SILA KLIK SINI YER

Friday 18 July 2014

KALSIUM dan Zat Besi


Ramai orang yang mengambil Zat Besi adalah untuk mencegah ataupun merawat Anemia iaitu kekurangan darah merah dalam badan. Manakala Kalsium diambil adalah untuk membantu tumbesaran yang sihat dan kuat pada gigi dan tulang dalam badan kita.

Tahukah anda bahawa Kalsium tidak boleh diambil bersama zat besi pada satu-satu masa?
MENGAPA?

Kerana dengan pengambilan serentak Kalsium dan Zat Besi mengganggu penyerapan Zat Besi dalam usus kita. Penyerapan Zat Besi berlaku dalam usus kecil. Sel-sel yang dipanggil Enterocytes, iaitu garisan halus dlam usus akan menyerap Zat Besi dan memindahkan kepada aliran darah.

Menurut kajian, penyerapan Zat Besi akan menjadi tidak sempurna dan dianggarkan sebanyak 10%-15% sahaja Zat Besi akan masuk ke dlam saliran darah kita. Rugi kan.

Kalsium boleh mengganggu penyerapan Zat Besi samada dengan suplemen ataupun daripada pemakanan kita seharian. Dianggarkan gangguan penyerapan antara Kalsium dan Zat Besi boleh menyebabkan Kalsium berkurangan sebanyak 300mg!

Masa terbaik untuk pengambilan Zat Besi di waktu siang, manakala Kalsium di waktu malam sebelum masuk tidur. Sebabnya penyerapan Kalsium bergantung kepada kekerapan kita buang air. Pada waktu malam, kita akan kurang ke tandas, jadi tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak Kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada rasa cramp ataupun sengal-sengal dan badan rasa lebih ringan. Lebih mudah untuk bangun pagi.

Walaupun kita mengambil supplement Kalsium, namun jangan dilupkn nutrien daripada kumpulan-kumpulan makanan utama iaitu Karbohidrat, Protein, Buah-buahan, Sayur-sayuran dan sebagainya.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature

Wednesday 16 July 2014

KALSIUM dalam diet seharian


KALSIUM lagi?? Hihihih.. Che' Su memang pengamal tegar KALSIUM Shaklee ni.. OSTEMATRIX... Entry kali ni kiranya kesimpulan yang Che' Su dapati selama 5 tahun Che' Su amalkan OSTEMATRIX ni.

Secara amnya, KALSIUM bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan rentak jantung, menyelesaikan masalah insomia, membantu pengalizan gizi masuk dan keluar dari membran dan membantu pembekuan darah. KALSIUM juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf untuk dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix pula penting untuk metabolisme KALSIUM. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai menyebabkan migrain. Vitamin D pula penting untuk penyerapan KALSIUM. KALSIUM yang tidak mempunyai Vitamin D tidak mampu diserap keseluruhannya oleh tubuh, ini akan tertinggal seterusnya menyebabkan batu dalam ginjal atau pundi kencing yang menyebabkan batu karang.

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, pengambilan Ostematrix yang konsisten sangat membantu kita rasa lawas dan selesa. Ostematrix juga mampu memberikan tenaga dan memudahkan kita bangun dari tidur.

Dengan pengambilan KALSIUM yang mencukupi, tekanan darah berada tahap normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan KALSIUM yang mencukupi. Dengan KALSIUM yang cukup, kita tidak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Percaya atau tidak, Ostematrix antara vitamin yang membantu memperbanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu. Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu, ia antara vitamin yang dimasukkan dalam Pek 3M(Set Ibu Menyusu). Dalam Alfalfa turut ada mengandungi KALSIUM tetapi dalam nisbah yang sedikit.

Kelebihan OSTEMATRIX Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan Kalsium Karbonat, Kalsium Sitrat dan Kalsium Sitrat Malet disamping Magnesium dan Vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda mengambil Ostematrix secara konsisten.

Jika anda seorang yang berkerja dan sering keletihan, Ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat.

Jika anda seorang ibu mengandung, Ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan skit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusukan bayi, Ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik berserta dengan amalan prinsip penyusuan susu ibu.

Jika anda seorang wanita, Ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang. (Osteoperosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan Ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature

Monday 14 July 2014

10 Kebaikan KALSIUM


Biasanya bile sebut KALSIUM, pasti kita kaitkan dengan kekuatan tulang dan gigi. Namun sebaliknya, terlalu banyak fungsi KALSIUM kepada sistem badan kita.

KALSIUM merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan KALSIUM apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti Osteoperosis atau Osteopenia.


Menguatkan Tulang
KALSIUM menguatkn tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. KALSIUM membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti Artritis dan Osteoperosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan

Mencegah Obesiti
KALSIUM dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan KALSIUM dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan KALSIUM ke dalam aliran darah untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah KALSIUM yang betul, supaya obesiti tidak terjadi seterusnya menjejaskan kesihatan yang lain.

Melindungi Otot Jantung
Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah KALSIUMyang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan yang betul. KALSIUM juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda.

Mengelakkan Kenser Kolon
KALSIUM yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. KALSIUM yang berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan menyerap apa yang diperlukan. KALSIUM yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan.

Mencegah Blues Pra-Haid
Jumlah KALSIUM yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap KALSIUM yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

Mencegah Batu Karang
Batu karang sebenarnya deposit terhablur KALSIUM dan lain-lain mineral dalam saluran kencing manusia. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan KALSIUM yang berlebihan menyebabkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan KALSIUM diet tinggi mengurangkan pembentukan batu karang terebut. Kekurangan pengambilan air boleh menjadi punca besar untuk terjadinya batu karang.

Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
Makanan ringan, gula yang berlebihan dan makanan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. KALSIUM membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

Kawalan Tekanan Darah
Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegeterian dengan jumlah yang tinggi dengan KALSIUM, Magnesium dan Kalium serta Serat akan mengurangkan tekanan darah. Kemudian diet tersebut diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan KALSIUM. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan KALSIUM menyebabkan tekanan darah menurun.



Mengekalkan Gigi dan Gusi Yang Sihat
KALSIUM melindungi gigi dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya dengan KALSIUM dengan teratur. Pengambilan KALSIUM seharusnya tinggi terutama di usia muda.

Membantu Pengangkutan Nutrien
KALSIUM membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature

Sunday 13 July 2014

Anniversary

Tanggal 13hb Julai 2007 sah kami dalam ikatan pernikahan. Di tahun 2014 ini genap 7 tahun kami berkasih sayang dalam ikatan keramat ni. Selamat Ulangtahun Perkahwinan sayangku Fairuz-Al-Azham.

Suamiku, isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para Sahabat.

Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yabg mengguris perasaan terlalu mudah terluahkan dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga.

Wahai suamiku, di hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-7 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segalanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita..
,





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature


Saturday 12 July 2014

Kurangkan Kompilasi Meneran Semasa Proses Bersalin - Kepentingan KALSIUM untuk Wanita Hamil


Nak sharing petikan dari akhbar KOSMO

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli


Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium


Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Sumber KALSIUM pilihan Che' Su? Mestilah OSTEMATRIX Shaklee. Fungsi Utamanya :-

  • Membantu mengurangkan risiko Osteoperosis
  • Membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
  • Mengurangkan simpton PMS (senggugut)

Kandungan Dalam OSTEMATRIX Shaklee :-
  • 1000 mg unsur KALSIUM daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap
  • 400 mg MAGNESIUM bergabung dengan KALSIUM untuk kekuatan tulang
  • 400 IU VITAMIN D untuk membantu penyerapan KALSIUM
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Wednesday 9 July 2014

Jerawat vs Nutriwhite Shaklee

JERAWAT??? Adoiyaii !!! (sila baca dengan nada stress hokay... baru drama ^_^)


 Da hampir setahun tak nampak kejadian ni (Jerawat). Tapi sejak seminggu selepas kehabisan stok N ni, rajin plak kejadian ni timbul tenggelam di wajah nan mulus Che' Su ni... huhuhuhu (sila nangis...) Tangan ni pulak agak gatal bila terdapat kejadian aneh-aneh di wajah nan mulus Che' Su ni...

Meroyan kan korang baca statement Che' Su atas tu... heheheh... Pe kejadahnya N tu kan... Itu lah Deep Clensing Foam Nutriwhite.



Da hampir setahun Che' Su guna. Memang puas hati dan sangat berkesan. Berkesan tang mana? Berkesan tang membersihkan segala jenis kotoran kat muka walaupun Che' Su pakai make up tebal, cuci sekali jek dah hilang, xperlu make up remover sebelum cuci pun boleh. Dulu, Che' Su ni kalau pakai make up tebal sket, kalau setakat cuci muka sekali sahaja, esok hari confirm2 naik jerawat. Selain tu, sekali cuci, dengan kulit mati sekali dia bersihkan. Sebabnya, jeragat yang dulu agak angkuh di wajah Che' Su ni, mulai pudar, lagi best white head kat hidung pun da xde. (serius, dulu tiap kali garu-garu hidung dengan kuku, confirm dapat 'nasi'.)

Apa lagi yang best terjadi pada Che' Su sejak pakai Nutriwhite? Sekarang warna kulit muka Che' Su pun da sekata. Xde lagi berbelang akibat pakai tudung. Sebabnya Nutriwhite ni mengandungi rumpai laut yang berfungsi membuang kotoran dan kulit mati, so kita akan dapat kulit yang lebih segar dan lembab setiap hari. Tambahan lagi Che' Su pakai Deep Clensing Foam Nutriwhite ni dengan Ultimate Protection Whitening Lotion Nutriwhite tu. (yang ni Che' Su cerita kat entry lain yek ^_^)

Extra bonus best pakai Deep Clensing Foam Nutriwhite ni ialah ia sangat menjimatkan.. ^_^. Horayyyy ini sangat disukai ... Picitkan sikit jek, memadai untuk pembersihan maksimum. Che' Su cuci muka guna Deep Clensing Foam Nutriwhite ni 2x sehari, kalau extra make up, cuci muka 3x sehari. Tahan untuk 1 tahun.. Kan sangat berbaloii tu... ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

  post signature

Tuesday 8 July 2014

Diluar Jangkaan

Assalamualaikum... Saya dengan ini berbesar hati ingin mengumumkan kelahiran bayi keluarga Azsana yang ke-3....

Lahir pada 8hb Julai 2014 walaupun EDD suppose 19hb Julai 2014. ^_^
Baby saje tau nak suh Ibu ni 'bayo' puasa   tahun ni banyak2...



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature

Monday 7 July 2014

Kekal Cergas Bertenaga Dalam Bulan Ramadhan

Dah masuk bulan puasa kan... Rasanya semua orang tahu Shaklee ada menyediakan Set yang sangat bersesuaian untuk kita kekal cergas bertenaga sepanjang ibadah puasa ni. Bagi mereka yang gastrik, anak-anak yang baru mula nak belajar berpuasa, dengan pengambilan Set ini anda pasti akan kekal cergas dan bertenaga hingga ke patang. Insya Allah dengan izin-Nya. Set ini juga sangat sesuai bagi ibu-ibu hamil dan ibu menyusu. Set yang Che' Su maksudkan ni ialah

MIGHTY TRIPPLE GEM SET


Apa yang ada dalam set ini? Dah nama pun tripple kan, mestilah ada 3 barang ^_^.

MEALSHAKE
Berfungsi membekalkan multivitamin yang diperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan Vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta tulang dan gigi yang sihat. Juga sebagai milk booster bagi ibu menyusu.

PERFORMANCE DRINK
Minuman isotonik semulajadi yang rendah sodium dan gula. Berfungsi mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penghidratan. Juga mampu mengekaljan kelembapan kulit

ESP
Membekalkan tenaga yang berpanjangan. Mampu mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Sebagai milk booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan dan melembapkan kulit. Diperkaya dengan Kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi ESP mengurangkan risiko serangan gastrik ketika berpuasa.

Yang bestnya Set MIGHTY TRIPPLE GEM ni juga rendah glisemik, sodium dan kolesterol membuatkan set ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat sesuai dinikmti di kala anda terlambat bangun untu makan sahur.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Friday 4 July 2014

Ramadhan Karem

Hai.. Hai.. Hai... Macam lama xbersiaran kan... Dah pun masuk Ramadhan... Rasanya masih belum terlewat Che' Su nak ucap Salam Ramadhan pada kalian...


Dijangkakan Che' Su akan deliver baby pertengahan Ramadhan ni... Harap-harap semuanya berjalan lancar.. U olls pun kalau xde keuzuran tu xpayah la ponteng2 puase ye... ^_^


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature