SILA KLIK SINI YER

Tuesday 27 May 2014

Susu Ibu Makanan Awal Terbaik Bayi!!


Terpanggil untuk menulis semula Artikel ni... Seriously, dulu Che' Su sangat obses apa saja artikel@buku etc yang berkenaan susu ibu. Almaklumlah masa tu mmg sangat tinggi cita-cita untuk menyusukan anak-anak Che' Su dengan susu ibu sampai 2 tahun. Alhamdulillah, anak sulung Muhammad Adam Syahmi Che' Su berjaya menyusukan dengan susu ibu sampai umur dia 1tahun 10 bulan (sangat struggle masa ni, sbb Che' Su mmg ZERO ilmu tentang BF ni. Lepas berpantang baru sibuk belajar semua). So, artikel ni salah satu artikel yang doluu-doluu Che' Su print out buat rujukan.. Tak ingat dari mana sumber... Pada sesiapa yang rasa penulis asal artikel ini, Che' Su nk ucap terima kasih banyak-banyak... If nak suruh Che' Su promote awak, boleh PM Che' Su.... ^_^

Susu Ibu merupakan anugerah dari Ilahi yang sangat tidak ternilai bagi setiap titisannya. Setiap bayi selayaknya berhak untuk mendapatkan khasiat susu dari ibunya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu berusaha memastikan bayi kita mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pemberian susu ibu. - Kalau niat kita kuat, InsyaAllah segala halangan dapat diatasi, sedangkan ibu yang mengambil anak angkat tanpa hamil pun mampu menyusukan anak angkatnya, inikan pula ibu yang melahirkan darah dagingnya sendiri.. Kecuali la si ibu memang ada penyakit. Di sini lah gunanya Kuasa Minda... Ini pendapat Che' Su, mohon jangan ada yang terasa ^_^ 

Susu Ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protein yang seimbang dan sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Susu ibu lebih senang dihadam berbanding dengan susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bekteria dan virus. Antibodi ini juga menolong bayi menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga Septicima. - Pengalaman Che' Su, memang sangat bertepatan dengan info ini. Anak-anak Che' Su memang boleh dikira dengan jari sebelah tangan berapa kali mengalami demam yang memerlukan ke klinik... Alhamdulillah.... ^_^



Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak(jikalau direct breastfeed). Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam. - Part ni mmg BONUS utk para suami/bapa kan... ^_^. Utk ibu pun sama, sbb Ibu mempunyai banyak masa utk berehat bersama bayi (terutama time rewang-rewang kat kampung tu kan.. Boleh excuse sket..keh keh keh), xperlu stress nak berhenti kereta yang dalam perjalanan jauh semata-mata untuk membancuh susu. Just lay back, selak baju sket & bagi baby susu dengan aman... ^_^ (miss that moment)

(Gambar ihsan google)

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh menyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan semasa dalam tempoh berpantang. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari - Yep, anak-anak sangat rapat dengan Che' Su, even saya sangat garang dengan anak-anak berbanding baba diorang. My body? Of course la maintain tau... Jaman anak dara dulu berat 48-52kg. Sekarang pun masih maintain tau... Paling gumuks pun 55kg jek.. hihihihihi...

Gambar Ihsan Google

Bayi yang menyusu susu ibu lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit-birit. Bayi kurang risiko utuk menjadi terlalu gemuk @ Obes.  - Alhamdulillah, anak-anak Che' Su, mmg tak mengalami simpton baby montel tu la even kebanyakan orang akan kata baby yang susu badan ni, musti montel. Bukan Obes ok, montel means chuby2 chumel mcmtu la... Tp anak-anak Che' Su mmg xde tittle tu... Tp Alhamdulillah sangat aktif dan sihat.. Ikut baka@genetik ibu la kut... Ibu kan langsing... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

No comments:

Post a Comment