SILA KLIK SINI YER

Friday 30 May 2014

Tips : Atasi Rasa Mengantuk Selepas Makan

Saja nak publish entry ni waktu tengah hari macamni... Sebab macam sesuai la kan... Lepas makan tengah hari, biasa sangat la U olls cakap gini.... " Perut da Kenyang... Ngantukkkk....." ^_^


Meh baca sket tips ^_^

Banyakkan bergerak 


  • Duduk terlalu lama depan komputer akan mengakibatkan ngantukyang berlebihan sekiranya perut kenyang
  • Jalan secara cepat @ lebih baik menaiki tangga (2@3tingkat) hingga terasa degupan jantung menjadi pantas
  • Jika tidak, lakukan sedikit senaman regangan 

Minum Air Kosong

  • Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, ia menandakan kita dahaga & badan kekurangan air selepas makan 
  • Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Petanda tubuh kita memerlukan air bukan sekadar dahaga, rasa lapar juga disebabkan oleh kekurangan bekalan air dalam tubuh

Tidur Sekejap Selama 10-15 minit

  • kajian menunjukkan tidur sekejap bukan sahaja boleh mengatasi masalah mengantuk waktu petang, tetapi membuat kita segar & mampu memberi tumpuan lebih baik

Makan Dalam Kuantiti Sedikit
  • Samada sarapan, makan tengahari atau makan malam, usah makan terlalu kenyang
  • Jika makan terlalu banyak, lebih banyak tenaga diperlukan untuk pencernaan bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus & bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini punca mengantuk 
  • Makan sedikit tetapi kerap mampu membekalkan tenaga berterusan & membantu usus berkerja dengan lebih baik

Pilih Sumber Makanan Berlainan
  • Bawa snek seperti biskut kraker rendah lemak kerana mengandungi karbohidrat yang mudah diproses & membekalkan tenga segera.
  • Buah-buahan juga bagus sebagai snek untuk menghilang rasa mengantuk

Jangan makan gula-gula @ Minuman manis 
  • Kajian menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuat kita berjaga

** Pada Che' Su, tips No.3 tu paling berkesan.. Memang terbaikkk... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

No comments:

Post a Comment