyakkan susu.

♥Boleh ke MealShakes dibancuh bersama ESP @ Performance Drink? Untuk kanak-kanak ataupun dewasa?
  • Ya, boleh.
  • Boleh dibancuh iaitu dicadangan camprkan 2 sudu besar MealShakes bersama ESP & Performance Drink semasa perut kosong untuk dewasa.
  • Untuk kanak-kanak dicadangkan MealShakes + ESP tetpi dikurangkan sukatannya.

♥ Selepas mengambil MealShakes, anak saya mengalami kerap demam dan batuk. Mengapa?
  • Anak anda mungkin mengalami healing crisis. Boleh teruskan pengambilan dalam masa seminggu dan pada masa yang sama, banyakkan minum air kosong/mineral.

♥ Selepas pengambilan MealShakes, anak saya kurang makan sebab kekenyangan. Boleh ke keadaan begini?
  • Tak boleh keadaan macam itu sebab fungsi MealShakes adalah sebagai makanan tambahan iaitu menampung nutrisi yang tidak dapat daripada makanan utama. So, makanan utama perlu diambil.

♥ Anak-anak saya cirit-birit selepas ambil MealShakes? Mengapa?
  • Salah satu healing crisis. Mungkin boleh dikurangkan sukatan pengambilannya sebab MealShakes bertindak sebagai agen detox iaitu mengandungi serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada usus dan perut.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

10 Tips Meransang Kehamilan Dan Makanan Yang Dicadangkan

♥ Pengambilan Asid Folic
  • Disarankan untuk mengambil asid folik sebelum merancang kehamilan sekurang-kurangnya 0.4mg untuk mengurangkan 50% hingga 70% kecacatan tiub neutral bayi. Disarankan pada 2 atau 3 bulan sebelumnya.

♥ Hubungan Intim Lebih Menarik
  • Hidupkan hubungan intim dengan suasana yang lebih menarik contohnya menggunakan tempat lain selain daripada bilik tidur untuk 'bersama'. Ia dapat mengubah susana sensual.

♥ Berbaring Selepas 'Bersama'
  • Selepas melakukan hubungan intim, disarankan untuk baring selama 5 minit. Ia bertujuan untuk meningkatkan jumlah sperma berenang ke dalam ovum.

♥ Peratusan 25% hingga 30% untuk Hamil
  • Menghasilkan zuriat umpama bermain dengan nombor. Walaupun pada luaran kelihatan sangat 'sempurna' hakikatnya peratusan hanya 25%-30% sahaja peluang untuk hamil untuk setiap kitaran kesuburan

♥ Berhenti Mengambik Kafein
  • Tahukah anda pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan boleh manghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan

♥ Persekitaran Kerja Tidak Sesuai
  • Sekiranya anda dan pasangan berkerja di kawasan yang terdedah kepada bahaya, mungkin anda dan pasangan perlu ambil inisiatif untuk mencari kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan yang mengancam dan memberi kesan negatif kepada kualiti sperma dan ovum malahan kepada perkembangan embrio.

♥ Temujanji Dengan Doktor
  • Berbincanglah secara terbuka berkenaan perancangan kehamilan dan langkah-langkah yang perlu diambil dengan doktor.

♥ Elakkan semburan Di Kawasan Vagina
  • Seperti yang kita maklum bahawa kawasan vagina adalah kawasan yang sangat sensitif, tapi pastikan kawasan tersebut 'mesra sperma'. Elakkan daripada menyembur faraj ataupun tuala wanita yang berbau wangi kerana ini mengganggu keseimbangan pH pada vagina. Selain itu, elakkan bahan pencuci buatan atau pun minyak sayuran kerana ia akan membunuh sperma anda.

♥ Mandi Air Sejuk
  • Pujuk suami untuk mandi air sejuk sekurang-kuyrangnya 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan pergerakan sperma.

♥ Bantuan Graviti
  • Selepas melakukan hubungan kalamin disarankan letak bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit rangsangan kepada sperma untuk mereka berenang ke arah telur ovum
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

Thursday 10 October 2013

Set Diet Shaklee @ Pil Kurus??

Sebab ramai yang tanya dan was-was adakah vitamin Shaklee ni PIL KURUS (ni bagi yang nak diet)... Maka dibawakan ini INFO KHAS...

♥ Vitamin bukan ubat kurus dan bukan dadah. Jika diambil dalam dosage yang dicadangkan ia tidak memudaratkan.

♥ Fungsi vitamin dan mineral yang kita ambil ialah untuk membetulkan fungsi badan yang berfungsi bukan pada tahap yang betul atau kurang berkesan. Macam factory default setting dalam handphone kita... Bila tekan butang reset tu all setting will set to factory setting... Macam badan kita bila mengamalkan pengambilan supplemen, setiap sel mula kembali menjalankan fungsi asalnya dengan baik.

♥ Sel, tisu, organ dan seterusnya sistem yang menjalankan fungsi yang baik, dapat melakukan proses pencernaan dengan baik, serapan nutrien dengan baik, meningkatkan metabolisma, pembakaran kalori yang lebih efektif dan macam-macam lagi. Jadi tubuh akan berada dalam keadaan ideal. Vitamin tiada kalori, jadi pengambilan vitamin tidak akan menggemukkan.

Menurut pakar nutrisi bertauliah Shaklee (Malini), dari kajian yang dibuat, mereka yang selalu SKip Meal sering kali memberi feedback, selera makan bertambah serta berat badan bertambah. Ini berlaku disebabkan tubuh individu bercelaru sebab jadual pemakanan yang lompong. Jadi bila tubuh memerlukan nutrisi, tiada sumber yang mampu menyokong keperluan tersebut. SO, bila ambil suplemen, sel akan set otak untuk makan tepat pada waktunya (rasa nak makan). Tapi kesilapannya ialah, overestimate keperluan makanan pada tubuh yang diberikan. Jadi mereka mengambil makanan secara berlebihan dan berlaku lebihan kalori, maka jadilah pertambahan berat badan...

♥ Maka pemilihan makanan terletak pada kemampuan/keperluan seseorang individu tersebut.
(Credit to Cery MamaFaiz & Iffah Anuar FB)

*******************************************************************************

Jadi JOM pilih vitamin natural Shaklee.. SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM... Ia BUKAN pil kurus... Jadi ia selamat untuk anda-anda yang nak DIET.




Apa yang Che' Su akan cadangkan untuk DIET?
Kita ada Cinch Shake Protein, Cinch Energy Tea, Vita-Lea, Lecithin, Herb-Lax, Alfalfa, Omega, B-Complex, Vitamin C, ESP, dan Mealshake...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Wednesday 9 October 2013

5 Penyakit Berbahaya Yang Wanita Patut Ketahui

Semakin kita maju, semakin banyak penyakit yang timbul. Ada kalanya kita tak pernah dengar nama penyakit tu pun, tetiba terjadi pada orang sekeliling kita. Terutamanya kaum wanita. Jangan terkejut budak perempuan di sekolah pun boleh kena PCOC. Semuanya bermula daripada sistem dalam badan kita iaitu sistem peranakan kita ataupun sistem reproduksi iaitu bahagian dalam rahim wanita.

Antara penyakit yang kerap dan selalu dialami oleh wanita adalah Fibroid, Endometriosis, PCOS, Anexoria dan Menopous.


Fibroid

  • Fibroid bukanlah kanser, tetapi ketumbuhan yang berlaku pada lapisan otot dalam dinding rahim. Kadang kala wanita sendiri pun tidak sedar yang terdapat Fibroid dalam rahim mereka. Dalam uterus ataupun rahim wanita terdapat 3 lapisan iaitu Perimetrium, Myometrium dan Endametrium. Fibroid terjadi di lapisan otot ataupun di  Myometrium . Terdapat banyak statistik ataupun kajian dilakukan untuk mencari sebab musabab mengapa Fibroid terjadi, namun tiada sebab yang khusus.

Endometrorisis

  • Endometrorisis adalah selaput ataupun lapisan yang luar biasa yang terjadi di luar rahim ataupun pada dinding endometrium. Ia boleh membawa kepada kesakitan, pendarahan yang tidak teratur dan masalah kehamilan (kemandulan). Dalam keadaan biasa, selaput ataupun lapisan ini akan gugur bersama-sama dengan darah kotor ataupun haid setiap bulan. Simpton utama penyakit ini adalah senggugut ataupun kesakitan di bahagian pelvik.

PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)

  • PCOS terjadi disebabkan gangguan hormon yang tidak stabil ataupun tidak seimbang. Gangguan ini menyebabkan kitaran haid dan proses ovulasi yang tidak normal. Menurut kajian yang dilakukan terdapat 90% wanita mengalami kitaran haid tidak teratur dan 30% wanita yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.

Aneroxia Nervosa


  • Aneroxia adalah gangguan yang dihadapi untuk makan. Mereka yang mengalami masalah ini kebiasaannya disebabkan aturan diet yang tidak betul atau tidak seimbang untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna. Mereka mengalami Aneroxia umpama fobia terhadap makanan kerana takut setiap makanan yang diambil akan menyebabkan kegemukan pada badan. Lama kelamaan tubuh badan akan kehilangan nutrisi ataupun zat gizi yang diperlukan oleh semua organ tubuh badan.

Menopous

  • Ini terjadi disebabkan wanita yang telah putus haid iaitu kilang telur (ovary) berhenti menghasilkan telur. Sesetengah wanita mengalami Menopous secara mengejut ataupun terjadi secara perlahan-lahan. Antara simpton-simpton yang terjadi seperti sering kepanasan, kulit kemerah-merahan, cepat marah dan sebagainya. Normalnya terjadi pada wanita yang berusia 45-55 tahun. Menopous ini perlu diketahui bagaimana untuk menanaganinya oleh suami dan isteri bagi memudahkan untuk menghadapi bila tiba masanya..

****************************************************************************
Errrkkk.. Seraammmm... Lebih baik mencegah dari merawat... Jagalah kesihatan kalian... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Tuesday 8 October 2013

Senggugut Dan Cara Mengatasi Dan Menghadapinya

Senggugut adalah masalah utama yang sering melanda kaum Hawa tak kira remaja, perempuan atau wanita. Sebenarnya sakit senggugut memberi petanda awal yang menunjukkan sistem dalam badan kita tidak berada dalam keadaan sempurna atau baik.

Ia mungkin menjadi petanda awal kepada ketidaksuburan (untuk mendapatkan anak) ataupun masalah berkaitan sistem peranakan (rahim) seperti Endometrisis ataupun Fibroid.

♥ Apakah Senggugut?

  • Senggugut nama saintifiknya adalah Dismenora. Ia merujuk kepada kesakitan pada permulaan untuk haid(datang bulan). Biasanya ia berlaku pada hari pertama ataupun kedua haid yang mana boleh mengganggu aktiviti harian.

♥ Mengapa terjadinya senggugut ?
  • Terjadinya senggugut disebabkan hormon yang tidak seimbang (iaitu paras hormon estrogen tidak bersamaan dengan hormon progesterone menyebabkan ketidakstabilan hormon)
  • Diet juga mempengaruhi faktor senggugut bagi sesetengah wanita
  • Ketidakstabilan kandungan gula dalam darah
  • Serotonin dysfunction (mengalami masalah brain mood regulator)
  • Kekurangan mineral dalam badan (terutamanya Kalsium dan Asid Lemak)

♥ Jenis-jenis senggugut
  • Senggugut Primer - disebabkan oleh pengeluaran Protaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan pengecutan rahim yang sangat kuat. Kebiasaannya terjadi pada gadis yang belum berkahwin

  • Senggugut Sekunder - disebabkan Endometriosis. Endometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang meliputi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvis yang melekat tau juga salur Fallopionya mengalami penyumbatan. Ia terjadi pada wanita yang sudah berkahwin. Bagi yang mengalami senggugut sekunder, disarankan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat lebih lanjut

♥ Supplimen apa yang boleh diambil?


  • GLA  Complex - Gamma Linolenic Acid. Mengandungi EPO (Evening Primrose Oil) yang mana terdiri darpada asid-asid lemak yang mana pengambilannya sangat-sangat diperlukan memandangkan badan kita tidak mampu menghasilkannya sendiri. Ia membantu memperbetukan kitaran haid, melegakan  senggugut serta untu kulit lebih cantik dan sihat
  • Ostematrix - Mengandungi kandungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang sangat diperlukan oleh mereka yang mengalami senggugut. Darah kotor yang keluar semasa haid menyebabkan badan kehilangan kalsium pada setiap bulan. Dose yng disarankan setiap hari adalah Kalsium (1500mg), Magnesium (1000mg) dan Vitamin D (400IU)

♥ Jangan pandang enteng terhadap senggugut anda walaupun ia pada peringkat awal. Kerana ia adalah petanda awal pada penyakit dalaman yang tidak diketahui. Che' Su pernah laluinya... 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Sunday 6 October 2013

FAQ - Kolagen Shaklee

Salam pembuka bicara.. ^_^. Cerita Kolagen lagi...

Dah ramai sangat yang berpuas hati dengan keberkesanan Collagen Powder Shaklee ni.. Tapi bagi yang baru-baru nak mencuba, tak kurang juga soalan-soalan yang diajukan.. Antara soalan yang sering menjadi tanda tanya adalah :-

♥ Apakah kandungan utama Kolagen Shaklee ?

  • Sebenarnya bahan utama dalam Kolagen Shaklee adalah daripada sisik ikan merah. Tapi bukan ikan merah yang selalu kita makan kat rumah tu ye. Ikan merah ini diambil daripada kawasan laut dalam iaitu laut sedalam 5,000m. Semakin dalam, semakin tinggi tekanan menjadikan ikan lebih elastik dan memiliki paduan sel-sel yang tinggi

♥ Apakah kandungan lain selain daripada sisik ikan merah?
  • Ekstrak kerang-kerangan yang mengandungi glukosamina yang sangat penting sebagai pelincir kepada pergerakan sesendi dan melembabkan ketidakselesaan mata
  • Lactobasilur Acidphilus iaitu bakteria baik yang diperlukan dalam sistem usus kita bagi menggalakkan penyerapan Kolagen
  • Ekstrak Pfaffia juga dikenali Ginseng Brazil berperanan untuk menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan warna sekata
  • Ekstrak biji benih Camellia Japonice iaitu mengandungi asid oleik bertindak sebagai antioksida semulajadi
  • Vitamin C bertindak untuk melawan radikal bebas dan Vitamin B sebagai metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk ditukarkan kepada tenaga untu penghasilan Kolagen dalam sel

♥ Bagaimana cara memilih Kolagen yang terbaik dan cepat memberi kesan kepada kulit?
  • Kolagen yang terbaik adalah daripada sumber haiwan atau mamalia yang bertulang kerana Kolagen perlulah daripada sumber Protein untuk membentuk Asid Amino yang dinamakan Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine
  • Kita perlu mengambil Kolagen yang berjsisim ringan dalam lingkungan 1,000 dalton bagi memudahkan proses pencernaan dalam badan kita
  • Pengambilan Kolagen perlu disusuli dengan pengambilan Vitamin C bagi penambahan oksigen dalam rantaian

♥ Mengapa Kolagen Shaklee dikatankan Mahal?
  • Kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang sukar didapati. Bahannya sangat berkualiti bagi menjamin keberkesanannya.
♥ Siapakah yang sepatutnya mengambil Kolagen Shaklee ?
  • Liang roma ketara, pigmentasi, jeragat, kulit kasar
  • Muka kelihatan tua dari usia sebenar
  • Payudara atau punggung hilang keanjalan
  • Kulit mudah pecah, pudar atau kekeringan
  • Rambut kering atau bercabang
  • Orang tua yang sering sakit sendi

♥ Kolagen dalam bentuk serbuk ataupun tablet?
  • Dalam bentuk serbuk dalam satu sachet

♥ Bagaimana jadual pengambilan Kolagen Shaklee?
  • Kolagen ada 15 sachet yang mengandungi 15mg setiap sachet. Diambil 1 sachet setiap hari untuk kesan yang optimum. Tapi boleh juga diambil selang sehari.
  • Pengambilan pada waktu malam sebelum tidur. Boleh dibanch dengan ESP, Mealshake atau apa-apa jenis minuman kegemaran

♥ Kolagen Shaklee tahan berapa lama?
  • Satu kotak 15 sachet tahan 15 hari hingga 30 hari

♥ Ibu menyusu boleh ambil Kolagen Shaklee?
  • Dalam Kolagen Shaklee terdapat Sume Root dan Pfaffia yang dikatakan tidak sesuai untuk ibu mengandung ataupun menyusu
  • ** Ia dikatakan tidak sesuai kerana tiada kajian dilakukan terhadap ibu mengandung atau menyusu, jadi tiada kenyataan rasmi untuk mereka yang ambil Kolagen adalah selamat kerana ia akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada bayi. Namun jika anda pernah mengambil Alfalfa dan keadaan baik, maka Kolagen Shaklee pun sepatutnya tiada masalah. Ini kerana dalam Alfalfa juga terdapat sumber Suma Root
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/


post signature

Tip Pemilihan Kolagen

Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu untuk mengekalkan keanjalan kulit dan untuk kesihatan dalam badan kita iaitu otot, sendi, tendon, saluran darah, kukuh dan rambut.

Boleh lihat di sini apakah itu kolagen.
Kornea mata juga mengandungi kolagen dan apabila umur meningkat, kolagen akan semakin hilang. Ia memberi kesan kepada kornea dan penglihatan kita.


♥ Kesan Kehilangan KOLAGEN

  • Badan manusia akan berkurangan sebanyak 1.5% Kolagen apabila berusia 25 tahun. Kesan kehilangan kolagen akan dapat dirasai apabila 10 tahun kemudian. Apabila usia mencecah 40 tahun ke atas, badan kita akan kehilangan sebahagia  Kolagen dalam badan. Cuba bayangkan macam mana sistem dalam badan kita beroperasi apabila kolagen semakin kurang..
  • Sendi-sendi akan bergesel antara satu sama lain, otot-otot hilang keanjalan menyebabkan nampak menggeleber. Maka banyak penyakit-penyakit seperti Sepertioteoarthritis (sakit sendi), ostesperosis, arteriosclerosis. Memang kita tidak boleh lari daripada tua, tapi sekurang-kurangnya kita boleh memberi nutrien yang sepatutnya diperlukan oleh badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik

♥ Tip Pemilihan KOLAGEN
  • Sumber Kolagen perlulah daripada sumber haiwan atau mamalia yang bertulang kerana kolagen perlulah daripaga Protein untuk membentuk Asid Amino yang dinamakan Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine
  • Pemilihan sumber Kolagen perlulah daripada hidrolisis yang selamat, halal dan ideal untuk memudahkan pencernaan dalam badan. Hidrolisis daripada ikan dianggap terbaik kerana rantaian molekul Asid Aminonya tidak rosak iaitu rangkaian 'Triple Helix' iaitu struktur yang sama terdapat pada badan manusia
  • Pemilihan Kolagen berdasarkan berat jisim molekul Kolagen itu sendiri. Mengapa kita perlu mengambil Kolagen yang berjisim ringan dalam lingkungan 1000 dalton (kerana bilangan Asid Amino iaitu 3 sahaja). Ini kerana ia mudah dicernakan apabila masuk dalam badan kita

  • Pengambilan Kolagen lebih baik disusuli dengan Vitamin C kerana pembentukkan Kolagen iaitu pengubahsuaian daripada Proline kepada Hydroxyproline memerlukan penambahan oksigen dalam rantaian.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Tuesday 1 October 2013

5 Rahsia Penting Kulit Cantik, Cerah Dan Berseri

Dan entry kali ni, Tips lagi... ^_^
5 Rahsia Penting Kulit Cantik, Cerah Dan Berseri. Insya Allah U olls akan dapat hasil yang diinginkan sekiranya U olls amalkan tips-tips ini secara betul dan konsisten.. Highlight sket, BETUL dan KONSISTEN hokay..



♥ TIDAK MEROKOK

  • Bahan kimia yang disedut daripada asap rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda juga terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok

♥ REMAJA DARI DALAM
  • Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong/mineral setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

♥ PENGELUPASAN KULIT
  • Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritsi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu

♥ PELEMBAP ANTIOKSIDAN
  • Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembap yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit

♥ BERSENAM
  • Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadi sebagai pemulaan senaman. Perpeluhan enggalakkan rembesan bahan toksin dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

Wednesday 25 September 2013

Nak Kurus? Kesilapan DIET Paling Besar

Dalam kebanyakan seminar-seminar dan soal-jawab tentang diet, berikut adalah antara Kesilapan yang sering diulang. Kesilapan tersebut TIDAK akan membantu anda mengurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak mengamalkan kesilapan tersebut.

  • Skip Hidangan - Jangan skip mana-mana hidangan. Lebih-lebih lagi sarapan pagi. RUGI! Sarapan itu penting untuk mencetus Metabolisme harian anda. Jangan tunggu sampai ofis baru nak makan. Makan sarapan di awal pagi!
  • Cuma makan 3 hidangan sehari - 3 hidangan TAK CUKUP untuk (1) Mengawal Nafsu Makan (2) Meningkatkan metabolisme.Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh, selagi kawalan dalam keperluan kalori harian anda.
  • Makan Tak Cukup - Jangan Tak Makan. Nanti metabolisme anda jatuh dan anda bukan sahaja melaparkan diri, bahkan merugikan pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untu kawal nafsu makan.

  • Elak Nasi - Saya sendiri makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES! Memang boleh enggemukkan kalau berlebihan, tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih sengenggam tangan untuk satu hidangan.
  • Ikut Diet Membuta Tuli - Ramai yang suke ikut trend diet terkini semasa seperti Blood Type Diet, High Protein dan lain-lain. Bagi saya tiada masalah mencuba, tapi jangan ikut membuta tuli. PAstikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  • Bergantung Makanan Tambahan - Saya tidak ada masalah dengan mana-mana makanan tambahan, tapi pilihan saya adalah Shaklee ^_^. Tapi jangan bergantung 100% kepada produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tidak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. 
  • Tidak tahu Kalori Diri - Macammana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak Makanan Tempatan - Saya sendiri pun makan di kedai mamak. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu Fokus Kepada Satu Perkara - Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet Jangka Pendek - Bila dengar perkataan DIET, ramai anggap ia sebagai satu program 12 minggu atau short term, tapi itu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi 'DIET' pun adalah 'Amalan Pemakanan'. Jadi pastikan anda amlkan diet bukan untuk short term, tetapi sepanjang hayat.
Sumber : kevinzahari.com

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Selepas Makan Supplemen dan Tips Minum Air Mineral/Masak

" Kenapa kita kene minum banyak air masak bila makan supplemen ni? Saya ni susah sikit nak minum air masak'

Itu adalah antara dilema kebanyakan orang. Sesiapa sahaja yang mengambil supplemen Shaklee bahkan apa-apa brand pun, dinasihatkan supaya minum air masak yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Jom kita baca antara fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplemen semulajadi Shaklee;

  • Supplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini.Jika tidak, anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  • Pengambilan supplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesenduk gula dalam sebiji cawan. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dlam sebiji cawan, jadi ia memerlukan air dan bekas yang besar iaitu satu jag air.
  • Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji tablet Vita-C 500mg Sustained Released bersamaan dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren itu?
Oleh itu, apabila mengambil supplemen Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3 liter air sehari.

Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter mungkin satu masalah.

Di sini, saya kongsikan sikit tips bagaimana untuk memastikan anda cukup syarat 3 liter air masak tu :-
  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi, solat SUbuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah : 250ml
  • Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. (sediakan tumbler size 1 liter bagi mudah)
  • Balik kerja, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air : 250ml
Dah cukup 3liter. Mudah kan.. ^_^

Psssttt... Susah nak telan air kosong? Air dari Water Pitcher Shaklee ni lebih sedap..


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Tuesday 17 September 2013

CoQ10 Shaklee dan Manfaatnya

CoQ Health Plus... CoQ Health Plus... Sejak diperkenalkan oleh Shaklee pada Jun 2013 yang lepas, produk ni terus meletup-letup... Sebabnya orang sekarang sangat sensitif terhadap kesihatan masing-masing kan... CoQ Health Plus ni bukan sahaja untuk kesihatan jantung, malah banyak lagi... Untuk pengetahuan, 1 kapsul CoQ Health Plus Shaklee bersamaan 28 cawan brokoli @ seekor ayam yang berat bersihnya 1.7kg @ 1 botol peanut Butter... Agak-agak larat tak? hehehheeh...

Bukan sekadar kesihatan jantung sahaja. Apa lagi ye? Mungkin ramai yang belum tahu, ni nak kasi tahu la ni... ^_^

♥ Untuk kesihatan jantung
  • Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk masalah arteri tersumbat
  • Mengurangkan kekerapan 'angina episode' dan menguatkan jantung
  • Tekanan darah pada penyakit dengan tekanan darah tinggi
♥ Untuk kanser
  • Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
♥ Penyakit Gusi
  • CoQ10 juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk mengawal gejala distrofi otot dan oenyakit gusi
♥ Kesihatan Mental
  • Kajian makmal menunujukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan
♥ Rawatan Obesiti
  • Kajian menunjukkan bahawa supplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan
  • Memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik
♥ Kesuburan
  • CoQ10 dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Shaklee CoQ Health Plus Untuk Kulit Lebih Berseri

CoQ Health Plus ni cukup popular sekarang. Semua nak jaga kesihatan kan... Tapi tahukah anda kelebihannya bukan sekadar untuk jantung. Ia memberikan lebih dari itu iaitu berkaitan dengan kulit cantik.. Haaa sebut Kulit Cantik, semua nak baca ... semua berminat kan.. kan.. kan..

Sebelum tu kita tengok dulu apa itu CoQ10 iaitu salah satu bahan utama produk ini. CoQ10 ialah nutrient larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam setiap sel. Ia juga merupakan antioksida semulajadi... CoQ10 membantu menguatkan otot jantung. CoQ10 membantu mencegah pengoksidaan kolesterol jahat dan CoQ10 juga berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat. Ini bermaksud ia membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dalam erti kata lain, CoQ10 membantu kulit lebih cerah dan berseri. CoQ10 juga untuk perlindungan matahari semulajadi, meningkatkan kesuburan dan meningkatkan tenaga lebih-lebih lagi jika anda mengalami sindrom keletihan kronik dan juga mampu untuk meningkatkan keupayaan mental (migrain, sakit kepala dan loya).



Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan berkurangan apabila kita meningkat usia. Sebab itu, salah satu alternatif adalah dengan pengambilan CoQ Health Plus Shaklee. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E, Green Tea.


Apa yang membezakan CoQ Health Plus dengan produk seumpamanya adalah CoQ10 Shaklee adalah daripada yis ekstrak semulajadi sama seperti yang dihasilkan oleh tubuh manusia.. Dan memiliki sistem penyerapan yang dipatenkan..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni, sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥SID : 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016-723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature