SILA KLIK SINI YER

Sunday 28 December 2014

Rahsia Susu Ibu Banyak

Salam... Tajuk kali ni macam best jek kan.. RAHSIA katanya.. Mesti ramai antara kita-kita ni tertanya-tanya apa rahsia para ibu yang mampu membuat stok susu berkampit-kampit tu kan.. Sampai tak muat freezer nak simpan stok susu apa ilmu istimewa yang diorang pakai ni??

Tak kurang juga yang berkata, 'Ala... dia senang la memang dia jenis banyak susu..' Memang tak dinafikan memang ada ibu-ibu yang sangat bertuah mempunyai kelebihan itu. Lahir je baby, terus ada susu badan. Ada setengah tu semasa hamil lagi susu dah mula keluar. Tapi kebanyakan ibu, susu matang hanya keluar selepas beberapa hari bersalin. Yang keluar hanyalah kolustrum iaitu susu awal warna kekuningan, sikit je dan kelihatan agak pekat. Sebenarnya kolustrum ini adalah cecair emas yang sangat bernilai buat bayi yang baru lahir kerana ianya penuh dengan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Tapi tak bermakna orang yang pada mulanya susunya sedikit atau lambat keluar tak mampu nak menyusukan anaknya sepenuhnya. Ada juga yang ibu yang tak melahirkan anak, ambil anak angkat tapi mampu menyusukan bayi tersebut. Yang ni kes lain la... Ada la caranya kan, makanan tambahannya.. Yang part ni, Che' Su cerita lain entry eh. Jadi mana rahsia ni? Sebenar hakikatnya takde rahsia besar pun. Paling PENTING sangat ibu itu sendiri kene TAHU dan FAHAM konsep  asas dalam penyusuan susu ibu iaitu SUPPLY on DEMAND.

Apa konsep SUPPLY on DEMAND
Pengeluaran susu ibu bergantung kepada rangsangan/permintaan dari bayi anda semasa menyusu. Dalam kata mudahnya, makin banyak ibu menyusukan bayi, makin banyaklah susu akan dihasilkan. Maka, kalau ibu-ibu terasa badan hasilkan susu lebih sedikit atau kurang daripada biasa, apa yang ibu perlu buat adalah kerapkan menyusui bayi anda. Kalau bayi anda cepat kenyang, boleh juga pam selepas menyusu untuk rangsang penghasilan susu ibu. Mungkin akan terdetik dalam hati...

Kan baru lepas menyusu, ada ke susu kalau nak pam? Boleh ke nak pam... nanti tak cukup pula kalau baby nak susu lagi!

Sebabtu lah ibu-ibu bukan setakat tahu sahaja konsep ni. Kene FAHAM dan PRAKTIK kan...Analogi yang mudah bagi contoh flush tandas. Once kita dah flush, air akan keluar dari tangki... Kemudian secepatnya tangki akan diisi semula untuk menggantikan air dalam tangki sehingga penuh semula. Macam tulah juga kilang susu pada badan kita berfungsi. Semakin banyak susu yang diminum oleh bayi atau kita pam (bg yang berkerja), kilang susu kita akan berkerja lebih keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.Semakin kerap payudara dikosongkan samada dengan menyusui bayi atau pam, makin banyak susu dihasilkan... Insya Allah...


Cuba set dalam kepala jangan biarkan breast penuh. Jangan bagi peluang breast kita peluang untuk penuh. Macam main lumba-lumba la... Sapa yang dulu... kita kosongkan breast dulu atau breast penuh dulu... Memang seronok.. Jangan stress sangat tau ibu-ibu sebab stress tu pun punca pengeluaran susu kita terganggu. Jangan seronok sangat 'memenuh'kan breast tu.. Sebab bila breast da penuh sangat (engorge)... azabnya rasa kalau bengkak susu tau. Boleh demam urat..

See... Merata web Che' Su google entire worldpun, pakai konsep yang sama tau... SUPPY and DEMAND! Meh sini Che' SU nak share sket antara yang Che' Su berjaya google.


Next entry nak bagitahu RAHSIA juga...RAHSIA/Punca susu ibu Makin Sediki.. Tunggu...... ^_^



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature



No comments:

Post a Comment