SILA KLIK SINI YER

Monday 14 July 2014

10 Kebaikan KALSIUM


Biasanya bile sebut KALSIUM, pasti kita kaitkan dengan kekuatan tulang dan gigi. Namun sebaliknya, terlalu banyak fungsi KALSIUM kepada sistem badan kita.

KALSIUM merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan KALSIUM apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti Osteoperosis atau Osteopenia.


Menguatkan Tulang
KALSIUM menguatkn tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. KALSIUM membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti Artritis dan Osteoperosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan

Mencegah Obesiti
KALSIUM dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan KALSIUM dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan KALSIUM ke dalam aliran darah untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah KALSIUM yang betul, supaya obesiti tidak terjadi seterusnya menjejaskan kesihatan yang lain.

Melindungi Otot Jantung
Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah KALSIUMyang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan yang betul. KALSIUM juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda.

Mengelakkan Kenser Kolon
KALSIUM yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. KALSIUM yang berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan menyerap apa yang diperlukan. KALSIUM yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan.

Mencegah Blues Pra-Haid
Jumlah KALSIUM yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap KALSIUM yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

Mencegah Batu Karang
Batu karang sebenarnya deposit terhablur KALSIUM dan lain-lain mineral dalam saluran kencing manusia. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan KALSIUM yang berlebihan menyebabkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan KALSIUM diet tinggi mengurangkan pembentukan batu karang terebut. Kekurangan pengambilan air boleh menjadi punca besar untuk terjadinya batu karang.

Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
Makanan ringan, gula yang berlebihan dan makanan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. KALSIUM membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

Kawalan Tekanan Darah
Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegeterian dengan jumlah yang tinggi dengan KALSIUM, Magnesium dan Kalium serta Serat akan mengurangkan tekanan darah. Kemudian diet tersebut diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan KALSIUM. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan KALSIUM menyebabkan tekanan darah menurun.



Mengekalkan Gigi dan Gusi Yang Sihat
KALSIUM melindungi gigi dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya dengan KALSIUM dengan teratur. Pengambilan KALSIUM seharusnya tinggi terutama di usia muda.

Membantu Pengangkutan Nutrien
KALSIUM membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature

No comments:

Post a Comment