SILA KLIK SINI YER

Friday 6 June 2014

Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah Disejukkan

Hampir terlupa nak letak entry ni... Cara nak cairkan susu perahan... ^_^ It's Better Late Than Never kan...

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :-




Untuk perahan susu yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti pejuk (suhu bawah 4oC)

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer)(suhu -18oC sehingga -20oC)

Boleh print out & tampal utk panduan
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk pada sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4oC. 
  • Ini akan menjimatkan masa anda apabila hendak memanaskan susu semasa proses penyusuan bayi anda
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah di atas

TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan mengikut turutan tarikh pada label botol/bekas susu perahan. Pastikan bekas/botol susu perahan dilabel sejurus proses mengepam)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu tersebut belum diminum oleh bayi. Susu itu perlu dihabiskan dalam tempoh 4 jam.
  • Susu beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam daripada masa ia diturunkan dari tempat pembekuan
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah di simpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian pembeku 

Boleh print out & tampal utk panduan

TIDAK BOLEH

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasn & sebab : Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi. Komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40oC ke atas)

Itu saje perkongsian Che' Su... Hurmmm... agak-agak ada apa lagi yang U olls tak faham?? Che' Su pun tak tahu apa yang U olls nak tahu lain... Roger-roger la yerk.... ^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/

post signature

No comments:

Post a Comment