SILA KLIK SINI YER

Tuesday 29 October 2013

BERJIMAT ATAU KEDEKUT?

Che' Su yakin dan pasti kalian pernah bertemu atau bergaul dengan manusia jenis ini. Sudah pasti Che' Su juga sejak kebelakangan ini acapkali bertemu manusia spesis ini.. Hahahahah... Rezeki agaknya. Entry kalini Che' Su ingin berkongsi sifat-sifat manusia kedekut, bakhil, tangkai jering atau apa sahaja yang seerti dengannya. Penulisan ini bertujuan memperkaya pengalaman sesama kita tentang sifat-sifat manusia. Agar kita lebih kenal siapa kawan yang bagus atau sebaliknya. Dalam Islam sendiri ada dikhabarkan 3 ciri-ciri orang Munafik. Na'uzubillah... ^_^

Moga-miga sifat-sifat di bawah ini tiada pada kita.

1. Makan Bersendiri

  • mereka selalu makan bersendirian dan tidak kisah tiada teman berbual demi mengelakkan daripada membelanja orang lain

2. Terus Bayar
  • Ambil makanan dan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain. Adakalanya tauke kedai suruh kita makan dulu, baru bayar. Tetapi bagi si kedekut, cara ini mengundang risiko sekiranya dia perlu membayar untuk orang lain.

3. Makan Dengan Cepat
  • Si kedekut akan makan cepat-cepat dan segera minta diri dari rakan-rakan dengan alasan ada kerja yang perlu diuruskan dan pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi.

4. Pilih Makanan Murah
  • Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin duduk semeja bersama kawan-kawan, maka dia akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah jambu sahaja, bagitahu kawan "sudah kenyang". Sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. Mesti kawan-kawan tak sampai hati suruh dia bayar.

5. Berpura-pura
  • Dalam keadaan tak dapat 'lari' ketika makan bersama kawan-kawan, taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di meja makan. Atau bunyikan ringtone telefon bimbit dan bercakaplah sendirian seolah-seolah sedang berbual dengan seseorang di telefon. Lebih baik lagi bila nampak tauke datang, bunyi telefon segera dan pura-puralah bercakap jauh sedikit dari rakan-rakan. Takut orang dengar hal peribadi. Bila nampak kawan dah tolong bayarkan, bolehlah datang semula ke meja makan.

6. Kawan Suka Bayar
  • Antara taktik yang sering dilakukan juga adalah dengan cara mendiamkan diri. Kemudian mengajak kawan-kawan yang pemurah untuk keluar makan bersama sudah tentu mereka yang akan tolong bayarkan nanti. Selamatkan wang sendiri!!

7. Berebut Untuk Bayar
  • Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut nak membayar. Dalam situasi ini, si kedekut berpura-pura mengeluarkan dompet daripada poket belakang seluarnya. Tapi entah kenapa dompet itu macam terlekat pula, mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik. Dicuba juga ditarik-tarik namun hampir separuh sahaja keluar. Sedang mencuba-cuba itu, sudah ada kawan yang membayar. Alhamdulillah... Dompet pun ditekan semula ke dalam poket. Sambil berkata.... 'La.. cepat sangat awk bayar.. patutnya saya yang bayar tadi...'

8. Tiada Wang Kecil
  • Kali ini dompet telah dikeluarkan, dijenguk-jenguk, tak ada pula duit kecil. Semua RM100. Jangan tunjukkan sangat kepada orang sebelah, nnti dia nampak duit kecil sebenarnya ada. Kalau makan di kedai-kedai makan yang bersaiz kecil atau sederhana, tauke akan katakan tak ada wang tukar. Jangan bimbang, ada kawan yang akan tolong bayar dengan wang kecil nanti. Sekali lagi selamat.

9. Pindah meja makan!
  • Yang lebih ekstrim lagi (jangan tak percaya, ini benar berlaku!), jika makan di meja lain, belum bayar, makan pun tinggal separuh, maka dia akan pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minuman sekali.Lagaknya macam nak bersembang. Tambahan pula dia nampak kita dah nak hampr fasa membayar. Dia pun tumpang sambil memperaktikkan mana-mana taktik disebutkan tadi.

  • Peringatan kepada diri ini dan yang lain, janganlah amalkan sikap kedekut melampau. Terutamanya dalam soal asyik mengharapkan orang membayar. Tak pernah nak tolong bayar. Tumpang makan mahu. Dalam soal berkawan dan bersosial, hal ini diperhatikan oleh kawan-kawan. Lagipun makanan yang kita makan akan menjadi darah daging, membina tubuh, hati, minda, jiwa seterusnya menjelmakan tabiat. Jadi, biar yang berkat. Tidak hairanlah si kedekut ini sering ditinggalkan sendirian di tempat duduknya bila tiba waktu minum atau makan. Kadang-kadang kawan-kawan akan keluar secara senyap-senyap sahaja.
  • dapat diamalkan Adakah si kedekut akan dapat membeli kereta baru, rumah baru atau melancong dengan sikapnya yang enggan membayar atau membelanja orang lain tu? Mungkin juga, jika sikapnya itu dapat diamalkan dalam tempoh yang lama.
  • Jika kita bersedekah dengan ikhlas, Allah akan membalas dengan yang lebih baik lagi. Rezeki dan harta akan berganda. Sedekah juga menjadi amalan untuk kita di alam barzakh nanti. Bukan bermaksud bila kita mengeluarkan wang untuk belanja rakan makan, itu membazir. Kita pun tahu giliran kita. Jangan biarkan rakan pemurah menjadi perumah (mangsa). Kita sama-sama ada gaji. Sesetengahnya melebihi gaji kita, ditambah lagi elaun yang ntah apa-apa. Nak kedekut apa lagi?
♥ YA ALLAH, JAUHKANLAH KAMI DARI SIFAT RIYA' DAN SIFAT KEDEKUT.. AMINNN....

  post signature

No comments:

Post a Comment