SILA KLIK SINI YER

Sunday 12 October 2014

Akibat/Tazkirah MEMBEBEL

Assalam...

Kenapa istilah MEMBEBEL ni banyak sangat merujuk kat kaum Che' Su yang jelita ni? Cer kita tengok makna MEMBEBEL ni dari kamus dewan :-

membebel1. mengeluarkan kata-kata secara yg tidak tersusun atau yg sukar difahami, mengomel; 2. berleter;Kamus Dewan Edisi Keempat

Pada hemat Che' Su lah kan, orang perempuan (ok, ni merujuk lebih kepada Che' Su la eh) yang normal dan waras lagi bijaksana macam Che' Su ni kan. Situasi ni lebih diistilahkan sebagai banyak cakap & memberi peringatan. Bukan apa, diorang ni (merujuk pada anak-anak & bapak anak-anak) mentang-mentang diorang ada IBU/MAK/MAMA/MUMMY/UMMI, sebarang perbuatan, tingkahlaku & tindakan agak semberono.


Contoh, khalifah-khalifah kecil Che' Su sangat bijak menguji Che' Su yang mengakibatkan Che' Su terpaksa banyak MEMBEBEL (time marah la sebab merujuk kepada maksud 1. mengeluarkan kata-kata secara yg tidak tersusun atau yg sukar difahami). Bile kembali waras, Che' Su rasa kata-kata itu lebih kepada nasihat... (kikikikiki) tetiba rasa baik plak..


Sejak kebelakangan ni, kembali membuka/membaca buku-buku motivasi (almaklum motivasi diri ada sedikit down kebelakangan). Pendekatan pada anak-anak juga ada sedikit berubah. Ujian-ujian kecil dari anak-anak ada sedikit kurang berkesan kepada Che' Su, means ulah-ulah nakal mereka kurang Che' Su bebelkan... Mungkin rasa sedikit kehairanan atau tercabar sebab ulah nakal mereka tidak berjaya mengundang kemarahan/bebelan Che' Su, si Abalong memberikan dialog yang pada Che' Su agak matang.

Abalong : Ibu, Abalong sayang Ibu tau.
Ibu : Terima kasih. Ibu pun sayang anak-anak Ibu.
Abalong : Tapi kenapa Ibu dah tak marah Abalong lagi?
Ibu : Abalong suka Ibu marah ke?
Abalong : (geleng kepala laju)
Ibu : Dah tu, Ibu tak marah, ok la kan..? Kalau Ibu marah nanti, Abalong pula tak sayang Ibu. Kalau ana-anak Ibu tak sayang Ibu, Siapa nak doakan Ibu kalau Ibu dalam kubur nanti?
Abalong : Tapi kalau Ibu tak marah Abalong, lagi la Ibu tak sayang Abalong.
Ibu : Kenapa pulak?
Abalong : Kalau Ibu marah Abalong, nanti Ibu pujuk Abalong, Ibu peluk Abalong, Ibu blebel kat Abalong suh jadi baik. Kalau Ibu tak blebel, siapa nak suruh Abalong jadi baik?

****** ok terkesan di situ *****

Moral of the Story : Walau siapapun anda yang suka/gemar membebel tu(lebih kepada sang Ibu), 'WATCH OUT YOUR WORDS' silalah bebel/marah dengan perkataan yang baik-baik. Kata-kata itu satu DOA walaupun ia hanya sekadar BEBELAN.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

  post signature


No comments:

Post a Comment