SILA KLIK SINI YER

Wednesday 18 March 2015

Craft : DIY shape pinguin

Sebenar-benarnya kan Che' Su ni lebih berbakat pada bidang seni tau.. Huhuhuh.. Ini kalau menurut kebanyakan pakar-pakar motivasi la... Kalau ikut tarikh lahir, ikut turutan anak ke berapa, horoskop la bagai-bagai tu la... Takde la Che' Su ni percaya 100% tapi, macam ada kebetulan di situ... Kebetulan juga, Che' Su pun memang minat bab-bab seni ni... Hihihhi...

Sebenarnya aktiviti kraft macamni memang baik untuk perkembangan otak kan... Korang pun mesti da banyak baca info pasal latih moto skill anak dan bagai-bagai tu kan... Macam Che' Su akan berusaha bagi anak-anak Che' Su buat aktiviti fizikal setiap hari. Maksud bukan bermain game, ipad, & gadget yang bagai-bagai tu. Tak kira la diorang main bola kat luar rumah ke, atau aktiviti dalam rumah macam ni la... Buat kraftangan. Kraftangan ni bukan la Che' Su ajar buat anyam tikar ke, anyam bakul ke... Haiiiiihh...

Kali ni aktiviti membuat Penguin dari bentuk-bentuk. Aktiviti utama ialah

Gunting - Tampal - Imagine

Gunting - melatih motor pergarakan supaya tangan/jari lebih fleksible, makanya anak-anak mudah menulis dengan cantik.

Tampal - melatih anak menyukat keperluan & berfikir lebih

Imagine - melatih anak berfikir cepat, mencari penyelesaian & berimaginasi


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

No comments:

Post a Comment