SILA KLIK SINI YER

Tuesday 4 November 2014

KEBAIKAN VS KEBURUKAN OMEGA

Cerita Omega

OMEGA 3

♥ Merupakan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, Omega 3 dianggap penting sebagai asid lemak esensial. Omega 3 terbentuk dari asid lemak seperti EPA, DHA dan ALA

♥ Kebaikan

  • Pengambilan Omega 3 setiap hari tanpa dos yang berlebihan, membantu perkembangan otak dan memori anak-anak, mencegah penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol tinggi, menyihatkan mata,mengurangi depresi, juga baik untuk perkembangan janin ibu hamil. 
  • Ibu hamil yang konsisten pengambilan Omega 3 akan melahirkan bayi lebih sihat dan cerdas serta meningkatkan kualiti susu ibu.

 ♥ Sumber
  • Ternyata banyak makanan seharian kita mengandungi Omega 3. Anda yang suka sarapan dengan telur ayam, bahan makanan ini mengandungi Omega 3. Selain itu, terdapat juga dalam pengambilan kacang kenari, ikan salmon dan tuna. (Entry)
  • Usahakan anak-anak anda mendapatkan pengambilan Omega dari setiap pemakanannya 
  • Anak 1-2 tahun: 1oz, Anak 3-6 tahun: 1.5 oz, Anak atas 6 tahun: 2oz


OMEGA 6

♥ Tidak banyak beza dengan Omega 3, Omega 6 juga asid lemak tidak tepu yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita. Jenis asid lemak ini antara lain Asid Linoleat, Gamma-linoleat dan asid arakidonat

♥ Kebaikan

  • Manfaat Omega 6 yang menyihatkan organ jantung menjadi penting jika ingin terhindar dari penyakit jantung.
  • Pengambilan Omega 6 juga harus diseimbangkan dengan asid lemak esensial lain iaitu Omega 3 kerana ia saling berkaitan
  • Kedua-dua asid lemak ini bergabung bagi memelihara kesihatan kulit, kuku, rambut, hormon, meringankan gejala asma, serta mencegah kerosakan sel bagi penghidap kanser

♥ Sumber

  • Terkandung pada jenis kacang-kacangan dan biji-bijian seperti kedelai/soya, bunga matahari, jagung dan kacang tanah. 
  • Daging merah juga mengandungi kandungan Omega 6



OMEGA 9

♥ Masih dalam keluarga lemak tidak tepu, Omega 9 dikenal sebagai asid oleat. Asid lemak ini mampu dihasilkan oleh tubuh, namun lebih berkhasiat jika diperoleh dari sumber makanan

Kebaikan

  • Anda gemar makan makanan bergoreng atau makanan berminyak? Omega 9 mampu mengurangi lemak jahat yang terkandung dalam minyak gorengan.
  • Jika diambil secara teratur, risiko penyakit jantung dan stroke dapat dikurangkan.

Sumber
  • Minyak canola, minyak bunga matahari, minyak zaitun, almond dan avokado adalah makanan yang mengandungi asid oleat.
  • Semua sumber makanan ini mampu mengurangi risiko jantung koroner


AWAS!!!

  • Meskipun banyak manfaat yang didapati dari ketiga-tiga jenis asid lemak ini, kita tetap perlu waspada! Ini kerana kesan buruk yang boleh timbul jika pengambilan Omega 3, 6 dan 9 secara berlebihan
  • American Heart Association (AHA) telah mencadangkan bahawa seseorang harus memenuhi 5-10% kalori harian dari asid lemak Omega 6
  • Keperluan Omega 6 bagi dewasa sihat adalah 1-3 gram/hari.
  • Jika berlebihan, anda akan mengalami pendarahan dan stroke hemorrhagic.
  • Jadi, ambil dengan sukatan yang tepat dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

OMEGA Suplemen pilihan Che' Su? OMEGA GUARD Shaklee la... ^_^




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

No comments:

Post a Comment