SILA KLIK SINI YER

Wednesday 25 September 2013

Nak Kurus? Kesilapan DIET Paling Besar

Dalam kebanyakan seminar-seminar dan soal-jawab tentang diet, berikut adalah antara Kesilapan yang sering diulang. Kesilapan tersebut TIDAK akan membantu anda mengurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak mengamalkan kesilapan tersebut.

  • Skip Hidangan - Jangan skip mana-mana hidangan. Lebih-lebih lagi sarapan pagi. RUGI! Sarapan itu penting untuk mencetus Metabolisme harian anda. Jangan tunggu sampai ofis baru nak makan. Makan sarapan di awal pagi!
  • Cuma makan 3 hidangan sehari - 3 hidangan TAK CUKUP untuk (1) Mengawal Nafsu Makan (2) Meningkatkan metabolisme.Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh, selagi kawalan dalam keperluan kalori harian anda.
  • Makan Tak Cukup - Jangan Tak Makan. Nanti metabolisme anda jatuh dan anda bukan sahaja melaparkan diri, bahkan merugikan pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untu kawal nafsu makan.

  • Elak Nasi - Saya sendiri makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES! Memang boleh enggemukkan kalau berlebihan, tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih sengenggam tangan untuk satu hidangan.
  • Ikut Diet Membuta Tuli - Ramai yang suke ikut trend diet terkini semasa seperti Blood Type Diet, High Protein dan lain-lain. Bagi saya tiada masalah mencuba, tapi jangan ikut membuta tuli. PAstikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  • Bergantung Makanan Tambahan - Saya tidak ada masalah dengan mana-mana makanan tambahan, tapi pilihan saya adalah Shaklee ^_^. Tapi jangan bergantung 100% kepada produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tidak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan. 
  • Tidak tahu Kalori Diri - Macammana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak Makanan Tempatan - Saya sendiri pun makan di kedai mamak. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu Fokus Kepada Satu Perkara - Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet Jangka Pendek - Bila dengar perkataan DIET, ramai anggap ia sebagai satu program 12 minggu atau short term, tapi itu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi 'DIET' pun adalah 'Amalan Pemakanan'. Jadi pastikan anda amlkan diet bukan untuk short term, tetapi sepanjang hayat.
Sumber : kevinzahari.com

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
post signature

No comments:

Post a Comment