SILA KLIK SINI YER

Tuesday 3 June 2014

EBM - Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan kepada bayi semasa ketiadaan ibu bersama bayi. TAHUKAH ANDA susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah penting yang perlu kalian tahu :

  • EBM   = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM   = Susu Yang Baru Diperah
  • Chilled EBM   = Susu yang diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk 2 lapisan (lemak terkumpul di bahagian atas) - ia bukan basi
  • Frozen EBM   = Susu yang disimpan dalam tempat beku
Bekas penyimpanan yang sesuai

Contoh Aksesori Susu Ibu

  • Bekas plastik atau botol susu (milk storage) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast Milk Storage Liners yang memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sahaja sebelum dibuang
* Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Kepentingan melabel bekas penyimpanan

  • Tarikh Perahan
  • Waktu Perahan
  • Nama Bayi bagi mengelakkan tertukar jika bayi dihantar ke taska@ pusat penjagaan kanak-kanak
Perahan Susu Ibu boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa tertentu :-
  • Pada suhu bilik (tanpa Air-Cond 25oC - 37oC) disaran tidak lebih 4 jam
  • Pada suhu bilik (Air-Cond 15oC - 25oC) boleh tahan 6~8 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler Box with ice pack) tahan sehingga 12-24 jam
  • Peti Sejuk (1 pintu - suhu kurang 4oC) tahan sehingga 5~7 hari
  • Peti Sejuk 2 pintu (pintu atas@sejuk beku -18oC~-20oC) tahan sehingga 3 bulan
  • Peti Sejuk 2 pintu (pintu bawah - 0oC~4oC) sebelum dibekukan tahan 3~7 hari
  • Pembeku@Deep Freezer (-20oC) tahan hingga 6 bulan



Tips Penyimpanan Susu Perahan Di Tempat Kerja

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi susu akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam Cooler Bag@Box yang diletakkan bersama pek ais

Cooler Bag berserta Ice Pack

Tips Penyimpanan Susu Perahan Di Rumah

  • Simpan sebanyak mana yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku
  • Susu yang dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untu bekalan hari esok
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu
  • Contoh : Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika 1 hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok dan 1 botol lagi disimpan di dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

No comments:

Post a Comment