SILA KLIK SINI YER

Wednesday 17 July 2013

Bilakah Kita Perlu VITAMIN Dan MINERAL


Pertama sekali kita hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan.

  • Mereka yang disahkan kekurangan vitamin dan mineral
  • Wanita hamil dan menyusukan anak
  • Bayi pra matang
  • Mereka yang berpenyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan
  • Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protein, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain
  • Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan
  • Bagi vegeterian yang mana tanpa makan telur dan minum susu, mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12
PERHATIAN !!!

Sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda terlebih dahulu untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini kepada badan anda hasil daripada pengambilan vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukn oleh badan kita.



post signature

No comments:

Post a Comment