SILA KLIK SINI YER

Sunday, 14 August 2016

ABC Tembikai

KECIWA!! GERAM btol!!

Keluar masuk ceruk kampung, skirting keta tersagat calar balar.. Ini semua angkara nk cari lokasi ABC Tembikai ni..

Tapi yg lebih disalahkan ialah Ggole Maps..  ntah kemana2 la dia bawa kami... sadisss tolll..

Ikut hati che' su, mmg lama da pusing balik... tp disebabkan kegagahan incik bos #kambingstationJB, akhirnya....

Tadaaaaaaaaa....

Smpai gak #WARUNGSEDULUR #ABCTEMBIKAI ni... Bagi yg xpernah ke area Kg Sugai Dulang, Rengit ni... kindly please don't put your expactation too high ye.. nama pun warung, jgn verangan air-cond bagai la yek.. environment just nice, angin kampung yg sepoi2 bahasa, warung   yg beratapkan 1 kanopi besar ngn meja lipat dan kerusi2 plastik.. ☺

Sampai ngam2 kul 6ptg, sket lagi nk tutup da... menu pun da banyak yg habis.. Mujurrr... 

Menu 1 - ABC Tembikai


- ko da datang sesat barat, xorder benda ni, mmg saje la kannn... adik kaunter tu kata ada 2 size. *oh sblm terlupa, u olls kalau dtg, terus order kt kaunter tau, jgn terus duduk tggu org dtg amik order plak... mmg smpai subuh pun xdpt la.. hahahahah..
Size yg che'su order tu rm8. Dia kata utk mkn 2 org.. so che' su order la 2 set. tp rupanya yg smpai agak la besar.. so, kembung la gak nk menghabiskan... rasa sedap bg che'su sbb xmanis sgt.. dia xguna bnyak ais gula, lebih kpd manis melon tu.. just nice jek manis dia.. nyaman jek.. ada 2 jenis, nk special dia letak ais cream on top...

Menu 2 - Mee siput


- mee siput ni, kalau johorean mmg makan ngn sambal tumis.. yg ni best.. mee siput ni dia goreng bila kita order, jadi mee siput dia sgt crunchy. Sambal pun kampung style sedap jek..

Menu 3 - Rojak Manis


- Menu ni che' su xsempat merasa sbb anak buahku yg macho lagi gagah dah sapu licin, berjemaah ngn incik bos #kambingstationjb... huhuhu.. shedapp katanya.. ok fine 

Menu 4 - Nasi Ayam


- Sebenarnya ni menu anak2 tp sang ibu nyambil2 merasa.. hahahahah.. sejujurnya masakan & rasa  sgt kampung.. sedappp.. sup dia pun sedappp bukan pakai perencah semata2.. licinnnnn...

Ada lagi menu2 lain
- pisang goreng, Soto, cendawan goreng (ada beberapa lg, che' su xsmpat nk baca menu habis... duk sibuk menu atas meja sndri sbb takut habiss.. hahahah )

Che' su da try, Bos #kambingstationjb pun da try. U olls g la try

#supportmuslimbussiness

** Landmark Masjid Kampung Sungai Dulang

** Waktu Operasi
     * Selasa - Ahad   (Isnin cuti)
     * 1130am  - 630pm

Friday, 22 May 2015

I Choose!


Kalau U olls baca quote atas tu U olls akan fikir apa pada mereka yang up quote ni di dinding-dinding muka buku mereka? Positif atau negatif?

Being POSITIVE please.... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Friday, 1 May 2015

I decide!

 Hahahah.. tajuk macam motivation sangat kan... Sebenarnya motivation la untuk Che' Su kut... Tiga empat bulan kebelakangan ni Che' Su asyik bg entry pasal nutrition jek kan.. Sebenarnya Che' Su agak stress. Kenapa? Ingat senang ke nak cite pasal nutrition ni sedangkan awak bukan la ada latar belakang berkenaaan pun kan... Tu yang nak publish entry tunggu bertahun-tahun... Jadinya setelah bernuhasabah, mendapatkan khidmat nasihat mentor (percayalah memang Che' Su ada mentor ^_^) makanya Che' Su DECIDE untuk mengklasifikasikan blog Che'Su ni sebagai blog suka-suki.. Hihihihi.. Apa yang Che' Su rasa nak update, Che' Su akan update. Bukan semata-mata pasal nutrition.


Namun hakikatnya Che' Su masih menjual suplement kesihatan berjenama SHAKLEE yang Che' Su
sendiri amalkan dan yakini.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Saturday, 18 April 2015

Nutrisi : KALSIUM

Kalsium adalah mineral yang ditemui dalam sesetengah makanan. Badan memerlukan Kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat dan menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh. Hampir semua Kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekerasan mereka.

Badan juga memerlukan Kalsium untuk otot untuk bergerak dan saraf untuk membawa mesej di antara otak dan setiap bahagian badan. Di samping itu, Kalsium digunakan untuk membantu saluran darah mengerahkan darah di seluruh badan dan untuk membantu pembebasan hormon dan enzim yang melibatkan hampir setiap fungsi dalam badan manusia.




Makanan Apa Yang Menyediakan KALSIUM?

Kalsium ditemui dalam sesetengah makanan. Anda boleh mendapatkan jumlah KALSIUM yang disyorkan oleh makan pelbagai jenis makanan, termasuk yang berikut :

♦ Susu, Yogurt dan keju adalah makanan yang tinggi dengan Kalsium
♦ Bayam, brokoli, dan kubis cina adalah sumber sayuran Kalsium
♦ Ikan dengan tulang lembut yang anda makan, seperti sardin dalam tin dan ikan bilis mempunyai kandungan Kalsium
♦ Kebanyakan bijirian (seperti roti, mee adan pasta) mempunyai sedikit Kalsium
♦ Jus buah-buahan, minuman soya dan tauhu/tofu juga mengandungi Kalsium.
♦ Untuk mengetahui samada makanan itu mengandungi Kalsium, periksa label produk.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Tuesday, 14 April 2015

Sukiyaki : Isteri Coordinator


Seawal pagi awak kelihatan sibuk. Menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Dari mengejut anak-anak bangun tidur, memandikan, memakaikan persalinan, menyuruh bersolat, menyediakan sarapan oagi. Anak bertiga termasuk bayi seusia 9 bulan. Kerenahnya bukan satu!

Sepahan mainan di lantai dicapai sedapatnya supaya tidak mencederakan sesiapa. Beg bekalan asuhan anak-anak dikemas serapinya, secukupnya supaya tiada yang keciciran. Bayinya disusukan sekenyangnya supaya tidak meragam...

Semuanya nampak pantas, sebabnya awak perlu ke tempat kerja seawalnya. Hari ini ada perkara penting yang perlu diuruskan. Berkaitan masa depan syarikat. Awak kan COORDINATOR katanya... Peluh mula merenik di dahi walaupun cuaca pagi ini kelihatannya dingin. Bahang stress mula terasa barangkali.

Tatkala anak-anak dan keadaan rumah kelihatan teratur, awak pantas mencapai tualauntuk bersiap. Siap berpersalinan seadanya, tiba-tiba awak ditahan si tangan gagah...

" Ayang bersiaplah perlahan-lahan... Bb uruskan anak-anak... Bb hantar anak-anak hari ini..."

#Speechless
#Meaningfull
#GreatestThingEver


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature