SILA KLIK SINI YER

Monday 9 June 2014

Kambing Station

Mesti U olls tertanya-tanya kan.. Apesal plak tetiba Che' Su asyik-asyik nak cite pasal Kamben ni... Hehehehe... Musti la ade sebab musababnya... Sebabnya inilah....

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Dan Ini ^_^


Ok kan.. Ok kan... Ok kan... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Sunday 8 June 2014

Daging Kambing Adalah Kegemaran Rasulullah. Apa khasiatnya?

Tetiba nak buat Entry ni... ^_^

Jika kita mengikuti apa yang biasa dilakukan oleh Rasulullah dengan niat mengikuti sunnahnya dan dilakukan kerana cinta kepada beliau, Insya Allah akan terhitung sebagai pahala untuk kita. Di samping itu tentu ada manfaat dan kebaikan dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Salah satunya adalah dalam hal makanan. Beliau sangat gemar makan daging kambing.

Daging Kambing Adalah Kegemaran Rasulullah SAW, Apa Khasiatnya?

Selama ini kita mendengar para doktor menyarankan kita untuk menghindari dari memakan daging kambing, kerana daging kambing kononya akan menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang menyatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenernya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW. Setiap sunnah Nabi pasti ada kelebihannya. Kerana orang Barat (Yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah Nabi, berbagai penyataan mereka keluarkan. Tetapi fakta sebenarnya banyak manfaat, khasiat dari daging kambing hingga ada istilah terapi kambing. Mari kita lihat beberapa khasiat daging kambing.

Daging Kambing Adalah Daging Yang Paling Baik

  • Penelitian American Heart Associate menyatakan - daging kambing baik untuk mereka yang memiliki masalah berkaitan jantung. Ini kerana daging kambing tinggi kualiti proteinnya dengan kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza membuat daging kambing lebih mudah dicerna. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. 
  • Tidak hanya itu sahaja, bahkan jika dibandingkan daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. 
  • Dagingnya lebih padat dan lebih rendah kaori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. 
  • Semua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pegurai Kolesterol 
  • Daging kambing yang rendah kandungan proteinnya membuatnya terkecuali dari sesuatu yang membentuk setiap ikatan kolesterol akibat pola makan yang tidak sihat.
  • Ikatan kolesterol dapat dihindari jika Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolesterol yang telah terbentuk. Hanya ikatan Hidrogen dan Karbon (kolesterol lembut) saja yang dapat menguraikan ikatan Hidrogen dan Karbon (kolesterol kasar). Jadi kolesterol yang terbentuk dalam tubuh tidak dapat diurai dengan lain melainkan dengan kolesterol dari daging kambing.
  • Vitamin C dan Chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein dapat mengakibatkan pembentukan kolesterol yang lebih bahaya jika ia diserap oleh darah. Jika kandungan kolesterol jenis ini banyak terdapat di dalam darah, dapat mengakibatkan masalah jantung
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
  • Kolesterol kambing dapat menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi penyebab penyakit darah tinggi. Kolesterol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolesterol tepu akan menyebabkan kandungan darah meningkat. Pesakit yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan kandungan darah seperti pening
  • Meskipun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein terbaik, tetapi pesakit darah tinnggi yang tidak tahan kesan pembongkaran penguraian ini disarankan agar tidak mengambil daging kambingsebagai terapo. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi disarankan agar mengambil diet daging kambing untuk menghindari penyakit darah tinggi.
  • Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolesterol yang gagal dicernakan oleh hati. Ini akan menyebabkan masalah obesiti jika ada dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening akibat kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit
  • Vitamin C semulajadi yang teroksidasi juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksidasi sangat peting untuk pembangunan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksidasi akan menyaimbangkan dan mengurngi beban fungsi hempedu serta mempercantikkan kulit.
  • Pengambilan protein yang berlebihn akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksidasi dan bereaksi dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap jika berjemur di bawah sinar matahari. Vitamin C dari daging kambing akan memberi lebih tahan terhadap kulit dar bereaksi terhadap protein yang terkena cahaya matahari
  • Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semulajadi untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
  • Siatem darah (NW18) berkait dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mencipta perasaan kasih sayang.
  • Jantung akan menjadi lebih lembut dan halus pergerakannya ketika menerima kolesterol daging kambing. Jantung yang lembut akan menciptakan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Jadi ia akan membehagiakan dan menciptakan perasaan kecintaan (kasih sayang)
  • Mereka yang berlatih gizi daging kambing akan merasa tenang dan senang serta mudah merasa getaran kasih sayang. Biasakanlah makan daging kambing jika menghadapi masalah sulit merasakan nikmat kasih sayang dan getaran cinta.
Wallahu'alam.... (detikislam.blogspot.com)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Friday 6 June 2014

Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah Disejukkan

Hampir terlupa nak letak entry ni... Cara nak cairkan susu perahan... ^_^ It's Better Late Than Never kan...

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :-




Untuk perahan susu yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti pejuk (suhu bawah 4oC)

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer)(suhu -18oC sehingga -20oC)

Boleh print out & tampal utk panduan
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk pada sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4oC. 
  • Ini akan menjimatkan masa anda apabila hendak memanaskan susu semasa proses penyusuan bayi anda
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah di atas

TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan mengikut turutan tarikh pada label botol/bekas susu perahan. Pastikan bekas/botol susu perahan dilabel sejurus proses mengepam)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu tersebut belum diminum oleh bayi. Susu itu perlu dihabiskan dalam tempoh 4 jam.
  • Susu beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam daripada masa ia diturunkan dari tempat pembekuan
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah di simpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian pembeku 

Boleh print out & tampal utk panduan

TIDAK BOLEH

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasn & sebab : Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi. Komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40oC ke atas)

Itu saje perkongsian Che' Su... Hurmmm... agak-agak ada apa lagi yang U olls tak faham?? Che' Su pun tak tahu apa yang U olls nak tahu lain... Roger-roger la yerk.... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

Thursday 5 June 2014

Doa Seorang Hamba



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagiMu. Ya Allah, kebaikan itu untuk orang yang bertakwa. Tidk memusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan Salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran Nabi.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredhaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam RahmatMu sebagai hamba yang soleh.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan perintahMu dan berilah kami kemanisan berzikir. Berilah juga kepada kami kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaanMu. Dan jagalah kami dengan jagaan dan perlindunganMu, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Ya Allah, bantulah kami untuk mengerjakan ibadah. Jauhkanlah kami daripada selaput dosa. Dan berilah kami peluang dan ruang untuk mengingatiMu secara berterusan, dengan taufik hidayah yang kami sangat-sangat harapkan, wahai Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Ya Allah, sediakan bagi kami sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah kami petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah kami menuju keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu.

Ya Allah, tanamkan dalam diri kami kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat dan fasik. Ya Allah jauhkan kami dari kemurkaanMu dn seksaan api neraka dengan pertolonganMu wahai Tuhan yang penuh dengan kecintaanMu.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu memohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya dan mantap, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-nyebut namaMu, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sebelum mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari neraka dengan kasihan belasMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.


Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar segala permintaan dan pengharapan setiap hambaNya. Berkatilah sisa umur kami, jadikan umur yang tersisa ini membawa kebaikan kepada kami, bagi orang tua kami bagi keluarga kami dan bagi sekalian umat.

Ya Allah ampunilah segala kelalaian kami. Ya Allah, jadikanlah hari ini menjadi hari keampunan bagi segala dosa kami. Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada cahaya di hati kami.

Ya Allah janganlah biarkan kesibukan dunia membutakan hati kami. Jangan biarkan hawa nafsu menjerumuskan kami ke lembah kehinaan.

Ya Allah tetapkanlah bagi kami kesabaran. Jangan biarkan amarah membuat kami terhina dalam kezaliman.

Ya Allah sediakanlah untuk kami sebahagian dari rahmatMu yang luas. Berikahlah kami petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang.


Ya Allah hiasilah diri kami dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kepada keluhuran akhlak kami.

Ya Allah jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur dan jadikan kami di kalangan orang yang sabar. Jadikan juga apa yang kami lakukan yang pada penilaian kami amat kecil ertinya tetapi besar pada penilaian di mata manusia.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka. Aameen.

(Tulisan Ust Hj Muhidir b Hj Tamjis - Senjata Mu'min)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Wednesday 4 June 2014

Loya Di Awal Kehamilan

Rasa loya dan sering muntah pada peringkat awal kehamilan adalah normal. Ada yang panggil Morning Sickness... Apa yang pasti, rasa itu sangat tidak selesa, betul tak?

Kalau yang teruk sampaikan tak boleh nak makan. Asal makan jer, mesti muntah balik semuanya. Paling kita sedih, bila rasa lapar tapi bila makan, akhirnya muntah.... Lastly kita tak tau dah nk buat apa lagi.

Kalau kita google, macam-macam petua dan cara yang boleh kita cuba untuk hilangkan mual dan loya. Tapi tak tahu yang mana satu berkesan? Ada yang dah cuba semua tapi sama juga masih loya, masih lagi muntah-muntah sampai badan rasa tak bermaya.

Antara petua yang Che' Su dapat dari Mr Google ialah :

  • Amalkan makan madu, kurma, asam, mangga
  • Selalu minum air halia, 100plus, jus lemon, air masak
  • Kerap makan walaupun tak lapar
  • Elakkan dari menghidu bau-bauan yang kurang enak
  • Berhenti fikir 'rasa nak muntah'
  • Banayakkan berehat dan tenangkan fikiran

Sebenarnya kenapa rasa Loya?
  • Sebenarnya rasa loya/mual/mabuk adalah petanda bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi dalam kandungan

Berapa lama rasa Loya ni akan hilang?
  • Tak lama....bila dah masuk 14 minggu kehamilan, Insya Allah kita dah sihat dan berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni excited tak sabar nak tunggu baby tendang-tendang ^_^

Boleh jejaskan tumbesaran bayi tak?
  • Tak terjejas... dengan syarat makanan dan minuman kita cukup untuk bayi dan kita. Tapi kandungan (bank perut kita) kosong dan tidak cukup, itu yang menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf bayi mungkin terganggu. Jangan lupa makan Folic Acid!

Cara nak Atasi?
  • Boleh cuba petua dan cara yang ada dalam carian Mr. Google, kalau tak berkesan, boleh cuba supplement semulajadi Shaklee kerana ia dah berjaya membantu ramai ibu hamil yang terpaksa melalui Morning Sickness ini. ^_^


* Pada hakikatnya, bila kita disahkan mengandung, keperluan nutrisi kita bertambah. Adakah kita kena makan banyak? Makan banyak itu mungkin betul, tapi bukan bermakna makan nasi bertambah 3 pinggan. Kita kena faham beza antara keperluan badan dan keperluan perut. Perut kenyang sukahati, tapi badan perlukan nutrisi. Untuk kita dan bayi.

* Sebagai ibu mengandung, kita kena pastikan apa yang kita makan bermanfaat untuk bayi terutamanya. Untuk tumbesaran bayi, untuk pertumbuhan tulang dan saraf bayi, untuk perkembangan otak bayi dan untuk bayi membesar dengan sempurna. Serta segala nutrisi yang diserap oleh bayi tersebut tidak menjeaskan penyerapan bekalan nutrisi untuk ibu itu sendiri.

Oleh itu, ibu hamil memerlukan

  • Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh
  • Zat-zat seperti Kalsium, Vitamin B, Zat besi dan sebagainya yang diperlukan adalah du kali ganda semasa hamil
  • Protein yang lebih

Bila nutrien dalam badan kita lengkap, semestinya kita tak lagi rasa loya/mual. Bila tiada rasa loya/mual, bolehlah kita enjoy our pregnancy journey to the max ^_^


Antara vitamin yang Che' Su cadangkan adalah

VITALEA + VITAMIN C + B COMPLEX + OSTEMATRIX + OMEGA + ESP

Tips penting

  • Konsisten mengambil Vitamin yang dicadangkan di atas
  • Ibu hamil sensitif pada bau, jadi segarkan ruang rumah/pejabat dengan bau yang segar
  • Berfikiran positif, berangan yang best-best je.. ^_^
  • Kenalpasti makanan/objek/situasi yang menyebabkan rasa loya/mual dan cuba elakkan 
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

Tuesday 3 June 2014

Vitamin E

Sekilas Fakta

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian, Vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun yang menariknya Vitamin E ini ialah 60-70% daripadanya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ianya tidak menjadi toksik seperti Vitamin A.

Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari 2 komponen-komponen Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarkan Alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Intitute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vitamin E dalam jangka panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.


Sekilas Khasiat Vitamin E
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Memperbaiki peredaran darah untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan 'premenstrual syndrome' dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlet dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot di masa yang sama menguatkan dinding kapilari
  • Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat dan membantu mencegah anemia san 'retrolental fibroplasia', sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang
  • Mengurangkan risioko Alzheimer (nyanyuk)
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah kanser
  • Boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
** Vitamin E juga dikenali sebagai 'Vitamin Cinta' kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa monopous memerlukan Vitamin E

Sumber Makanan Vitamin E
  • Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, daging, kacang soya, ubi kentang, selada air dan gandum

Kekurangan Vitamin E
  • Boleh menyebabkan radang, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur dan Anemia



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

EBM - Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan kepada bayi semasa ketiadaan ibu bersama bayi. TAHUKAH ANDA susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah penting yang perlu kalian tahu :

  • EBM   = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM   = Susu Yang Baru Diperah
  • Chilled EBM   = Susu yang diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk 2 lapisan (lemak terkumpul di bahagian atas) - ia bukan basi
  • Frozen EBM   = Susu yang disimpan dalam tempat beku
Bekas penyimpanan yang sesuai

Contoh Aksesori Susu Ibu

  • Bekas plastik atau botol susu (milk storage) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast Milk Storage Liners yang memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sahaja sebelum dibuang
* Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Kepentingan melabel bekas penyimpanan

  • Tarikh Perahan
  • Waktu Perahan
  • Nama Bayi bagi mengelakkan tertukar jika bayi dihantar ke taska@ pusat penjagaan kanak-kanak
Perahan Susu Ibu boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa tertentu :-
  • Pada suhu bilik (tanpa Air-Cond 25oC - 37oC) disaran tidak lebih 4 jam
  • Pada suhu bilik (Air-Cond 15oC - 25oC) boleh tahan 6~8 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler Box with ice pack) tahan sehingga 12-24 jam
  • Peti Sejuk (1 pintu - suhu kurang 4oC) tahan sehingga 5~7 hari
  • Peti Sejuk 2 pintu (pintu atas@sejuk beku -18oC~-20oC) tahan sehingga 3 bulan
  • Peti Sejuk 2 pintu (pintu bawah - 0oC~4oC) sebelum dibekukan tahan 3~7 hari
  • Pembeku@Deep Freezer (-20oC) tahan hingga 6 bulan



Tips Penyimpanan Susu Perahan Di Tempat Kerja

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi susu akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam Cooler Bag@Box yang diletakkan bersama pek ais

Cooler Bag berserta Ice Pack

Tips Penyimpanan Susu Perahan Di Rumah

  • Simpan sebanyak mana yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku
  • Susu yang dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untu bekalan hari esok
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu
  • Contoh : Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika 1 hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok dan 1 botol lagi disimpan di dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

Sunday 1 June 2014

Cara Simpan Stok Perahan Susu Ibu


Cara Menyimpan Stok Perahan Susu Ibu Agar Susu Ibu Tahan Pada Kualiti Maksima

Sebagai seorang yang pertama kali menjadi seorang Ibu mahupun 1st time breastfeeding mom, terlalu banyak perkara berkaitan penjagaan bayi yang perlu dipelajari. Antara perkara penting yang perlu dimahiri adalah mengenai pengurusan penyimpanan susu perahan. Untuk memudahkan para ibu membuat rujukan mengenai tempoh penyimpanan EBM ini, gambar rajah di bawah akan dapat membantu anda. Boleh juga save dan cetak gambar rajah di bawah untuk diberikan kepada Babysitter/Nursery/Penjaga semasa ketiadaan anda bersama bayi anda.



Nota :
Tempoh cadangan yang tertera dalam gambarajah di atas merupakan tempoh ideal atau tempoh selamat penyimpanan EBM

Walaubagaimanapun,tempoh penyimpanan di dalam bilik berhawa dingin sepenuhnya boleh menjangkau sehingga 8 jam manakala tempoh penyimpanan dalam peti sejuk (chilled area) boleh menjangkau sehingga 5 hari. Untuk kepastian samada susu tersebut masih boleh digunakan, sila periksa bau dan rasa susu tersebut sebelum memberikan kepada bayi anda. Susu Ibu yang masih elok tidak berbau dan rasanya manis, manakala susu ibu yang telah basi atau rosak akan berbau masam.

Tips Tambahan :
Semasa menyimpan EBM di dalam peti sejuk, pastikan ianya dimasukkan ke bahagian dalam peti sejuk bagi memastikan perubahan suhu peti sejuk dapat diminimakan. Elakkan daripada menyimpan EBM di pintu peti sejuk kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk boleh mempengaruhi jangka hayat dan tempoh penyimpanan yang ideal.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature