SILA KLIK SINI YER

Saturday 18 April 2015

Nutrisi : KALSIUM

Kalsium adalah mineral yang ditemui dalam sesetengah makanan. Badan memerlukan Kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat dan menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh. Hampir semua Kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekerasan mereka.

Badan juga memerlukan Kalsium untuk otot untuk bergerak dan saraf untuk membawa mesej di antara otak dan setiap bahagian badan. Di samping itu, Kalsium digunakan untuk membantu saluran darah mengerahkan darah di seluruh badan dan untuk membantu pembebasan hormon dan enzim yang melibatkan hampir setiap fungsi dalam badan manusia.




Makanan Apa Yang Menyediakan KALSIUM?

Kalsium ditemui dalam sesetengah makanan. Anda boleh mendapatkan jumlah KALSIUM yang disyorkan oleh makan pelbagai jenis makanan, termasuk yang berikut :

♦ Susu, Yogurt dan keju adalah makanan yang tinggi dengan Kalsium
♦ Bayam, brokoli, dan kubis cina adalah sumber sayuran Kalsium
♦ Ikan dengan tulang lembut yang anda makan, seperti sardin dalam tin dan ikan bilis mempunyai kandungan Kalsium
♦ Kebanyakan bijirian (seperti roti, mee adan pasta) mempunyai sedikit Kalsium
♦ Jus buah-buahan, minuman soya dan tauhu/tofu juga mengandungi Kalsium.
♦ Untuk mengetahui samada makanan itu mengandungi Kalsium, periksa label produk.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Tuesday 14 April 2015

Sukiyaki : Isteri Coordinator


Seawal pagi awak kelihatan sibuk. Menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Dari mengejut anak-anak bangun tidur, memandikan, memakaikan persalinan, menyuruh bersolat, menyediakan sarapan oagi. Anak bertiga termasuk bayi seusia 9 bulan. Kerenahnya bukan satu!

Sepahan mainan di lantai dicapai sedapatnya supaya tidak mencederakan sesiapa. Beg bekalan asuhan anak-anak dikemas serapinya, secukupnya supaya tiada yang keciciran. Bayinya disusukan sekenyangnya supaya tidak meragam...

Semuanya nampak pantas, sebabnya awak perlu ke tempat kerja seawalnya. Hari ini ada perkara penting yang perlu diuruskan. Berkaitan masa depan syarikat. Awak kan COORDINATOR katanya... Peluh mula merenik di dahi walaupun cuaca pagi ini kelihatannya dingin. Bahang stress mula terasa barangkali.

Tatkala anak-anak dan keadaan rumah kelihatan teratur, awak pantas mencapai tualauntuk bersiap. Siap berpersalinan seadanya, tiba-tiba awak ditahan si tangan gagah...

" Ayang bersiaplah perlahan-lahan... Bb uruskan anak-anak... Bb hantar anak-anak hari ini..."

#Speechless
#Meaningfull
#GreatestThingEver


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Friday 10 April 2015

TIPS : Waktu Terbaik Minum Air

Tahukah anda ?


Minum air pada masa yang betul akan memaksimumkan keberkesanannya pada tubuh badan kita.

♥ 2 gelas air selepas bangun tidur
  • dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman yang berehat semasa tidur yang panjang.

♥ 1 gelas air 30 minit sebelum makan
  • dapat membantu sistem penghadaman

♥ 1 gelas air sebelum mandi
  • membantu menurunkan tekanan darah

♥ 1 gelas air sebelum masuk tidur
  • dapat mengelakkan strok atau serangan jantung




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 post signature

Monday 6 April 2015

Men's Vital Health

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok, kelesuan dan banyak lagi. Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

♦ Mati pucuk
♦ Pembesaran prostat
♦ Kelesuan
♦ Kurang tenaga & stamina
♦ Rambut gugur dan berat berlebihan

Prigram Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Ia terdiri daripada :

♥ Shaklee Omega Guard
♥ Shaklee Vita E Complex
♥ Shaklee Zinc Complex

Antara kebaikan set ini :
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Mengurangkan keguguran rambut dan menyihatkan kulit
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung sihat
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Membakar lemak berlebihan
Pssttt... Yang pasti...



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Thursday 2 April 2015

Nasi Goreng

Sesiapa antara U olls yang makanan kegemarannya ialah Nasi Goreng? Bagi Che' Su, Nasi Goreng ni tak tahulah ak kategorikan sebagai makanan kegemaran atau tidak. Tapi yang pasti, setiap kali makan Nasi Goreng di kampung, tak pernah makan tak bertambah.

Tapi dalam banyak jenis Nasi Goreng (Nasi Goreng Kampung, China, Tom Yam, Seafood dll), Che' Su tak berapa nak telan sangat la Nasi Goreng berkicap. Ntah la ekh.. Hahahahahaha..

Yang pasti, ada satu kegemaran Che' Su semasa makan asi Goreng ni. Makan berulamkan Keropok Ikan. ^_^  Ada sesiapa yang seiringan dan seangkatan minat dengan Che' Su? Kalau ada, cara macam mana pulak gaya U olls makan dengan Keropok Ikan tu?

Che' Su suka makan dengan cara hancur-hancurkan keropok tu dan makan/gaul bersama Nasi Goreng tu... Nikmat... Ada kriuk-kriuk... ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

post signature