SILA KLIK SINI YER

Friday 18 July 2014

KALSIUM dan Zat Besi


Ramai orang yang mengambil Zat Besi adalah untuk mencegah ataupun merawat Anemia iaitu kekurangan darah merah dalam badan. Manakala Kalsium diambil adalah untuk membantu tumbesaran yang sihat dan kuat pada gigi dan tulang dalam badan kita.

Tahukah anda bahawa Kalsium tidak boleh diambil bersama zat besi pada satu-satu masa?
MENGAPA?

Kerana dengan pengambilan serentak Kalsium dan Zat Besi mengganggu penyerapan Zat Besi dalam usus kita. Penyerapan Zat Besi berlaku dalam usus kecil. Sel-sel yang dipanggil Enterocytes, iaitu garisan halus dlam usus akan menyerap Zat Besi dan memindahkan kepada aliran darah.

Menurut kajian, penyerapan Zat Besi akan menjadi tidak sempurna dan dianggarkan sebanyak 10%-15% sahaja Zat Besi akan masuk ke dlam saliran darah kita. Rugi kan.

Kalsium boleh mengganggu penyerapan Zat Besi samada dengan suplemen ataupun daripada pemakanan kita seharian. Dianggarkan gangguan penyerapan antara Kalsium dan Zat Besi boleh menyebabkan Kalsium berkurangan sebanyak 300mg!

Masa terbaik untuk pengambilan Zat Besi di waktu siang, manakala Kalsium di waktu malam sebelum masuk tidur. Sebabnya penyerapan Kalsium bergantung kepada kekerapan kita buang air. Pada waktu malam, kita akan kurang ke tandas, jadi tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak Kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada rasa cramp ataupun sengal-sengal dan badan rasa lebih ringan. Lebih mudah untuk bangun pagi.

Walaupun kita mengambil supplement Kalsium, namun jangan dilupkn nutrien daripada kumpulan-kumpulan makanan utama iaitu Karbohidrat, Protein, Buah-buahan, Sayur-sayuran dan sebagainya.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature

No comments:

Post a Comment