SILA KLIK SINI YER

Saturday 28 February 2015

Jadual Pemakanan Diet Shaklee

Bagi mereka-mereka yang serius nak kurus, faktor pemakanan memang kene jaga betul-betul.. Tidak makan semata-mata bukan tiket utama untuk memastikan keberjayaan usaha kalian untuk kurus tau... Silap-silap makin naik pulak berat badan tu... Paling ideal kalian kene makan 5 kali sehari... Haaaa.. kan.. dengar macam seram jek kan... Sebab tu kene belajar... Bukan nak kurus tu main taram semacam jek... Ok part tu Che' Su da cerita kat SINI.

Entry kali ni Che' SU nak cerita jadual pemakanan bagi yang mengambil Set Kurus Shaklee. Ada panduan dia... Bukan makan ikut sempat ye... Nanti bila supplemen xberi kesan, awak nak marah pulak kan... Meh check cara awak makan tu betul ke idok... ^_^

♥ Bangun tidur

  • minum segelas air masak kerana air masak dapat melancarkan sistem pencernaan anda di waktu pagi.

♥ Sebelum Sarapan Pagi
  • Anda boleh menikmati segelas ESP yang boleh dibancuh dengan minumam kegemaran anda seperti Jus, Susu, Horliks dan sebagainya. Pastikan bukan kafien ye...

♥ Sebelum Makan Tengah Hari
  • Ambil sebiji Omega Guard bersama 2 keping biskut. Sebagai alas perut.

♥ Selepas Lunch
  • 3 biji Lecithin dan 3 biji Alfalfa serta kurangkan pengambilan nasi.Pengambilan ESP & Omega sebelum ini telah membuatkan anda berasa kenyang dan membolehkan anda makan dengan kuantiti yang sedikit. 
  • Jangan skip makan semata-mata untuk diet ekstrem kerana tubuh anda memerlukan karbohidrat juga supaya tidak letih dan menyebabkan gastrik

♥ Minum Petang
  • Boleh ambil segelas air/jus dan juga beberapa keping roti.

♥ Sebelum makan malam
  • Ambil 1 biji Omega Guard bersama segelas air masak. Ini membantu anda untuk mengawal sukatan makanan di waktu malam

♥ Makan Malam
  • 3 biji Lecithin dan 3 biji ALfalfa selepas anda selesai menikmati makan malam. 
  • Ini dapat menghalang kolesterol dan lemak dari makanan yang diambil terkumpul di dalam usus dan saluran darah.

♥♥ Adalah penting untuk memastikan anda mengambil air asak dalam sukatan 8 gelas atau 3 liter sehari. Ini bagi memastikan cuplemen yang diambil mampu memberikan kesan maksimum .

♥♥ Jadual yang Che' Su bagi ni berdasarkan pengambilan keseluruhan Set Kurus Shaklee ye..  Tak semua orang perlu untuk pengambilan kesemua suplemen yang Che' SU sebut kat atas tu...

♥♥ Detail, PM Che' Su... ^_^


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Friday 20 February 2015

Kurus Dengan PROTEIN

Entry sebelum ni Che' Su cerita berkenaan Formula Kurus Shaklee. Dalam formula tu ada termasuk sumber PROTEIN.

Kenapa perlu PROTEIN?


Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan,otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong (ruangan lemak) bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik, menggeleber dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan kandungan PROTEIN yang terkandung dalam setiap makanan adalah tinggi.

PROTEIN sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas daripada lemak.

Kajian menunjukkan PROTEIN mampu membakar kalori sebanyak 35%... Wowwww... ^_^

Sumber makanan yang mengandungi PROTEIN

  • kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu (susu, keju, yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu..

Psstttt... Agak-agak U olls la kan berapa banyak U olls nak makan sumber-sumber ni kan? Sumber Che' Su senang jek... ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Saturday 14 February 2015

Formula Kurus Dengan Shaklee

Konflik Berat Badan? Jangan risau, Shaklee menawarkan suplemen yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Yang paling penting ialah, anda harus berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia juga membantu untuk membakar lemak) dan untuk mendapat kesan yang cepat dan tubuh yang lebih FIT.

Shaklee mengaplikasikan 3 langkah dalam proses penurunan berat badan ideal.

BAKAR -  BUANG  -  BINA

Apekende ni?? ^_^

♥ BAKAR

  • Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. LECITHIN dan OMEGA adalah berfungsi untuk membakar lemak.  Perbezaan LECITHIN dengan OMEGA. LECITHIN shaklee adalah berasaskan Soya, manakala OMEGA Shaklee bersasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, OMEGA lebih kuat untuk membakar lemak dalam tubuh.

♥ BUANG
  • Setelah lemak dibakar, sisa lemak tersebut menjadi toksin dan perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka ALFALFA dan HERB-LAX diperlukan untuk proses ini. ALFALFA adalah untuk mengangkut toksin dari seluruh tubuh manakala HERB-LAX adalah berfungsi untuk detoks di perut dan usus.
  • Proses ini juga dikelaskan sebagai proses DETOKS di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus diluruhkan dan dibuang melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih, barulah tubuh kita mampu menyerap nutrien pada tahap optimum.

♥ BINA
  • Untuk memastikan otot telah terbakar lemak-lemak, otot tersebut perlu dibina semula supaya tidak menggeleber. ESP dan CHINCH diperlukan bagi proses ini. CINCHE juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.

♥  Jika pengambilan suplemen ini secara konsisten dan teratur, berat badan berlebihan boleh dikurangkan dengan cepat dan selamat.
♥  Walau apa juga suplemen yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga dan mengawal pemakanan seharian anda. Tidak boleh makan sesuka hati. Perlu kurangkan lemak dan minyak, rajin bersenam dan memperbanyakkan minum air masak.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Tuesday 10 February 2015

Minum Air Masak@Mineral@Kosong

Salam santai hujung minggu... ^_^

Ada kenalan-kenalan Che' Su tanya...

"Che' Su makan vitamin-vitamin tu tak jadi lapar ke? Tak jadi panas badan ke?"

Hihihihi... Almaklumla mereka tahu tang Che'Su ni kan jenis panas-panas baran ala-ala hot kevavom kan... ^_^

Prinsipnye senang je kan... Banyakkan sukatan pengambilan air masak@mineral@kosong setiap hari...


Letih kan kalau kat rumah@pejabat tu nak bangun duduk g ambil air.. Jauh plak tu dapur@pantry... Apa susah... Buat macam Che' Su...

Bawa la botol air ke sana-sini... Macam gini.


Kalau takut tetinggal-tetinggal, bawa ka botol air style bertali gini...

Make sure 1 botol 1liter tu habis sblm lunch. Pastu 1 botol 1liter lg habis sblm dinner. Cukup 2liter kan... Sblm tidur boleh minum lagi.. Snang kan... ^_^

Cuba lah... Cukup air dalam badan, barulah vitamin yang diambil boleh bertindak dengan maksimum dan berkesan. Xde la sibuk nak merungut lapar je.... Salahkan vitamin kata sebabkan lapar tu... Padahal air dlm badan da tersejat tu... Ok, yang ni cerita kat entry lain...

#tupperwarebrands
#Che'Susukamerah
#Sesekalisukepinkish

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Monday 2 February 2015

Petua Anak Kencing Malam

Hehehehe.. Macam haritu dah share entry ni kan.. Haaa... Haritu share pasal tips moden.. Kali ni Che' Su nak share petua koleksi dari Ensiklopedia Petua Melayu Lama... Sejauh mana keberkesanannya, Che' Su tak pasti la... Sebab Che' Su xpenah aplikasi pun.. Sebab Alhamdulillah anak-anak Che' Su tak bermasalah sangat bab ni... Tapi tak salah untuk mencuba kan.... ^_^


♥ Petua Melayu Untuk Bayi Kencing Malam

  • Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus dihirup. 
  • Amalkan di sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
♥ Petua Anak Kencing Malam
  • Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembkau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh. Kemuidan, letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

post signature