SILA KLIK SINI YER

Friday 20 March 2015

TIPS : 7 Tips ketika DIET

Tip-tip yang disenaraikan di bawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisme, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

Menambah Karbo Selepas Senaman

  • perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo di dalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
Jangan Tidur Ketika Lapar
  • Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protein adalah terbaik untuk anda.
Lengkapkan Dengan Protein
  • Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protein akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya. Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.
Jadualkan 'Cheat Day'
  • Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang terbaik. Satu persepsi yang tidak betul. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari seminggu untuk 'Cheat Day' dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
Saratkan Dengan Serat
  • Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda akan memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum putih.
Kawal Pengambilan Minuman
  • Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira. Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)
  • Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang mengannggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusun ketika dalm usaha menurunkan bera badat tetapi hakikatnya adalah sebaliknya? Cuma pastian anda memilih dari variasi rendah lemak.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

post signature

No comments:

Post a Comment