SILA KLIK SINI YER

Saturday 22 November 2014

Kereta Terkunci Dari Dalam

Nak dijadikan cerita Al kisah ni terjadi pada kakak jiran ku. Perjalanan dari sebuah desa di negeri pantai timur ke Johor memang amat memenatkan. Apatah lagi dengan kerenah anak-anak yang masih kecil... Berhenti sebentar untuk melonggarkan otot kejang di pertengahan jalan. Mungkin terlalu keletihan, terlupa yang kunci kereta masih di dalam kereta. Apabila teringat, sudah terlambat kerana kereta yang ditinggalkan tadi telah ter'lock' sendiri. Mungkin tahu dirinya dalam bahaya bimbang dicuri maka locknya diaktifkan sendiri selepas beberapa minit ditinggalkan oleh tuannya. Almaklum kereta mahal.. ^_^

Kejadian nun di sinun dan Che' Su sebagai jiran tak tahulah apa dan bagaimana keributan yang berlaku di sana akibat insiden berkenaan. Tahunya menjelang lewat petang, jiran senior memerangkap tok penghulu lorong kami tu men'ting tong' rumah kami. Bersosek-sosek mereka di luar,maka masuklah BB Che' Su tu.

'Keta kak suzi ter'lock. Nak buat cane eh yang'
Che' Su agak mengerutkan dahi yang licin ini.
 'Bukan selalu BB yang mahir bab-bab ketukangan ni ke?' monolog Che' Su
Tak sempat jawab BB Che' Su keluar lagi. Tengok2 mereka berdua dah masuk ke rumah jiran Che' Su yang mengalami kejadian terkunci kereta tu.. Soksek-soksek lagi... Terdengar sedikit keributan di situ... Tapi Che' Su masih tak keluar rumah. Sebab hal laki-laki kan.. Tambahan, cuaca agar hujan renyai. Baby Ammara pun tengah ber'manja' dengan ibunya ni.. ^_^

BB Che' Su masuk rumah lagi...
'Abg Fairul taknak pecah cermin keta dia. So, BB, Abg Zul & Khairul nak g Kuantan. Hantar kunci..Boleh eh yang'
'Ikut BB la..'

Lepas Maghrib mereka bertolak, & Alhamdulillah jam 4++ pagi mereka selamat sampai ke rumah.

Actually, kejadian tertinggal kunci & terlock kereta memang pernah terjadi kat Che' Su. Siap ada anak dalam tu masa Adam baby sekali. Ini yang kami lakukan masa tu. Actually BB Che' Su yang buat. Dia kan ala-ala Mc Gyver...

  • Tanggalkan getah pelapih tepi tingkap tu..
  • Ambil pembaris 12" jolok besi/plastik yang lock pintu tu
  • Ha.... Dah terbuka....

 Credit to HERE

Bagi yang ada alami masalah macamni boleh cuba la. Tapi tak semua kereta boleh buka cara macamni, ada gak yang takleh buka. Masa tu Che' Su pakai Wira.

♥ Bagi Che' Su la eh. Bila kejadian macamni berlaku, kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Bile ada yang nak tuding menuding mencari punca kesalahan, tu yang jadi driver yang salah sebab tak ambil kunci, pastu penumpang pun salah sebab bising-bising nak turun menyebabkan driver yang penat tadi terganggu kosentrasi semasa matikan enjin kereta. Kereta pun jadi mangsa sebab canggih sangat... Tapi hakikatnya, yang kita duk bising-bising tu sebenarnya kita salahkan kejadian Allah juga ke? Sebab DIA yang jadikan peristiwa tu? Cer kita fikir positif...

♥ Kalau tak jadi kejadian tu, kita pun tak tahu betapa bertimbangrasanya jiran tetangga pada kita.
♥ Kalau tak jadi kejadian tu, kita pun tak tahu a few thing yang kita tak pernah jangka pun kan...

Apa-apa pun THINK POSITIVE...

*SejakDahAmalBComplexShakleeNi,EmosiLebihStabilDanTakMelentingSangatDaa......PlusBanyakZikir...ALhamdulillah*


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Che' Su jual SHAKLEE. Sebarang pertanyaan produk, pendaftaran, konsultansi dan testimoni sila hubungi Che' Su ^_^
 Suhana Simma
♥ SID 916273
♥ Sms/Whatsapps : 016 - 723 6583
♥ Email : suazham@yahoo.com
♥ Blog : http://azsana.blogspot.com/
♥ COD : Johor Bahru Area, Pasir Gudang, Kulai
  post signature

No comments:

Post a Comment