SILA KLIK SINI YER

Friday 26 December 2014

Kencing Malam @ Ngompol

Hahaha... Bagi yang tak tahu apa itu NGOMPOL... Itu bahasa jawa... Bahasa Inggeris BEDWETTING... Apa pun bunyi perkataan tu, Che' Su rasa hampir keseluruhan dari kita pernah mengalami tragedi tersebut... Terutama di usia kanak-kanak... (Pssstt... ada gak yang dah umur dewasa ni yang TER juga....) ^_^

♥ Apakah Punca Anak Kecil Kencing Malam @ Ngompol
  • Menurut pakar kanak-kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur
  • Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vesopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam


♥ TIPS mengatasi Kencing Malam @ Ngompol
  • Elakkam memberi minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur. ~ tips yang ni Che' Su tak boleh nak pakai sebab kami satu family memang tabiat akan minum susu sebelum tidur... ok next ^_^
  • Disiplinkan anak membuang air kecil sebelum mereka tidur ~ yang ni habit kami.. oke
  • Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini. ~ ok, yang ni memang gigih nak buat untuk anak pertama Che' Su. Bukan apa, sebenarnya melatih ibunya sendiri supaya bangun malam tu yang lebih gigih.. yang bagusnya bolehlah ibunya nak tahajud kan... ^_^
  • Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk membuang air. ~ mujur la bilik anak-anak memang sebelah bilik air... Great..
  • Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya. ~ setuju... maknya mengarang ayat macam nak karang novel nak bagi anak usia 2-3 tahun paham... 

  • Cara psikologi seperti ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri. ~ sangat membantu... Bangun-bangun tidur jek masing-masing berlari kat kita tunjuk alas tidur yag tak basah minta kita puji.. Siapa dapat pujian dulu dikira menang... Besarnya kuasa pujian ibu bagi anak2 ni kan... so sweet... ^_^
  • Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.~ Che' Su dulu memang sengaja cari alas jenis plastik yg bising2 tu bg mereka terganggu sangat... Pastu kalau diorg ada terkencing, saje je Che' Su biar sikit bau hancing tu supaya supaya diorang serik.. Sebab anak2 Che' Su ni jenis hidung memasing sensetep sgt.. Ibu goreng ikan masin pun smpai muntah2, tp time makan laju plak...
  • Jika anak anda sudah agak besar, bolehlah diminta bertanggungjawab atas tabiat ini seperti mengeringkan tilam atau menukar cadar.~ hahahaha. part ni best. Memang Che' Su buat ni.. kalau jiran tetangga nampak memang diorang akan kata Che' Su ni dera anak sbb suruh diorang angkat tilam 6" tu jemo kat luar umah.. 
  • Jika tabiat ini tidak terkawal walaupun sudah meningkat usia lebih dari 8-9 tahun, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal. ~ Alhamdulillah setakat ni anak2 Che' Su alami masalah ni tak lama... Sebulan dua selepas tak pakai lampin dah boleh control. Dlm lingkungan usia 2-3 tahun.


  • Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran. Jadi berilah masa dan peluang kepada anak. ~ SETUJU Sangattt... Doa banyak2 ye ibu-ibu sekalian ^_^


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 post signature

No comments:

Post a Comment