SILA KLIK SINI YER

Wednesday 17 July 2013

KEPENTINGAN VITAMIN


Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa, keperluan vitamin dan mineral ini adalah menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitain dan mineral justeru itu ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.

Terdapat pelbagaijenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya meentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.

Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara betul atau seimbang, Vitamin dan Makanan Tambahan adalah disarankan diambil untuk melengkapkan lompong nutrisi dalam diet harian anda. Tetapi pengambilan itu hendaklah dirujuk kepada pakar atau doktor terlebih dahulu.

post signature

No comments:

Post a Comment