SILA KLIK SINI YER

Tuesday 28 October 2014

Berpeluh Ketika Berpantang

Anda berpeluh ketika pantang tanpa henti, apakah yang terjadi?

♦ Ia adalah perkara biasa untuk berpeluh dengan banyak ketika pantang dalam beberapa minggu, terutama pada waktu malam. Berpeluh adalah satu cara badan anda membuang air berlebihan yang  tersimpan ketika hamil

♦ Ginjal akan bertanggungjawab kepada kebanyakan pembuangan, iaitu bermakna anda akan kerap membuang air kencing dari biasa dalam sati minggu pertama selepas bersalin. Tetapi pori and juga akan berkerja keras untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Tekanan emosi ibu-ibu yang baru juga mungkin boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak. Dan kemungkinan penurunan estrogen yang mendadak selepas bersalin turut menyumbang perkara ini.

♦ Walaupun peluh selepas bersalin ini adalah normal, tetapi jika diikuti dengan demam, anda mungkin mengalami jangkitan. Ia juga boleh menjadi pentanda kepada masalah lain seperti tiroid ang terlebih aktif. Jumpa doktor anda jika anda mendapati anda berpeluh terlalu berlebihan.


♥ Berapa lama peluh ketika berpantang akan berakhir ?

Ianya akan berlarutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin, dan akan lebih panjang bagi wanita yang menyusui bayi


♥ Apa yang anda boleh lakukan ?

♦ Jangan kurangkan pengambilan minuman untuk mengurangkan berpeluh. Minum banyak minuman tidak berkafein akan membantu mempercepatkan proses pembuangan air berlebihan dan mengelakkan anda menjadi kekeringan.

Nak berpantang dengan Set Shaklee?



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

  post signature

No comments:

Post a Comment