SILA KLIK SINI YER

Tuesday 14 April 2015

Sukiyaki : Isteri Coordinator


Seawal pagi awak kelihatan sibuk. Menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Dari mengejut anak-anak bangun tidur, memandikan, memakaikan persalinan, menyuruh bersolat, menyediakan sarapan oagi. Anak bertiga termasuk bayi seusia 9 bulan. Kerenahnya bukan satu!

Sepahan mainan di lantai dicapai sedapatnya supaya tidak mencederakan sesiapa. Beg bekalan asuhan anak-anak dikemas serapinya, secukupnya supaya tiada yang keciciran. Bayinya disusukan sekenyangnya supaya tidak meragam...

Semuanya nampak pantas, sebabnya awak perlu ke tempat kerja seawalnya. Hari ini ada perkara penting yang perlu diuruskan. Berkaitan masa depan syarikat. Awak kan COORDINATOR katanya... Peluh mula merenik di dahi walaupun cuaca pagi ini kelihatannya dingin. Bahang stress mula terasa barangkali.

Tatkala anak-anak dan keadaan rumah kelihatan teratur, awak pantas mencapai tualauntuk bersiap. Siap berpersalinan seadanya, tiba-tiba awak ditahan si tangan gagah...

" Ayang bersiaplah perlahan-lahan... Bb uruskan anak-anak... Bb hantar anak-anak hari ini..."

#Speechless
#Meaningfull
#GreatestThingEver


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
post signature

No comments:

Post a Comment