SILA KLIK SINI YER

Sunday 13 July 2014

Anniversary

Tanggal 13hb Julai 2007 sah kami dalam ikatan pernikahan. Di tahun 2014 ini genap 7 tahun kami berkasih sayang dalam ikatan keramat ni. Selamat Ulangtahun Perkahwinan sayangku Fairuz-Al-Azham.

Suamiku, isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para Sahabat.

Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yabg mengguris perasaan terlalu mudah terluahkan dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga.

Wahai suamiku, di hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-7 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segalanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita..
,





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^

Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Fb : www.facebook.com/SuSimmaShoppe
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
  post signature


No comments:

Post a Comment