SILA KLIK SINI YER

Monday 16 March 2015

TIPS DIET: Limau Nipis Suam

Segelas Limau Nipis / Lemon Suam (kurang gula/tanpa gula) setiap hari adalah amat berguna untuk kesihatan badan kita. Mengapa kita digalakkan minum Limau Nipis Suam?


♥ Meningkatkan Sistem Imun

  • Limau nipis / lemon mempunyai Vitamin C dan Kalium yang tinggi. 
  • Vitamin C yang tinggi dapat melawan selsema dan Kalium merangsang fungsi otak dan saraf.

♥ Mengimbangkan pH
  • Lemon adalah makanan yang sangat beralkali. Meraka adalah berasid sendiri, tetapi di dalam badan kita mereka beralkali (asid sitrik hilang keasidan dalam badan setelah dimetabolismekan).
  • Untuk pengetahuan anda, badan yang beralkali adalah benar-benar kunci kepada kesihatan yang baik.

♥ Membantu Dengan Penurunan Berat Badan
  • Limau nipis /Lemon adalah tinggi kandungan serat pektin, yang membantu mengurangkan rasa lapar.
  • Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengekalkan diet yang lebih alkali kehilangan berat badan lebih cepat.

♥ Membantu Penghadaman
  • Air suam berfungsi untuk meransang saluran gastrousus dan peristalsis (gelombang pengecutan otot dalam dinding usus).
  • Lemon/ limau juga tinggi dengan mineral dan vitamin dan membantu menyingkirkan toksin dalam saluran penghadaman.

♥ Bertindak Sebagai Diuretik Semulajadi Yang Lembut
  • Jus lemon membantu mengepam keluar bahan-bahan yang tidak diingini kerana lemon/limau meningkatkan kadar kencing seseorang.
  • Oleh itu, toksin dikeluarkan pada kadar lebih cepat dan membantu menjaga saluran kencing anda lebih sihat.

♥ Membantu mengurangkan kahak dalam badan dan menurunkan tekanan darah.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

No comments:

Post a Comment