SILA KLIK SINI YER

Friday 22 May 2015

I Choose!


Kalau U olls baca quote atas tu U olls akan fikir apa pada mereka yang up quote ni di dinding-dinding muka buku mereka? Positif atau negatif?

Being POSITIVE please.... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Friday 1 May 2015

I decide!

 Hahahah.. tajuk macam motivation sangat kan... Sebenarnya motivation la untuk Che' Su kut... Tiga empat bulan kebelakangan ni Che' Su asyik bg entry pasal nutrition jek kan.. Sebenarnya Che' Su agak stress. Kenapa? Ingat senang ke nak cite pasal nutrition ni sedangkan awak bukan la ada latar belakang berkenaaan pun kan... Tu yang nak publish entry tunggu bertahun-tahun... Jadinya setelah bernuhasabah, mendapatkan khidmat nasihat mentor (percayalah memang Che' Su ada mentor ^_^) makanya Che' Su DECIDE untuk mengklasifikasikan blog Che'Su ni sebagai blog suka-suki.. Hihihihi.. Apa yang Che' Su rasa nak update, Che' Su akan update. Bukan semata-mata pasal nutrition.


Namun hakikatnya Che' Su masih menjual suplement kesihatan berjenama SHAKLEE yang Che' Su
sendiri amalkan dan yakini.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Saturday 18 April 2015

Nutrisi : KALSIUM

Kalsium adalah mineral yang ditemui dalam sesetengah makanan. Badan memerlukan Kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat dan menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh. Hampir semua Kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekerasan mereka.

Badan juga memerlukan Kalsium untuk otot untuk bergerak dan saraf untuk membawa mesej di antara otak dan setiap bahagian badan. Di samping itu, Kalsium digunakan untuk membantu saluran darah mengerahkan darah di seluruh badan dan untuk membantu pembebasan hormon dan enzim yang melibatkan hampir setiap fungsi dalam badan manusia.




Makanan Apa Yang Menyediakan KALSIUM?

Kalsium ditemui dalam sesetengah makanan. Anda boleh mendapatkan jumlah KALSIUM yang disyorkan oleh makan pelbagai jenis makanan, termasuk yang berikut :

♦ Susu, Yogurt dan keju adalah makanan yang tinggi dengan Kalsium
♦ Bayam, brokoli, dan kubis cina adalah sumber sayuran Kalsium
♦ Ikan dengan tulang lembut yang anda makan, seperti sardin dalam tin dan ikan bilis mempunyai kandungan Kalsium
♦ Kebanyakan bijirian (seperti roti, mee adan pasta) mempunyai sedikit Kalsium
♦ Jus buah-buahan, minuman soya dan tauhu/tofu juga mengandungi Kalsium.
♦ Untuk mengetahui samada makanan itu mengandungi Kalsium, periksa label produk.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Tuesday 14 April 2015

Sukiyaki : Isteri Coordinator


Seawal pagi awak kelihatan sibuk. Menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Dari mengejut anak-anak bangun tidur, memandikan, memakaikan persalinan, menyuruh bersolat, menyediakan sarapan oagi. Anak bertiga termasuk bayi seusia 9 bulan. Kerenahnya bukan satu!

Sepahan mainan di lantai dicapai sedapatnya supaya tidak mencederakan sesiapa. Beg bekalan asuhan anak-anak dikemas serapinya, secukupnya supaya tiada yang keciciran. Bayinya disusukan sekenyangnya supaya tidak meragam...

Semuanya nampak pantas, sebabnya awak perlu ke tempat kerja seawalnya. Hari ini ada perkara penting yang perlu diuruskan. Berkaitan masa depan syarikat. Awak kan COORDINATOR katanya... Peluh mula merenik di dahi walaupun cuaca pagi ini kelihatannya dingin. Bahang stress mula terasa barangkali.

Tatkala anak-anak dan keadaan rumah kelihatan teratur, awak pantas mencapai tualauntuk bersiap. Siap berpersalinan seadanya, tiba-tiba awak ditahan si tangan gagah...

" Ayang bersiaplah perlahan-lahan... Bb uruskan anak-anak... Bb hantar anak-anak hari ini..."

#Speechless
#Meaningfull
#GreatestThingEver


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Friday 10 April 2015

TIPS : Waktu Terbaik Minum Air

Tahukah anda ?


Minum air pada masa yang betul akan memaksimumkan keberkesanannya pada tubuh badan kita.

♥ 2 gelas air selepas bangun tidur
  • dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman yang berehat semasa tidur yang panjang.

♥ 1 gelas air 30 minit sebelum makan
  • dapat membantu sistem penghadaman

♥ 1 gelas air sebelum mandi
  • membantu menurunkan tekanan darah

♥ 1 gelas air sebelum masuk tidur
  • dapat mengelakkan strok atau serangan jantung




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 post signature

Monday 6 April 2015

Men's Vital Health

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok, kelesuan dan banyak lagi. Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

♦ Mati pucuk
♦ Pembesaran prostat
♦ Kelesuan
♦ Kurang tenaga & stamina
♦ Rambut gugur dan berat berlebihan

Prigram Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Ia terdiri daripada :

♥ Shaklee Omega Guard
♥ Shaklee Vita E Complex
♥ Shaklee Zinc Complex

Antara kebaikan set ini :
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Mengurangkan keguguran rambut dan menyihatkan kulit
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung sihat
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Membakar lemak berlebihan
Pssttt... Yang pasti...



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Thursday 2 April 2015

Nasi Goreng

Sesiapa antara U olls yang makanan kegemarannya ialah Nasi Goreng? Bagi Che' Su, Nasi Goreng ni tak tahulah ak kategorikan sebagai makanan kegemaran atau tidak. Tapi yang pasti, setiap kali makan Nasi Goreng di kampung, tak pernah makan tak bertambah.

Tapi dalam banyak jenis Nasi Goreng (Nasi Goreng Kampung, China, Tom Yam, Seafood dll), Che' Su tak berapa nak telan sangat la Nasi Goreng berkicap. Ntah la ekh.. Hahahahahaha..

Yang pasti, ada satu kegemaran Che' Su semasa makan asi Goreng ni. Makan berulamkan Keropok Ikan. ^_^  Ada sesiapa yang seiringan dan seangkatan minat dengan Che' Su? Kalau ada, cara macam mana pulak gaya U olls makan dengan Keropok Ikan tu?

Che' Su suka makan dengan cara hancur-hancurkan keropok tu dan makan/gaul bersama Nasi Goreng tu... Nikmat... Ada kriuk-kriuk... ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

post signature

Saturday 28 March 2015

TIPS : Atasi Bengkak Susu

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ni, Che' Su rasa dia sangat beruntung.. Sebabnya dia memiliki susu badan yang banyak. Seharusnya mampu memberikan anaknya susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun.. Syukur lah.. Bagi Che' Su, keadaan bengkak susu ni berlaku samasa dalam pantang atau sebulan dua selepas proses berpantang.. Sebenarnya, walaupun ianya dilihat sebagai satu kesakitan, tapi ianya satu kelebihan bagi seorang bergelar ibu... ^_^

♥ Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

♥ Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilakn pada waktu tengah malam hingga subuh.

♥ Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar hingga areola menjadi lembut.
  • Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendiriny dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihhan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Menyikat payudara yang bengkak. (menyikat menghala ke puting)
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukan tetapi tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering
  • Ambil cuka makan dan campurkan dengan air dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payudara. Jangan sampai terkena bahagian puting (areola). Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  • Ambil beberapa helai daun sireh dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan daun. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payudara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  • Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Sunday 22 March 2015

5 Jenis Sarapan Yang Mengenyangkan

Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?

Telur 
 

  • Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan.
  • Ini kerana anda telah mendapatkan jumlah protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar.
  • Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.

Gandum
  • Hanya dengan setengah cawan gandum dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dalam jangkamasa 4-6 jam.

Sayur-sayuran (Sup Sayur)
  • Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untk berasa cepat kenyang. 
  • Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Buah-buahan
  • Sekiranya anda seorang yang sukar untuk mengambil sarapan, hanya dengan memakan sebiji epal dapat membantu anda untuk memberikan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.

Kekacang
  • Kandungan kacang yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Friday 20 March 2015

TIPS : 7 Tips ketika DIET

Tip-tip yang disenaraikan di bawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisme, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

Menambah Karbo Selepas Senaman

  • perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo di dalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
Jangan Tidur Ketika Lapar
  • Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protein adalah terbaik untuk anda.
Lengkapkan Dengan Protein
  • Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protein akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya. Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.
Jadualkan 'Cheat Day'
  • Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang terbaik. Satu persepsi yang tidak betul. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari seminggu untuk 'Cheat Day' dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
Saratkan Dengan Serat
  • Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda akan memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum putih.
Kawal Pengambilan Minuman
  • Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira. Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)
  • Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang mengannggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusun ketika dalm usaha menurunkan bera badat tetapi hakikatnya adalah sebaliknya? Cuma pastian anda memilih dari variasi rendah lemak.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

post signature

Wednesday 18 March 2015

Craft : DIY shape pinguin

Sebenar-benarnya kan Che' Su ni lebih berbakat pada bidang seni tau.. Huhuhuh.. Ini kalau menurut kebanyakan pakar-pakar motivasi la... Kalau ikut tarikh lahir, ikut turutan anak ke berapa, horoskop la bagai-bagai tu la... Takde la Che' Su ni percaya 100% tapi, macam ada kebetulan di situ... Kebetulan juga, Che' Su pun memang minat bab-bab seni ni... Hihihhi...

Sebenarnya aktiviti kraft macamni memang baik untuk perkembangan otak kan... Korang pun mesti da banyak baca info pasal latih moto skill anak dan bagai-bagai tu kan... Macam Che' Su akan berusaha bagi anak-anak Che' Su buat aktiviti fizikal setiap hari. Maksud bukan bermain game, ipad, & gadget yang bagai-bagai tu. Tak kira la diorang main bola kat luar rumah ke, atau aktiviti dalam rumah macam ni la... Buat kraftangan. Kraftangan ni bukan la Che' Su ajar buat anyam tikar ke, anyam bakul ke... Haiiiiihh...

Kali ni aktiviti membuat Penguin dari bentuk-bentuk. Aktiviti utama ialah

Gunting - Tampal - Imagine

Gunting - melatih motor pergarakan supaya tangan/jari lebih fleksible, makanya anak-anak mudah menulis dengan cantik.

Tampal - melatih anak menyukat keperluan & berfikir lebih

Imagine - melatih anak berfikir cepat, mencari penyelesaian & berimaginasi


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Monday 16 March 2015

TIPS DIET: Limau Nipis Suam

Segelas Limau Nipis / Lemon Suam (kurang gula/tanpa gula) setiap hari adalah amat berguna untuk kesihatan badan kita. Mengapa kita digalakkan minum Limau Nipis Suam?


♥ Meningkatkan Sistem Imun

  • Limau nipis / lemon mempunyai Vitamin C dan Kalium yang tinggi. 
  • Vitamin C yang tinggi dapat melawan selsema dan Kalium merangsang fungsi otak dan saraf.

♥ Mengimbangkan pH
  • Lemon adalah makanan yang sangat beralkali. Meraka adalah berasid sendiri, tetapi di dalam badan kita mereka beralkali (asid sitrik hilang keasidan dalam badan setelah dimetabolismekan).
  • Untuk pengetahuan anda, badan yang beralkali adalah benar-benar kunci kepada kesihatan yang baik.

♥ Membantu Dengan Penurunan Berat Badan
  • Limau nipis /Lemon adalah tinggi kandungan serat pektin, yang membantu mengurangkan rasa lapar.
  • Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengekalkan diet yang lebih alkali kehilangan berat badan lebih cepat.

♥ Membantu Penghadaman
  • Air suam berfungsi untuk meransang saluran gastrousus dan peristalsis (gelombang pengecutan otot dalam dinding usus).
  • Lemon/ limau juga tinggi dengan mineral dan vitamin dan membantu menyingkirkan toksin dalam saluran penghadaman.

♥ Bertindak Sebagai Diuretik Semulajadi Yang Lembut
  • Jus lemon membantu mengepam keluar bahan-bahan yang tidak diingini kerana lemon/limau meningkatkan kadar kencing seseorang.
  • Oleh itu, toksin dikeluarkan pada kadar lebih cepat dan membantu menjaga saluran kencing anda lebih sihat.

♥ Membantu mengurangkan kahak dalam badan dan menurunkan tekanan darah.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

Saturday 14 March 2015

Detox dengan Herb-Lax

Entry kali ni Che' Su nak cerita mengenai Herb-Lax salah satu dari supplemen yang Che' Su ada ambil. Herb-Lax ini lebih dikenali sebagai detoks.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala tksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien samada dari sumber makanan atau suplemen pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum pengambilan sebarang vitamin atau suplemen supaya mempercepat tindak balas pada tubuh seseorang.

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi.

 Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti sesuai dan diperlukan oleh tubuh kita untuk kesan jangka panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan Peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan Peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

♥ Kelebihan & Kebaikan Herb-Lax

  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu menyelesaikan masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

♥ Siapa yang perlu amalkan Herb-Lax?
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • Mereka yang banyak jerawat
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen

♥ Selepas badan dah menjalani proses Detoksifikasi, usus akan lebih bersih dan sihat. Kadar penyerapan akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah 'rumah' penyakit, Usus pula dianggap sebagai 'bilik' penyakit. Bila usus sihat, penyakit tidaklah nak berumahtangga. ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Tuesday 10 March 2015

Testimoni: Cool Hijab

Sebenarnya Che' Su terpanggil nak buat testimoni ni.. Saje nak bantu kawan-kawan... Che' Su masih setia dengan Shaklee ye kawan-kawan.. ^_^

Tergoda dengan entry di Facebook seorang sahabat. Tujuh Dayang. Pastu dia link kepada sahabatnya HaneefaRes.Che' Su sebenarnya tertarik dengan antara kebaikan tentang Melegekan Sakit Kepala/Migrain & Memberi kesegaran minda. Almaklumlah sejak kebelakangan ni migrain Che' Su macam aca-aca bak nak balik semula.. Mungkin faktor cuaca. Che' Su alah dengan kepanasan sikit..

Malam tu juga Che' Su beli, bank-in duit & the next day dapat barang... Yeayyy... Ermm.. Alhamdulillah... Bagus service dia..



Pertama kali guna lepas balik keje, mandi & Cool Hijab apply kat kepala... 1st feeling mmg NYAMAN..Ala-ala macamminyak angin... tapi bau dia WANGI... Terasa macam haba-haba dari kepala tu ditarik-tarik keluar.. LEGA... Tido malam pun LENA.. Alhamdulillah..

Keesokan hari pergi kerja Che' Su xsempat apply.. Tapi sampai masa balik pun kepala still rasa ringan.. Wangi lagi... 2 hari tak cuci kepala/rambut, masih rasa SELESA. Selepas 2 hari tu, sblh petang Che' Su cuci kepala/rambut. Kemudian keesokan hari pergi kerja, apply CoolHijab sebelum pakai tudung... Sangat SELESA.. Pakai Pashima shawl yang tebal tu pun xde rasa rimas dan sentiasa dingin... Sebab selalunya kalau Che' Su pakai Pashima Shawl ni, dalam cuaca yang agak panas ni, Che' Su mudah rasa mengantuk menjelang tangah hari waktu matahari terpacak di atas kepala ni. Tapi dengan CoolHijab ni Alhamdulillah SEGAR jek sampai petang...

Kesan lain?
  • Rambut Gugur - sebenarnya Che Su dah kurang masalah ni sejak amal SHAKLEE, tapi dengan apply CoolHijab dari luaran ni kira membantu lagi la..
  • Kepala Terasa Panas - CoolHijab totally membantu dalam masalah ni.
  • Kelemumur - Alhamdulillah Che' Su kurang masalah ni. Kiranya pakai Cool Hijab ni mencegah terus kut..
  • Rambut bercabang - Alhamdulillah Che' Su tiada masalah ni. Kiranya pakai Cool Hijab ni mencegah terus kut..
  • Rambut nampak kering - Protein SHAKLEE membuatkan rambut Che Su lebih tebal. CoolHijab membantu membuat rambut yang penuh tu jadi tidak mengerbang.
  • Rambut Berbau Hapak - CoolHijab totally membantu sebab kesan berangin tu menyebabkan kulit kepala kurang berpeluh.
  • Kepala Migrain - CoolHijab memberikan sensari DINGIN pada kepala seterusnya mengurangkan kepanasan HABA yang sebabkan Migrain .
  • Gatal Kulit Kepala - CoolHijab memberikan sensari DINGIN pada kepala seterusnya mengurangkan kulit kepala berpeluh yang menyebabkan kegatalan. 

Sekian testimoni Che' Su. Kengkawan yang nak cuba boleh la roger-roger sahabat saya.
 ♥ Tujuh Dayang
 ♥ Haneefa Res

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

Friday 6 March 2015

VITA-LEA transform

PELIK tapi BENAR.... ^_^

Korang nampak pil VITA-LEA yang besar gedabak tu berwarna hijau pekat kan.. kan..


Tapi cuba korbankan sebiji buat eksperimen, letak dalam segelas air.
Tak sampai 5minit ia akan larut dan air takkan berubah warna hijau walaupun pil itu pada mulanya berwarna hijau. Tapi air putih bertukar sarat dengan warna asli larutan mineral dan vitamin dalamnya.



Korbankan lagi sebiji, patahkan dua VITA-LEA (tengok gambar keratan rentas), lihat biji-biji putih kecil tu. Itu adalah bijian kanji yang apabila terlarut dalam air, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang 'terikat' di dalamnya.

FAKTA MENARIK

  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai VITA-LEA
  • VITA-LEA dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut Explore Tab.
  • Exlo-Tab ialah teknologi yang membolehkan VITA-LEA kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan dan kemudian dengan cepat ia akan 'meledak' untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (penyerapan segera)
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal. Ujian klinikal telah membuktikan pemngambilan VITA-LEA Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
  • Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

#MultivitaminTerhebat


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^ 

Suhana Simma 
♥ SID 916273 
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583 
♥ Email : suazham@yahoo.com 
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/ 
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
post signature

Wednesday 4 March 2015

Abalong @ Anak Sulung

4.45 a.m

Ibu terjaga serasa ada yang mengecup dahi...
Abalong : Ibu....kiki emoticon
Ibu : Nape sayang?
Abalong : Along sayang Ibu...
Ibu : Ibu sayang Along, Sayang Kak Ngah, Sayang Baby Aisyah
Abalong : Along nak buat homework.
Ibu : Jom
Abalong : Xpe ibu tidur la lagi. Langit pun gelap lagi tu. Nanti Along siap, Along kejut Ibu check.
Ibu : :')


 ‪#‎MyLittleCaliph‬

post signature

Saturday 28 February 2015

Jadual Pemakanan Diet Shaklee

Bagi mereka-mereka yang serius nak kurus, faktor pemakanan memang kene jaga betul-betul.. Tidak makan semata-mata bukan tiket utama untuk memastikan keberjayaan usaha kalian untuk kurus tau... Silap-silap makin naik pulak berat badan tu... Paling ideal kalian kene makan 5 kali sehari... Haaaa.. kan.. dengar macam seram jek kan... Sebab tu kene belajar... Bukan nak kurus tu main taram semacam jek... Ok part tu Che' Su da cerita kat SINI.

Entry kali ni Che' SU nak cerita jadual pemakanan bagi yang mengambil Set Kurus Shaklee. Ada panduan dia... Bukan makan ikut sempat ye... Nanti bila supplemen xberi kesan, awak nak marah pulak kan... Meh check cara awak makan tu betul ke idok... ^_^

♥ Bangun tidur

  • minum segelas air masak kerana air masak dapat melancarkan sistem pencernaan anda di waktu pagi.

♥ Sebelum Sarapan Pagi
  • Anda boleh menikmati segelas ESP yang boleh dibancuh dengan minumam kegemaran anda seperti Jus, Susu, Horliks dan sebagainya. Pastikan bukan kafien ye...

♥ Sebelum Makan Tengah Hari
  • Ambil sebiji Omega Guard bersama 2 keping biskut. Sebagai alas perut.

♥ Selepas Lunch
  • 3 biji Lecithin dan 3 biji Alfalfa serta kurangkan pengambilan nasi.Pengambilan ESP & Omega sebelum ini telah membuatkan anda berasa kenyang dan membolehkan anda makan dengan kuantiti yang sedikit. 
  • Jangan skip makan semata-mata untuk diet ekstrem kerana tubuh anda memerlukan karbohidrat juga supaya tidak letih dan menyebabkan gastrik

♥ Minum Petang
  • Boleh ambil segelas air/jus dan juga beberapa keping roti.

♥ Sebelum makan malam
  • Ambil 1 biji Omega Guard bersama segelas air masak. Ini membantu anda untuk mengawal sukatan makanan di waktu malam

♥ Makan Malam
  • 3 biji Lecithin dan 3 biji ALfalfa selepas anda selesai menikmati makan malam. 
  • Ini dapat menghalang kolesterol dan lemak dari makanan yang diambil terkumpul di dalam usus dan saluran darah.

♥♥ Adalah penting untuk memastikan anda mengambil air asak dalam sukatan 8 gelas atau 3 liter sehari. Ini bagi memastikan cuplemen yang diambil mampu memberikan kesan maksimum .

♥♥ Jadual yang Che' Su bagi ni berdasarkan pengambilan keseluruhan Set Kurus Shaklee ye..  Tak semua orang perlu untuk pengambilan kesemua suplemen yang Che' SU sebut kat atas tu...

♥♥ Detail, PM Che' Su... ^_^


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature