SILA KLIK SINI YER

Wednesday 28 May 2014

Susu Ibu VS Susu Formula

Entry kali ni nak buat perbandingan Susu Ibu & Susu Formula

Kebaikan Susu Ibu :

  • Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandungi enzim pencerna lemak
  • Mengandungi Lactoferin (baik untuk usus), Lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak
  • Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak) dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus
  • Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi)
  • Mengandungi zat besi, zink dan kalsium, (zat besi mampu diserap sekitar 50%-75%) juga mengandungi antioksidan
  • Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin
  • Rasa susu ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu 

Kebaikan Susu Formula :

  • Mudah - sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan / pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu
  • Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama & kurang aktif
  • Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri
Kebaikan susu ibu kelihatan lebih banyak berbanding susu formula. Namun penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah ABC, tetapi tidaklah menyusahkan dan memudaratkan si ibu. Anda silap jika anda rasa tidak memerlukan apa-apa persediaan. Tidak semua orang mempunyai fitrah ini an mampu menghasilkan susu melimpah ruah. 

Cabaran Menyusukan Susu Ibu :
                                  
  • Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih belum pandai untuk menyusukan (lacth-on pain) - namun masalah ini boleh diatasi dengan mendapatkan pertolongan daripada pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan
  • Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah dihadam. Mengurangkan risiko jaundis
  • Lebih komitmen buat si ibu - perlu kerap menyusu / pam payudara untuk membuat stok perahan - namun akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
  • Ibu perlu mengawal kondisi kesihatan 
Cabaran Memberikan Susu Formula :

  • Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi
  • Keselamatan produk tersebut
  • Susu formula berjenama & berkualiti agak mahal
  • Kurang antibodi
  • Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu memilih untuk menentukan nutrisi yang bersesuai ikut umur bayi
  • Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi

Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing. Mungkin anda boleh jadikan panduan untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang terbaik untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Pilihan Che' Su? Semestinya Penyusuan Susu Ibu!!! ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

No comments:

Post a Comment