SILA KLIK SINI YER

Saturday 31 May 2014

Jiran Saya Awesome!!!

Sempena penghujung bulan Mei ni, nk post la entry ni... Berkenaan Hari Ulangtahu Kelahiran Che' Su... Huhuhuhuhu... saya maluu... ^_^

Entry kali ni bukan nak cite pasal apa-apa yang hebat pun pasal Che' Su kan, itu RIAK namanya... Tapi nak cite pasal betapa sportingnya jiran-jiran Che' Su ni. Jiran lama Che' Su pun best gak tau... Sbb setiap kali adanya Ulangtahun sesiapa akan disambut. Tapi xde la party bagai kan.. Sekadar makan-makan... Masak pun ala-ala gotong royong walaupun kami xmasak bersama-sama, tapi ala-ala port luck macamtu...

Sebenarnya acara ni bukanlah semata-mata nk celebrate birthday, lebih kepada ukhwah... Almaklum lah kami masing-masing berkerja, (penghuluwati jek yg mem besar ^_^) so bila masa sangat kami nak beramah mesra sangat kan... Dengan ada acara macamni, baru lah boleh borak panjang, macam-macam gossip boleh share... Serius, sampai terlupa jam dah larut malam...

Iye la kan... Kita ni hidup bermasyarakat... Susah senang, sakit pening kita, sedikit sebanyak perlu gak bantuan jiran tetangga kan... Dalam Islam pun peranan jiran ni di sebut dalam Al-Quran
Allah swt telah berfirman :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Sekian saja Che' Su nak bebel... Jom layan gambar sekitar Majlis Che' Su ni.... ^_^

1st mestilah gambar menu kan... Menu of The Day is...... MEE KARI..... And fews yang U olls boleh nampak tu kan... Nugget jek dah licin dek budak-budak kan... ^_^
Ada mee Siput/Sanggul lagi tau... Mak Buyung teringin katanya... Thanks...

 Our little youngest princess.... Iris Sofia.... So cute... macam mama dia katanya... ^_^

 Ini lah 'Geng Bini2 Vouge Nibong'.... Tu tudung color purple tu Penghuluwati.... ^_^

 Antara gamba kaum bapa yang sempat di snap. Kaum bapa duk luar, kaum ibu xsempat nk tengok, banyak sangat isu nk bincang... Keh keh keh... Anyway, thanks for support...

 Tengok betapa beruntungnya Che' Su a.k.a Birthday Lady malam tu... Sampai 2 biji kek.. Yang penting licin.... ^_^

 Ni tak tahu apa klasifikasi gamba mek ni dan anak daranya... Smile... ^_^

Si penglipurlara.... Terpegun dan terpaku semua mendengar... Sampai tertidur... Kan da kata xcukup satu malam.... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Friday 30 May 2014

Tips : Atasi Rasa Mengantuk Selepas Makan

Saja nak publish entry ni waktu tengah hari macamni... Sebab macam sesuai la kan... Lepas makan tengah hari, biasa sangat la U olls cakap gini.... " Perut da Kenyang... Ngantukkkk....." ^_^


Meh baca sket tips ^_^

Banyakkan bergerak 


  • Duduk terlalu lama depan komputer akan mengakibatkan ngantukyang berlebihan sekiranya perut kenyang
  • Jalan secara cepat @ lebih baik menaiki tangga (2@3tingkat) hingga terasa degupan jantung menjadi pantas
  • Jika tidak, lakukan sedikit senaman regangan 

Minum Air Kosong

  • Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, ia menandakan kita dahaga & badan kekurangan air selepas makan 
  • Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Petanda tubuh kita memerlukan air bukan sekadar dahaga, rasa lapar juga disebabkan oleh kekurangan bekalan air dalam tubuh

Tidur Sekejap Selama 10-15 minit

  • kajian menunjukkan tidur sekejap bukan sahaja boleh mengatasi masalah mengantuk waktu petang, tetapi membuat kita segar & mampu memberi tumpuan lebih baik

Makan Dalam Kuantiti Sedikit
  • Samada sarapan, makan tengahari atau makan malam, usah makan terlalu kenyang
  • Jika makan terlalu banyak, lebih banyak tenaga diperlukan untuk pencernaan bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus & bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini punca mengantuk 
  • Makan sedikit tetapi kerap mampu membekalkan tenaga berterusan & membantu usus berkerja dengan lebih baik

Pilih Sumber Makanan Berlainan
  • Bawa snek seperti biskut kraker rendah lemak kerana mengandungi karbohidrat yang mudah diproses & membekalkan tenga segera.
  • Buah-buahan juga bagus sebagai snek untuk menghilang rasa mengantuk

Jangan makan gula-gula @ Minuman manis 
  • Kajian menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuat kita berjaga

** Pada Che' Su, tips No.3 tu paling berkesan.. Memang terbaikkk... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

Wednesday 28 May 2014

Susu Ibu VS Susu Formula

Entry kali ni nak buat perbandingan Susu Ibu & Susu Formula

Kebaikan Susu Ibu :

  • Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandungi enzim pencerna lemak
  • Mengandungi Lactoferin (baik untuk usus), Lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak
  • Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak) dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus
  • Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi)
  • Mengandungi zat besi, zink dan kalsium, (zat besi mampu diserap sekitar 50%-75%) juga mengandungi antioksidan
  • Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin
  • Rasa susu ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu 

Kebaikan Susu Formula :

  • Mudah - sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan / pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu
  • Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama & kurang aktif
  • Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri
Kebaikan susu ibu kelihatan lebih banyak berbanding susu formula. Namun penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah ABC, tetapi tidaklah menyusahkan dan memudaratkan si ibu. Anda silap jika anda rasa tidak memerlukan apa-apa persediaan. Tidak semua orang mempunyai fitrah ini an mampu menghasilkan susu melimpah ruah. 

Cabaran Menyusukan Susu Ibu :
                                  
  • Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih belum pandai untuk menyusukan (lacth-on pain) - namun masalah ini boleh diatasi dengan mendapatkan pertolongan daripada pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan
  • Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah dihadam. Mengurangkan risiko jaundis
  • Lebih komitmen buat si ibu - perlu kerap menyusu / pam payudara untuk membuat stok perahan - namun akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
  • Ibu perlu mengawal kondisi kesihatan 
Cabaran Memberikan Susu Formula :

  • Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi
  • Keselamatan produk tersebut
  • Susu formula berjenama & berkualiti agak mahal
  • Kurang antibodi
  • Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu memilih untuk menentukan nutrisi yang bersesuai ikut umur bayi
  • Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi

Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing. Mungkin anda boleh jadikan panduan untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang terbaik untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Pilihan Che' Su? Semestinya Penyusuan Susu Ibu!!! ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Tuesday 27 May 2014

Susu Ibu Makanan Awal Terbaik Bayi!!


Terpanggil untuk menulis semula Artikel ni... Seriously, dulu Che' Su sangat obses apa saja artikel@buku etc yang berkenaan susu ibu. Almaklumlah masa tu mmg sangat tinggi cita-cita untuk menyusukan anak-anak Che' Su dengan susu ibu sampai 2 tahun. Alhamdulillah, anak sulung Muhammad Adam Syahmi Che' Su berjaya menyusukan dengan susu ibu sampai umur dia 1tahun 10 bulan (sangat struggle masa ni, sbb Che' Su mmg ZERO ilmu tentang BF ni. Lepas berpantang baru sibuk belajar semua). So, artikel ni salah satu artikel yang doluu-doluu Che' Su print out buat rujukan.. Tak ingat dari mana sumber... Pada sesiapa yang rasa penulis asal artikel ini, Che' Su nk ucap terima kasih banyak-banyak... If nak suruh Che' Su promote awak, boleh PM Che' Su.... ^_^

Susu Ibu merupakan anugerah dari Ilahi yang sangat tidak ternilai bagi setiap titisannya. Setiap bayi selayaknya berhak untuk mendapatkan khasiat susu dari ibunya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu berusaha memastikan bayi kita mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pemberian susu ibu. - Kalau niat kita kuat, InsyaAllah segala halangan dapat diatasi, sedangkan ibu yang mengambil anak angkat tanpa hamil pun mampu menyusukan anak angkatnya, inikan pula ibu yang melahirkan darah dagingnya sendiri.. Kecuali la si ibu memang ada penyakit. Di sini lah gunanya Kuasa Minda... Ini pendapat Che' Su, mohon jangan ada yang terasa ^_^ 

Susu Ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protein yang seimbang dan sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Susu ibu lebih senang dihadam berbanding dengan susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bekteria dan virus. Antibodi ini juga menolong bayi menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga Septicima. - Pengalaman Che' Su, memang sangat bertepatan dengan info ini. Anak-anak Che' Su memang boleh dikira dengan jari sebelah tangan berapa kali mengalami demam yang memerlukan ke klinik... Alhamdulillah.... ^_^



Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak(jikalau direct breastfeed). Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam. - Part ni mmg BONUS utk para suami/bapa kan... ^_^. Utk ibu pun sama, sbb Ibu mempunyai banyak masa utk berehat bersama bayi (terutama time rewang-rewang kat kampung tu kan.. Boleh excuse sket..keh keh keh), xperlu stress nak berhenti kereta yang dalam perjalanan jauh semata-mata untuk membancuh susu. Just lay back, selak baju sket & bagi baby susu dengan aman... ^_^ (miss that moment)

(Gambar ihsan google)

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh menyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan semasa dalam tempoh berpantang. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari - Yep, anak-anak sangat rapat dengan Che' Su, even saya sangat garang dengan anak-anak berbanding baba diorang. My body? Of course la maintain tau... Jaman anak dara dulu berat 48-52kg. Sekarang pun masih maintain tau... Paling gumuks pun 55kg jek.. hihihihihi...

Gambar Ihsan Google

Bayi yang menyusu susu ibu lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit-birit. Bayi kurang risiko utuk menjadi terlalu gemuk @ Obes.  - Alhamdulillah, anak-anak Che' Su, mmg tak mengalami simpton baby montel tu la even kebanyakan orang akan kata baby yang susu badan ni, musti montel. Bukan Obes ok, montel means chuby2 chumel mcmtu la... Tp anak-anak Che' Su mmg xde tittle tu... Tp Alhamdulillah sangat aktif dan sihat.. Ikut baka@genetik ibu la kut... Ibu kan langsing... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Anak Seiras Ibu Atau Ayah?


Assalamualaikum.... ^_^

Korang mesti selalu alami keadaan macamni... Jenjalan dengan famili dan anak-anak, tetiba berjumpa dengan kawan-kawan atau sedara mara, diorang akan tegur,

eehhhh... comelnya budak ni... ikut muka siapa dia ni.... Muka Ayah ke Muka Ibu ni....

tuuuuuu kan.... ^_^

Yang kebanyakan Che' Su dengar la kan dr orang tua-tua, kalau anak lelaki ikut muka ibu, 'sejuk' rumahtangga, kalau sebaliknya ikut muka ayah, 'panas' rumahtangga...
Kalau anak perempuan pulak, kalau ikut muka Ayah, 'sejuk' rumahtangga, kalau sebaliknya ikut muka ibu, 'panas' rumahtangga...

Sejauh mana kesahihan benda ni pun tak dapat dibuktikan la... Sbb rasanya xde orang nk kaji bende ni kut... ^_^ Lagipun, kerukunan sesebuah rumahtangga tu bukan bersandarkan iras wajah seseorang kan... Banyak faktor yang mempengaruhi...

Satu lagi, tang bayi baru lahir tu plak, ade la terdengar orang-orang kata, kalau semasa kita hamil, kita benci sangat/suka cari gaduh ngan suami kita, muka bayi dalam kandungan mesti akan ikut muka suami tu... Kalau sebaliknya kita sayang sangat suami kita tu, muka bayi tu mesti macam muka kita.... Pulookkk...

Tu yang datang cerita dongeng (bagi Che' Su dongeng la..) kalau kita hamil, duk nyampah ngn seseorang tu tak kira la bukan suami kita pun, muka bayi dalam kandungan tu musti akan ikut iras orang yang kita benci tu... Acane tu... Bukan dia ada sumbang benih/genetik pun kan.... ^_^

Hihihihi.. Anak-anak Che' Su ikut iras muka siapa? Ramai orang kata diorang ikut iras muka Che' Su... Sbb tu la diorang chumel-chumel belaka.. Wakakakaka... Tp muka Hubby Che'Su pun xkurang cute tau... No wonder la baka/genetik chumel/cute kami tu diturunkan kepada anak-anak... ^_^

Tak caya???? Cer tengokkk... ^_^

^
^
^
^
^
^
^
^

Kan Chumel kan.. kan.. kan... ^_^

Walau iras siapa pun wajah kita ni, semestinya ada sebab kejadian Allah ini. Bersyukur... Untuk kita bersyukur dan sentiasa mengingati asal usul kita dari mak ayah kita...



Al-Fatihah utk mak ayah kita....

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Wednesday 7 May 2014

'Simpul Biawak' @ 'Tarik Mengkarung' @ Kekejangan Otot

Entry Tertunggak...

Hihiihih.. Apesal intro Che' Su tulis macam tu? Sebabnya, post ni dah draft sejak seminggu yang lepas, tp tak habis post.. Hahahaha.. Tu la kan, orang suke buat keje separuh jalan.. Tak baik tau... Choiii..

Nak cite pasal  masalah Kekejangan Otot @ 'Simpul Biawak' @ 'Tarik Mengkarung' ni. Che' Su tak tahu la kalu ade nama lain lagi, tp yang selalu didengari, nama ni lah... Nak diceritakan Che' Su ni masa anak dara sunti dolooo2 adalah salah seorang yang mengalami kekurangan kalsium.. Apa ntah nama dia.. So, susu & supplement kalsium mmg agak sinonim. Menurut doktor yang kesan masalah Che' Su ni dulu, antara punca masalah ni ialah sebab melakukan kerja terlampau berat iaitu melangkaui kemampuan tubuh/tulang. Mybe la kan, sbb masa muda remaja dulu dlm umur 10-12 tahun dulu tolong mak ayah angkat sawit.... Hello, anak dara ANGKAT BUAH SAWIT hokay... Bukan pungut biji sawit.. Betapa gagahnya Che' Su dulu... Dulu la.... Hahahahaha... Kesannya, tulang kurang kuat... Hahahahahaha... Xpe, xpernah menyesal pun, sbb dapat tolong mak ayah... ^_^

So, back to the topic... Antara kesan tu ialah Che' Su mudah terkena Kekejangan Otot @ 'Simpul Biawak' @ 'Tarik Mengkarung' terutamanya masa cuaca sejuk, time berlari @ kepenatan berjalan... Yang paling ketara semasa hamil anak pertama... Mak aiihhh mmg seksa Kak Tonnn ooiii... Kalsium yang dibekalkan doktor (kerajaan) mmg mcm xcukup kesan, setiap malam terutama masa trimester ke-2 & ke-3 Incik Hubby saya menjadi 'Tukang Urut Midnite' paling setia...

Masalah bukan stop takat tu, sampai la Che' Su menyusukan anak sulung Che' Su tu... Sbb Che' Su 'breastfeed' anak sulung Che' Su smpai umo 2 tahun (Alhamdulillah). Sampai la akhirnya Che' Su jumpa dengan satu supplement yg buatkan Che' Su adore sangat-sangat... Lps tu dah xtukar-tukar dah suplement Kalsium tu.. Mmg terbaik setakat ni, Alhamdulillah... Sebabnya, masa Che' Su ngandungkan anak ke-2 dan kali ni yang ke-3, rasanya xde lagi Che' Su terkena Kekejangan Otot @ 'Simpul Biawak' @ 'Tarik Mengkarung' ni.. Kecuali la sengal2 otot tu, tp xde plak smpai terjaga2 malam.. Mmg puas hati.. Dan Che' Su pun da tak perlukan kalsium dari hospital. ^_^

So, da banyak bebel tu, meh Che' Su nk share sikit INFO yang Che' Su korek2 kat Incik Google tu.

Beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil
* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
* Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
* Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar

Apakah cara untuk melegakan :-
* Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (rujuk gambar atas tu)
* Urut otot yang kejang itu.
* Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix dapat membantu mengatasi masalah ini.

Dan Che' Su nak isytiharkan... Hahahahah... Isytihar bagai kan... Supplement yang memikat Che' Su sejak 5tahun ni ialah.... OSTEMATRIX SHAKLEE ^_^


Pssstt... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

New Members


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

^_^ Suka buat icon ni xtau nape, macam sangat chumel... Macam kite.. Akakakakaka... Sila muntah di tempat lain dengan status itu... Huhuhuhu....

Nape ekh susahnye nk update blog ni, bukan susah ape, mcm susah nk pilih topic apa nak cite.. Hihihih... Tp sebenarnya la kan, terinspirasi dari satu ayat dari blog masakan idola Che' Su ni AzlitaMasamManis... Husband dia kata, "Nape nak give up update blog? Your life is full of colours.. Just let it shared..." kurang lebih gitu la kan... Sbb ingat2 lupe... ^_^ (chumel lagi)

Dan sekarang nak memperkenalkan 'sesuatu'... New members of our family.... Hehehhe.. Che' Su belum bersalin lagi la... Tp ni kira new baby gak la, sbb we all adopt him on his 2 month ages...
^
^
^
^
^
^
^
^
^

"APIN"




 Nama macam familiar kan... Ni pengaruh movie 'Upin Ipin' pada khalifah-khalifah kecil Che' Su ni lah... Diorang sebulat suara nak menamakan si kecik ni dengan nama "APIN" ....


Actually 'budak' ni xde la kecik sangat... Sbb mmg baka dia besar, so, sekarang size 'dia' da separuh badan Amanda... Tapi redha jek hari-hari di'buli' oleh 'kakak' dan 'abang' dia tu...


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature