SILA KLIK SINI YER

Tuesday 30 December 2014

SUPPLY & DEMAND SUSU IBU : Punca Susu Ibu Makin Sedikit

Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan susu ibu makin sedikit. Antaranya ibu yang sedang stress, sakit atau sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang yang aka mengganggu pengeluaran susu ibu. Tapi entry ni Che' Su nak kupas mengenai punca susu ibu merudum yang disebabkan oleh ibu tak amalkan konsep asa dalam penyusuan susu ibu. Rujuk SINI.

Ramai je ibu yang salah faham mengenai penyusuan susu ibu ni. Mungkin mereka beranggapan, kalau tunggu breast penuh (bengkak) maksudnya banyaklah susu bayi dapat minum taua pam nanti. Ini tanggapan yang perlu diperbetulkan SEGERA! Sebenarnya ianya adalah sangat berlawanan. Kalau kita tunggu breast rasa penuh baru nak bagi bayi minum atau pam,susu akan jadi makin sedikit secara perlahan-lahan. Makin lama kita tangguh, makin sikitlah penghasilan susu ibu. Sebabnya bengkak susu dan adakalanya 'bocor' sebab dah overflow... akan hantar isyarat pada badan yang kita hanya perlukan susu sedikit sahaja.


Nak kasi lebih faham, Che' Su beritahu situasi sebenar yang ramai ibu di luar sana tak sedar yang tindakan ibu mungkin menyebabkan susu jadi makin kurang walhal semasa dalam tempoh pantang, bayak sangat susu kita sampai melimpah ruah kan....


Cuba perhatikan jadual bayi menyusu di atas. Hari pertama bayi lahir, setiap 2 jam dia minum susu ibu dan badan akan auto set/adjust supaya MESTI hasilkan susu cukup 2 jam....  kadang-kala  bila cukup masa, susu akan keluar sendiri tanpa bayi hisap pun.. Keadaan ini dipanggil Let Down Reflex.

So, hari ke 2, ibu dah mula bagi susu formula sebab katanya bayi nangis tak cukup susu. Penat layan kerenah bayi yang tak henti-henti meragam... sumbat je susu tepung... lama la bayi tidur... Jadi badan dapat isyarat supaya hanya produce susu selepas 5 jam!

Hari ke 3 pula, makin lama tempohnya. Waktu bayi tak menyusu, ibu tak kosongkan breast, hari ke-4 jadual makin lama... Jadi badan dah dapat isyarat...'Okey, hasilkan susu selepas 9 jam!! Begitulah seterusnya...

Sebab itulah habis je pantang, susu dah kering.. Sayang sangat-sangat. Badan kita dijadikan cukup sempurna. Bila nak dapat susu banyak, kerapkanlah menyusu/pam dan badan secara semulajadi akan adjust ikut keperluan yang kita/bayi tentukan.


Subhanallah... Indah sungguh ciptaan Allah kan.. Sebabtu jangan sesekali cakap pada diri sendiri, susu tak cukup sebab otak kita akan dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan...

Makanya, bila dah tahu punca kenapa susu ibu makin sedikit, mudahlah ibu nak usaha untuk banyakkan susu. Memang ada macam-macam petua untuk banyakkan susu ibudan makanan penggalak susu (milkbooster) yang boleh buat susu ibu jadi banyak. Tapi ini semua bergantung juga pada tubuh ibu itu sendiri dan juga sejauh mana ibu aplikasikan konsep SUPPLY and DEMAND tu.



notakaki#coretan blog dikongsi dari blog INI.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^ Suhana Simma ♥ SID 916273 ♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583 ♥ Email : suazham@yahoo.com ♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/ ♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai post signature

1 comment:

  1. Hi salam , saya setuju dgn Che su..ramai yg tak reti nk mengamalkan konsep demand and supply ni, thanks share info menarik. Ada juga dgr kawan ofis cerita yg susu sikit je memanjang, strees pun ye jugak..kesian baby tak kenyang , confuse kdg2 baby kenyang ke tak..ada dgr org recommend suruh guna Pump it Milkbooster sapu2 je nak tambah susu, ingatkan supplement..InshaAllah boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete